Pemikiran Tun Dr. Mahathir bin Mohamad memfokuskan kupasan dan ulasan mengenai aspek logos atau penghujahan logik yang terdapat dalam ucapan-ucapan yang pernah disampaikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kupasan dan ulasan serta kritikan ke atas penghujahan Mahathir dibuat berdasarkan analisis terhadap ucapan yang disampaikan dalam Perhimpunan Agung UMNO sejak 1982 hingga 2003. Selama 22 tahun memegang tampuk kepimpinan parti yang memerintah negara, beliau telah menyentuh pelbagai isu dalam ucapannya. Isu-isu itu dikelompokkan kepada persoalan politik, ekonomi, sosiobudaya, dan antarabangsa. Isu-isu tersebut dianalisis untuk melihat struktur retorik, jenis dalil, jenis taakulan dan teknik retorik yang digunakan dalam merangka dan menyusun atur ucapannya setiap tahun. Analisis terhadap penghujahan ini dapat memberi gambaran mengenai pemikiran beliau, seterusnya membantu kita memahami corak pemikiran seorang pemimpin besar yang telah menjadikan Malaysia terkenal di mata dunia.
Kajian dalam Pemikiran Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dapat dijadikan panduan oleh para pelajar terutama di peringkat pengajian tinggi dan mereka yang berminat mendalami ilmu retorik dan penghujahan. Buku ini juga diharapkan memberi sumbangan sebagai pedoman para pemimpin kecil dan besar yang berhasrat memimpin dan membimbing pengikut mereka menuju matlamat yang dihasratkan.
Fitri Jalil (Verified Reader) –