Out of stock

Pemikiran Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

ABDUL MUA’TI @ ZAMRI BIN AHMAD adalah profesor di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2007)
377 Halaman

RM38.00

Out of stock

Pemikiran Tun Dr. Mahathir bin Mohamad memfokuskan kupasan dan ulasan mengenai aspek logos atau penghujahan logik yang terdapat dalam ucapan-ucapan yang pernah disampaikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kupasan dan ulasan serta kritikan ke atas penghujahan Mahathir dibuat berdasarkan analisis terhadap ucapan yang disampaikan dalam Perhimpunan Agung UMNO sejak 1982 hingga 2003. Selama 22 tahun memegang tampuk kepimpinan parti yang memerintah negara, beliau telah menyentuh pelbagai isu dalam ucapannya. Isu-isu itu dikelompokkan kepada persoalan politik, ekonomi, sosiobudaya, dan antarabangsa. Isu-isu tersebut dianalisis untuk melihat struktur retorik, jenis dalil, jenis taakulan dan teknik retorik yang digunakan dalam merangka dan menyusun atur ucapannya setiap tahun. Analisis terhadap penghujahan ini dapat memberi gambaran mengenai pemikiran beliau, seterusnya membantu kita memahami corak pemikiran seorang pemimpin besar yang telah menjadikan Malaysia terkenal di mata dunia.

Pemikiran Tun Dr. Mahathir bin Mohamad terdiri daripada lapan bab. Bab pertama ialah pendahuluan yang memperkenalkan kandungan buku ini kepada pembaca. Bab ini memuatkan kepentingan buku ini, tujuannya dihasilkan, kaedah analisis atau kajian yang digunakan, serta fokusnya. Bab yang kedua pula memperincikan latar belakang tokoh yang dikaji dan situasi politik yang membentuk exigence kepada retorik politik yang disampaikan. Bab ini memuatkan biografi Mahathir dan signifikannya beliau dalam politik Malaysia.

Bab ketiga memuatkan perbincangan tentang komunikasi dan retorik. Bab ini juga mengupas teori retorik klasik dan analisis retorik dalam ucapan. Bab ini juga memuatkan kupasan mengenai logos, ethos dan pathos dalam komunikasi pertuturan. Perbincangan terperinci juga dikhususkan kepada struktur retorik, jenis dalil, jenis taakulan dan teknik-teknik retorik yang digunakan dalam ucapan.

Bab keempat memuatkan hasil analisis persoalan politik dalam ucapan Mahathir. Bab ini membicarakan struktur isi ucapan, jenis dalil dan taakulan yang digunakan tatkala pengucap memperkatakan isu-isu berkaitan perkembangan politik dalaman parti UMNO dan politik negara. Selain itu, bab ini juga memuatkan penghuraian mengenai teknik-teknik retorik dalam memperkatakan persoalan politik kepada audiensnya.

Bab kelima pula memuatkan hasil analisis persoalan ekonomi dalam ucapan Mahathir. Bab ini membicarakan struktur isi ucapan, jenis dalil, dan taakulan yang digunakan tatkala pengucap memperkatakan isu-isu berkaitan ekonomi negara. Selain itu, bab ini juga memuatkan penghuraian mengenai teknik-teknik retorik dalam memperkatakan persoalan ekonomi kepada audiensnya.

Bab keenam merupakan perbincangan hasil analisis persoalan sosiobudaya, dalam ucapan Mahathir. Bab ini membicarakan struktur isi ucapan, jenis dalil dan taakulan yang digunakan tatkala Mahathir  mengulas isu agama, pendidikan, adat, budaya, kesihatan dan kebebasan. Selain itu, bab ini juga memuatkan penghuraian mengenai teknik-teknik retorik yang digunakan ketika memperkatakan persoalan sosiobudaya kepada audiensnya.

Bab ketujuh memuatkan kupasan hasil analisis persoalan antarabangsa dalam ucapan Mahathir. Bab ini membicarakan struktur isi ucapan, jenis dalil dan taakulan yang digunakan tatkala Mahathir mengulas pendirian dan peranan Malaysia dalam arena antarabangsa. Selain itu, bab ini juga memuatkan penghuraian mengenai teknik-teknik retorik ketika beliau memperkatakan persoalan antarabangsa tersebut kepada audiensnya.

Bab kelapan ialah bab terakhir yang memuatkan ringkasan dan kesimpulan.

Kajian dalam Pemikiran Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dapat dijadikan panduan oleh para pelajar terutama di peringkat pengajian tinggi dan mereka yang berminat mendalami ilmu retorik dan penghujahan. Buku ini juga diharapkan memberi sumbangan sebagai pedoman para pemimpin kecil dan besar yang berhasrat memimpin dan membimbing pengikut mereka menuju matlamat yang dihasratkan.

Weight0.570 kg
Dimensions23 × 15 × 2 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Fitri Jalil (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.