Pengaruh Mesir Terhadap Masyarakat Melayu 1906-1970: Daripada Al-Imam Sehingga Kebangkitan Semula Islam

ABU HANIFAH HARIS adalah pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2019)
336 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM68.00

In stock

Pengaruh Mesir Terhadap Masyarakat Melayu 1906-1970: Daripada Al-Imam Sehingga Kebangkitan Semula Islam membincangkan pengaruh Mesir terhadap masyarakat Melayu, khususnya dalam aspek politik dan sosial. Salah sebuah negara di rantau Timur Tengah yang mempunyai hubungan erat dengan masyarakat Melayu ialah Mesir yang hanya menjadi terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu pada akhir abad ke-19. Kemunculan Universiti al-Azhar di Kaherah sebagai pusat pembelajaran ilmu agama yang terkenal telah menarik kedatangan ramai pelajar Melayu untuk menyambung pengajian di sana.

Bab-bab dalam buku ini membincangkan pengaruh Mesir terhadap pemikiran politik masyarakat Melayu, selain pengaruh Mesir terhadap kesedaran sosial dan pendidikan masyarakat Melayu, serta kesusasteraan Melayu. Buku ini turut membahaskan sumbangan lepasan Mesir terhadap masyarakat Melayu, khususnya dalam bidang pendidikan, keagamaan, penulisan dan politik.

Perbincangan buku ini bermula pada tahun 1906 disebabkan kemunculan majalah al-Imam yang menyaksikan penyebaran pemikiran islah oleh tokoh islah Mesir seperti Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad ‘Abduh dan Muhammad Rashid Rida yang mula berkembang dan memberikan impak yang besar di Tanah Melayu seperti kemunculan Kaum Muda, penubuhan madrasah dan penerbitan akhbar dan majalah islah seperti Ikhwan dan Saudara.

Majalah al-Imam merupakan majalah Melayu pertama yang mengandungi pemikiran yang menyeru kepada perubahan sosial dalam masyarakat Melayu dengan memasukkan unsur-unsur politik. Penyiaran berita tentang pergolakan di Timur Tengah jelas bermotifkan politik kerana penyiarannya bertujuan untuk mendedahkan para pembaca terhadap perkembangan politik yang sedang berlaku di Timur Tengah yang mempunyai kaitan dengan kepentingan umat Islam.

Perbincangan buku ini tamat pada tahun 1970 apabila pemikiran yang bersumber dari Mesir tidak lagi merupakan pemikiran yang memberikan kesan kepada masyarakat Melayu sebagaimana pemikiran islah yang mula berkembang sejak penerbitan al-Imam pada tahun 1906. Kematian Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser pada 28 September 1970 menandakan berakhirnya satu era. Kebangkitan islam di Malaysia pada tahun 1970-an bukan lagi digerakkan oleh pelajar Melayu di Mesir, sebaliknya digerakkan oleh pelajar Melayu di Barat yang terdedah kepada perjuangan Ikhwan al-Muslimin yang berpusat di Barat akibat penindasan Nasser terhadap Ikhwan al-Muslimin di Mesir.

Penglibatan pelajar Melayu di Mesir dalam kebangkitan Islam di Malaysia pula agak terhad, dan hanya digerakkan oleh segelintir pelajar Melayu yang terdwah dengan tulisan mengenai Ikhwan al-Muslimin dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan di Barat.

Weight0.532 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 1.7 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.