Penaungan dalam Kepimpinan Politik Melayu UMNO Kelantan 1946-90

MOHD ALI KAMARUDIN semasa hayatnya adalah pensyarah di Jabatan Sains Politik, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Allahyarham sebelum ini menerbitkan Sejarah Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Penerbit UKM.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2004)
241 halaman, termasuk Bibliografi dan Indeks

RM40.00

In stock

Penaungan dalam Kepimpinan Politik Melayu UMNO Kelantan 1946-90 merungkai persoalan sekitar jatuh bangun UMNO Kelantan dan hubungannya dengan kepimpinan bangsawan dalam aspek penaungan politik. Politik Kelantan membuktikan bahawa tidak semua tokoh bangsawan mampu muncul sebagai pemimpin yang berkesan dan berjaya membawa UMNO ke pusat kuasa. Tengku Panglima Raja, Tengku Ahmad Tengku Abdul Ghafar, Tengku Mahmud Mahyidin, Tengku Indra Petra, Tengku Ahmad Rithauddeen dan Tengku Razaleigh Hamzah adalah antara golongan aristokrat yang menjadi pemimpin rakyat Kelantan. Tengku Razaleigh adalah yang masih bertahan.

Kekuatan Tengku Razaleigh dalam politik Kelantan tidak semata-mata terletak kepada kewibawaan karismatik… Sebelum beliau memperolehi kewibawaan itu, kedudukan dan hubungannya yang rapat dengan Istana Kelantan telah memberikan beliau kewibawaan tradisional. Dengan berbekalkan kewibawaan ini, beliau muncul dan diterima sebagai pemimpin utama UMNO Kelantan, dan dijangkakan berperanan sebagai penaung politik simbolik. Tanpa memiliki kewibawaan tradisional, dan tanpa menduduki status sosial yang tinggi dalam masyarakat Melayu Kelantan, Tengku Razaleigh belum tentu diterima atau diberi penghormatan sebagai pemimpin UMNO pada tahun 1960-an.

Maka, tidak mengejutkan apabila para penyokong bersedia mempertahankan kepemimpinan Tengku Razaleigh melalui Parti Semangat 46 apabila beliau disingkirkan selepas gagal dalam pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO. Tindakan para pengikutnya itu jelas membayangkan kesediaan mereka untuk jatuh bangun bersama-sama pemimpin yang diagung-agungkan itu. Bagi mereka, masa depan UMNO Kelantan bergantung kepada kekuatan dan pengaruh peribadi Tengku Razaleigh. Tanpa Tengku Razaleigh, UMNO Kelantan melalui zaman yang malap.

Menerusi Penaungan dalam Kepimpinan Politik Melayu UMNO Kelantan 1946-90, kita dapat lihat pada umumnya, penaungan dan kepimpinan merupakan dua konsep yang saling berkaitan. Penaungan merupakan suatu peranan sosial yang dijangkakan daripada setiap pemimpin yang berkuasa. Oleh itu, semua pemimpin dilihat mempunyai kecenderungan untuk lahir sebagai seorang penaung. Begitu juga sebaliknya, terdapat juga pemimpin yang muncul di tengah-tengah masyarakat berdasarkan kemampuannya berperanan sebagai seorang penaung. Berasaskan kepada kesesuaian kedua-dua konsep ini di dalam kehidupan politik, maka kajian selanjutnya akan cuba memperlihatkan betapa kedua-duanya relevan digunakan sebagai alat analisis bagi memahami jatuh-bangun UMNO Kelantan, sejak dari tarikh penubuhannya pada tahun 1946 hinggalah 1990, apabila parti tersebut hilang kuasa memerintah di negeri berkenaan.

Semenjak penubuhan UMNO pada tahun 1946, UMNO Kelantan tidak pernah berkongsi sejarah yang sama dengan UMNO di negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu, dan keadaan ini telah berterusan sehinggalah penghujung tahun 1980-an. Justeru, UMNO Kelantan mempunyai sejarah yang tersendiri yang perlu dikaji dalam jangka masa tersebut.

Weight 0.375 kg
Dimensions 22.7 × 15.2 × 1.4 cm
Edition

Format

ISBN

9789679426465

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Penaungan dalam Kepimpinan Politik Melayu UMNO Kelantan 1946-90”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.