Pendatang Asing Myanmar dan Keselamatan Insan di Malaysia

INTAN SURIA HAMZAH adalah pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bidang kepakaran beliau adalah Sains Politik, Keselamatan Insan dan Pengajian Malaysia.

SITY DAUD adalah Profesor Madya di Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antrabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bidang kepakaran beliau adalah Ekonomi Politik.

NOR AZIZAN IDRIS adalah Profesor Madya di Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antrabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bidang kepakaran beliau adalah Kajian Keselamatan dan Dasar Luar Negara. Hubungan Antarabangsa Asia Tenggara dan Politik Pembangunan.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2020)
250 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

RM35.00

Only 1 left in stock

Pendatang Asing Myanmar dan Keselamatan Insan di Malaysia membincangkan implikasi migrasi pendatang asing Myanmar terhadap keselamatan insan di Malaysia. Kehadiran pendatang asing dari Myanmar dilihat semakin meningkat sejak tahun 2009, iaitu melibatkan golongan pekerja, PATI dan pelarian. Kesan daripada migrasi rentas sempadan ini telah mencetuskan pelbagai isu dan masalah keselamatan insan di Malaysia. Faktor ekonomi dan kestabilan politik dilihat menjadi faktor penarik utama migrasi pendatang asing Myanmar sebagai pekerja dan PATI ke Malaysia.

Pekerja asing Myanmar berhijrah untuk mendapatkan peluang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup sepertimana pendatang asing dari negara Indonesia, Bangladesh, dan Nepal yang datang ke Malayan untuk mendapatkan pekerjaan dikenali sebagai pekerja asing atau buruh migran. Pekerja asing dalam erti kala mudah adalah pekerja yang akan, sedang dan telah melakukan pekerjaan serta dibayar upah dalam sesebuah negara di mana ianya bukan warganegara negara tersebut. Manakala pendatang asing adalah orang asing atau bukan warganegara yang datang ke sesebuah negara untuk tujuan khusus. Pendatang asing dapat dikategori kepada dua kelompok, iaitu pendatang asing dengan izin (PADI) dan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Faktor penolak pelarian Rohingya dari Myanmar adalah disebabkan masalah dalaman negara seperti penghapusan etnik. sentimen agama, ancaman keselamatan insan, kemiskinan, kezaliman ketenteraan, Undang-undang Kewarganegaraan Burma 1982 serta tekanan sosial dan persekitaran di Myanmar. Kemasukan pekerja, PATI dan pelarian dari Myanmar sememangnya mempunyai pelbagai implikasi. Pekerja Myanmar diakui menyumbang kepada pembangunan negara dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, golongan PATI dan pelarian telah menyebabkan isu dan masalah sosial di Malaysia melalui perlakuan jenayah harta benda, jenayah kekerasan, pengaruh dalam perniagaan, aktiviti pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran, penyakit berjangkit, peningkatan perbelanjaan negara, pertambahan penduduk, masalah dokumentasi dan sindiket pemalsuan dokumen serta isu dalam komuniti pelarian Rohingya. Kandungan buku ini membincangkan pelbagai isu kontemporer berkaitan migrasi rentas sempadan, pekerja asing, PATI dan pelarian di Malaysia yang sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat.

Pendatang Asing Myanmar dan Keselamatan Insan di Malaysia membincangkan migrasi pendatang asing dari negara Myanmar, iaitu manfokuskan kepada faktor penarik dan faktor penolak serta implikasi pendatang asing Myanmar terhadap keselamatan insan komuniti dan kesihatan serta keselamatan ekonomi dan sekuriti makanan di Malaysia. Implikasi ini melibatkan komuniti Malaysia dan komuniti pendatang asing Myanmar.

Weight 0.377 kg
Dimensions 22.8 × 15 × 1.4 cm
Edition

Format

ISBN

9789674129286

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pendatang Asing Myanmar dan Keselamatan Insan di Malaysia”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.