Out of stock

Pengajian India: Bicara Pelbagai Perspektif

SINGARAVELU SACHITHANANTHAM adalah Profesor Emeritus dalam Pengajian India di Universiti Malaya.

Senarai penulis:
M. RAJANTHERAN
G. SIVAPALAN
S. SAMIKKANU
M. RAJANTHERAN
MANIMARAN SUBRAMANIAM
V. SABABATHY
N. KANTHASAMY
KRISHANAN MANIAM
S. KUMARAN
R. MOHANA DASS
R. SEETA LECHUMI

Penerbit UM (Cetakan pertama, 2006)
267 halaman, termasuk Bibliografi

RM30.00

Out of stock

Pengajian India: Bicara Pelbagai Perspektif merupakan kumpulan atau koleksi artikel ilmiah yang bermutu tinggi dalam bahasa Melayu, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris, sumbangan oleh sembilan orang kakitangan akademik Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Artikel-artikel ilmiah para penyumbang tersebut membicarakan beberapa ciri utama yang terdapat dalam karya kesusasteraan klasik dan kesusasteraan kebaktian Tamil di India serta kesusasteraan Tamil moden di Malaysia, sejarah dan perkembangan agama Hindu di India dan Malaysia, dan konsep ketuhanan di kalangan masyarakat beragama Hindu di Malaysia.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai masyarakat India yang bertutur dalam bahasa Tamil dan mencipta hasil kreatif dalam bahasa Tamil. Pendidikan Tamil dan akhbar Tamil memainkan peranan penting dalam hal kewujudan Kesusasteraan Tamil di Malaysia pada penghujung abad ke-19. Puisi merupakan bentuk sastera yang pertama muncul di sini. Beberapa orang tokoh kenamaan seperti Tamilavel G. Sarangapani, K. Alagirisamy, Murugu Subramaniam dan Swami Ramadasar telah mengambil inisiatif untuk memperkembangkan Kesusasteraan Tamil di Malaysia.

Pemaparan unsur tempatan kelihatan lebih ketara dalam hasil kreatif Tamil Malaysia selepas negara mencapai kemerdekaan. Latar serta pengaruh India dan Sri Lanka dapat dilihat dalam sesetengah hasil karya Tamil Malaysia yang dicipta sebelum kemerdekaan. Puisi dan cerpen merupakan dua bentuk sastera yang telah mencapai perkembangan yang memuaskan jika dibandingkan dengan novel dan sajak moden. Kini sajak moden menjadi bentuk sastera pilihan atau idaman kepada kaum muda kerana sajak moden tidak memerlukan pemahaman nahu tertentu seperti yang di kehendaki oleh bentuk sastera puisi.

Dalam tradisi kesusasteraan melayu, turut terdapat pengaruh dan kaitannya dengan kesusasteraan Tamil, walaupun masing-masingnya mempunya ciri istimewa tersendiri. Contohnya, terdapat sepuluh ciri-ciri tersendiri dalam Hikayat Pandawa Lima berbanding dengan Mahabharata versi Sanskrit dan Tamil. Pengkaji dapat melihat bahawa pengarang Melayu (Hikayat Pandawa Lima) menghasilkan ciri-ciri tersebut dengan menyadurkan beberapa peristiwa daripada karya Jawa. Selain itu, terdapat juga daya kreativiti sendiri pengarang ini yang dapat mencerminkan nilai “local genius”.

Oleh itu, karya Melayu yang berasaskan cerita Mahabharata ini bukanlah satu bentuk terjemahan, tetapi memiliki nilai istimewanya sebagai karya olahan yang boleh dibanggakan sebagai hasil ciptaan pengarang tempatan yang bijak membawa nilai dan cerita dari peradaban India yang bersesuaian dengan gaya kreativiti yang tersendiri.

Perihal konsep ketuhanan, beberapa kesimpulan dapat dicapai mengenainya menerusi Pengajian India: Bicara Pelbagai Perspektif. Secara keseluruhannya, penganut agama Hindu di kawasan luar bandar sama ada berpendidikan atau tidak, mempercayai bahawa Tuhan hanyalah satu. Dengan kata lain, mereka mempunyai kepercayaan monoteisme dan mereka lebih suka dengan konsep monisme, iaitu “mempercayai bahawa Tuhan hanyalah satu tetapi kehadirannya ataupun kuasanya dapat dirasai di mana-mana sahaja”.

Manakala dewa-dewi, walaupun dikategorikan sebagai dewa-dewi major, minor, pengawal, pengiring dan lain-lain, semua ini memang dilihat, difahami serta dipuja oleh masyarakat Hindu sebagai pelbagai manifestasi Tuhan. Walaupun konsep Tuhan dan dewa-dewi dalam kalangan masyarakat Hindu menunjukkan kepelbagaian, kesedaran kesatuan kuasa ketuhanan itu masih dapat dihayati oleh mereka.

Weight0.402 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 1.4 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.