Pengarahan dan Sinematografi P. Ramlee dan Hussein Haniff

HAMSAN MOHAMED memperoleh Sarjana (M.A.) di bawah Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya pada tahun 2000.

UM Press (2004)
231 halaman

RM25.00

In stock

Aspek pengarahan dan Sinematografi memainkan peranan yang cukup penting dalam penghasilan sesebuah filem. Wajah dan tubuh sesebuah filem dicipta daripada dua aspek tersebut. Aspek-aspek teknikal perfileman dan mekanisme psikologikal terkandung dalam kedua-dua aspek di atas. Oleh itu analisis kualitatif dalam dua aspek tersebut merangkumi seluruh kajian terhadap elemen perfileman. Daripada kajian dan analisis itu pula, dapat ditemukan perkara yang sangat penting dalam sesebuah filem, iaitu pemikiran. Pengarahan dan Sinematografi P. Ramlee dan Hussein Haniff memaparkan aspek pemikiran, khususnya dalam filem Semerah Padi (P. Ramlee, 1956), Antara Dua Darjat (P. Ramlee, 1960), Hang Jebat (Hussein Haniff, 1962), dan Dang Anom (Hussein Haniff, 1962). Pemilihan filem-filem tersebut berdasarkan merit Semerah Padi dan Antara Dua Darjat—dua buah filem terbaik yang pernah dihasilkan oleh P. Ramlee, dan Hang Jebat dan Dang Anom—dua buah filem terbaik Hussein Haniff. Filem-filem tersebut termasuk dalam kategori heavy drama yang secara jelas dapat menggambarkan keupayaan pengarahnya memberikan orientasi pada aspek teknikal dan rujukan makna dalam aspek pengarahan dan sinematografi.

Filem sebagai suatu teks tidak wajar dilihat secara umum. Analisis yang dilakukan terhadap scene terpilih bertujuan untuk melihat aspek pengarahan dan sinematografinya secara lebih spesifik. Scene yang dipilih dirasakan dapat memperlihatkan keupayaan pengarahannya dari segi pernyataan idealisme dan juga kawalan serta pemilihan terhadap elemen-elemen plastisti filem. Kajian-kajian terdahulu terhadap filem Melayu zaman awal banyak memilih memoir seorang tokoh pengarah filem Melayu. Para pengkaji lebih banyak memberikan perhatian pada proses pembikinan sesebuah filem melalui ingatan tokoh-tokoh pembikin filem tersebut. Dalam buku ini, kajian ditumpukan pada analisis visual content dalam filem-filem yang diselidiki.

Filem harus diterima sebagai sebuah filem dan perbincangan terhadapnya perlu dengan pendekatan ilmiah. Untuk tujuan itu, teori-teori filem perlu diaplikasikan supaya dapat menyokong analisis yang dibuat. Melalui aplikasi tersebut, kebijaksanaan P. Ramlee dan Hussein Haniff dalam mengerjakan elemen perfileman untuk menghasilkan karya masing-masing akan dapat ditemukan. Walau bagaimanapun, hal-hal peribadi di sekitar diri pengarah juga akan diambil kira kerana hal tersebut juga sangat berkait rapat dengan pandangan atau pemikiran mereka melalui kerja pengarahan dan sinematografi yang dihasilkan. Dengan itu analisis yang dibuat terhadap filem-filem Melayu akan memberikan alternatif kepada kajian-kajian yang sedia ada dengan pendekatan yang berbeza, iaitu komprehensif dan ilmiah.

Promosi dilakukan oleh Malay Film Productions dengan menetapkan P. Ramlee sebagai pengarah “nombor satu” bagi pihak mereka kerana menghasilkan 18 buah filem dalam masa 10 tahun, dan hampir kesemuanya memberikan pulangan besar kepada studio. Sanjungan para peminat filem Melayu zaman awal dan pandangan daripada pengkritik filem juga menetapkan hal yang serupa.

Di Studio Cathay Kris pula, Hussein Haniff lebih dikenali sebagai penyunting filem di kalangan karyawan, manakala bagi peminat filem pula, nama beliau kurang mendapat perhatian. Hal ini berlaku kerana kemunculannya sebagai pengarah agak lewat berbanding takan-rakan sebangsa Melayu yang mencipta nama besar dalam dunia filem sebagai pengarah. Penghasilan karya Hussein Haniff yang terhad, iaitu lapan buah filem selama lima tahun juga kurang mendapat pandangan daripada para pengkritik filem. Bagi mereka Hussein Haniff bukan nama yang glamour dan sensasi sehingga karya-karyanya kurang dibicarakan.

Keterampilan seseorang dalam bidang pengarahan dan sinematografi bukanlah diukur daripada jumlah karya yang dihasilkan atau sambutan baik daripada penonton, tetapi daripada keupayaan mereka mengisi keperluan kedua dua bidang pengarahan dan Sinematografi untuk mencari teknik konseptual, konsep visual, imageri celluloid dan imej makna. Hal-hal tersebut terdapat dalam filem Hang Jebat dan Dang Anom dan menarik untuk dikaji.

Pengarahan dan Sinematografi P. Ramlee dan Hussein Haniff akan cuba membuat perbandingan dalam bidang pengarahan dan sinematografi, dan seterusnya meletakkan P. Ramlee dan Hussein Haniff dalam suatu kedudukan menurut urutan atau merit. Pemberian merit itu semata-mata bertujuan memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka berdasarkan karya masing-masing.

Pengarahan dan sinematografi adalah aspek yang paling bertindan. Sinematografi bertolak daripada konsep pengarahan dan melalui sinematografi-lah konsep pengarahan tersebut diperlihatkan. Dalam Pengarahan dan Sinematografi P. Ramlee dan Hussein Haniff, huraian tentang aspek pengarahan akan sekali gus merujuk sinematografi, iaitu sebagai bukti penjelasan, dan sebaliknya apabila aspek sinematografi dihuraikan, sekali gus aspek pengarahan akan digunakan sebagai bukti.

Dua bidang yang akan diberikan penekanan ialah pengarahan dan sinematografi. Kedua-dua bidang ini adalah asas kepada rupa tubuh filem selain beberapa sudut lain seperti rekaan produksi, penyuntingan, kerja kamera dan pengarahan seni yang turut disentuh. Pengarahan dan Sinematografi P. Ramlee dan Hussein Haniff dilakukan pada gaya pengarahan filem P. Ramlee dan Huséein Haniff—P. Ramlee dalam filem Semerah Padi dan Antara Dua Darjat, dan Hussein Haniff dalam Hang Jebat dan Dang Anom.

Weight0.315 kg
Dimensions14 × 1.4 × 21.5 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. MOHD SHAHRULNIZAM (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author