Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu Dan Borneo

Oleh: Ahmad Sohaimi Lazim 

DBP (Cetakan Pertama 2013)
155 halaman

RM25.00

In stock

Buku Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu Dan Borneo mengisahkan sejarah pendudukan tentera jepun dan strategi pertahanan tentera British di Tanah Melayu dan Borneo. Penulis bermula dari tarikh 4 Disember 1941, apabila tentera jepun belayar ke Teluk Thailand dengan menggunakan tiga buah kapal pengangkut, iaitu Awagisan Maru, Ayatosan Maru dan Sakura Maru, serta satu skuadron kapal pemusnah hinggalah ke detik terakhir tentera ‘ British menyerah kalah pada 15 Februari 1942. Kupasan sejarah pendudukan Jepun dalam buku ini dibuat dari perspektif sejarah Malaysia. Ia merupakan gabungan fakta . daripada tentera Jepun, tentera British, pengalaman rakyat Malaysia yang telah. melalui era pendudukan jepun dan pengetahuan penulis dalam bidang sejarah ketenteraan. Ini bermakna, maklumat yang ada dalam buku ini tidak semata-mata merujuk kepada catatan pihak Barat.

Dalam masa yang sama, buku ini juga memaparkan kegigihan anak-anak watan yang berjuang bersama-sama dengan tentera British untuk mempertahankan tanah air. Batalion Pertama dan Batalion Ke-2 Askar Melayu telah mempamerkan semangat juang yang sangat tinggi di Kota Bharu, Sungai jurong, Sungai Pandan, Buona Vista, Reformatory Road, Labrador, Pasir Panjang, Bukit Candu, Ayer Raja Road, Gap Ridge, Alexandra, dan akhirnya mereka bertahan di Mount Faber sehingga British menyerah diri.

Buku Pendudukan jepun di Tanah Melayu dan Borneo ini sangat sesuai dibaca oleh semua rakyat Malaysia, khususnya remaja dan pelajar sekolah untuk mendalami sejarah negara tercinta.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.333 kg
Dimensions 13.9 × 1.5 × 21.7 cm
Edition

Format

ISBN

9789834602277

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu Dan Borneo”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.