Pendidikan Sejarah: Pemikiran, Pemahaman dan Empati

SITI HAWA ABDULLAH adalah Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

Penerbit USM (Cetakan Semula, 2019)
108 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM29.00

In stock

If you purchase this book you will earn 6 points worth of RM0.60!
ISBN: 9789674613952 Product ID: 24840 SKU: 9789674613952 Categories: , Tags: , , ,

Pendidikan Sejarah: Pemikiran, Pemahaman dan Empati merupakan suatu usaha untuk mengetengahkan unsur penting yang perlu dikuasai pendidik dan warga pendidikan sejarah. Penguasaan terhadap ketiga-tiga unsur ini bertujuan untuk membantu meningkatkan minat dan membetulkan persepsi atau tanggapan salah masyarakat terhadap sejarah. Majoriti masyarakat mengetahui sejarah hanyalah tentang himpunan peristiwa yang telah berlaku dan orang yang telah meninggal dunia. Manakala pengajarannya hanya bergantung pada sebuah buku teks, dan pembelajarannya pula cukup dengan hanya menghafal tarikh, nama tokoh, dan tempat sesuatu kejadian. Falasi tersebut membuatkan masyarakat jauh dan menjauhkan diri daripada mempelajari sejarah.

Justeru, buku ini menjelaskan hakikat bahawa sejarah yang bersifat abstrak itu sebenarnya adalah dinamik lagi futuristik. Hal ini kerana mempelajari sejarah sebenarnya memerlukan ketiga-tiga domain kognitif, afektif dan psikomotor, supaya sesuatu peristiwa atau tindakan boleh diketahui dengan lebih lanjut, difahami dengan lebih mendalam, dan difikirkan sebab-musababnya. Dengan itu, seseorang dapat menghayati dan berempati dengan tokoh yang terlibat.

Hal ini diperkukuhkan lagi dengan hakikat bahawa mempelajari ilmu sejarah memerlukan kecenderungan dan kemahiran untuk menyiasat, menyoal, menaakul serta mentafsir sesuatu peristiwa atau tindakan seseorang tokoh. Kesemua keperluan yang dinyatakan bertujuan untuk membolehkan seseorang memahami sejarah dengan lebih berhemah, mengambil pengajaran dan iktibar daripada pengalaman lampau. Bagi mencapai matlamat ini, penulis menggarap ketiga-tiga unsur sejarah yang diketengahkan oleh penyelidik tempatan dan antarabangsa, sebagai pengisian kepada Pendidikan Abad ke-21 yang memerlukan kearifan berfikir.

Prakata

Singkatan

Bab 1 Pendahuluan

Bab 2 Perkembangan Kurikulum Sejarah

Bab 3 Pemahaman dan Pemikiran Sejarah

Bab 4 Empati Sejarah

Bab 5 Empati Sejarah dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Kes Guru

Bab 6 Empati Sejarah dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Kes Murid

Bab 7 Penutup

Rujukan

Indeks

Weight 0.218 kg
Dimensions 24 × 16.5 × 0.7 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pendidikan Sejarah: Pemikiran, Pemahaman dan Empati”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.