Pengembaraan Ibn Battuta: Musafir Islam

ROSS E. DUNN ialah penulis dan sejarawan yang berasal dari Amerika Syarikat, pengarang kepada beberapa buah buku yang hebat, di antaranya The Adventures of Ibn Battuta, dan pengarang bersama dalam History on Trial: Culture Wars dan the Teaching of the Past. Beliau ialah Profesor Emiretus di Universiti San Diego.

Penerbit Universiti Malaya (2005)
378  halaman
ISBN : 9789831002599

RM40.00

Only 1 left in stock

Pengembaraan Ibn Battuta: Musafir Islam

Ibn Battuta telah disanjung sebagai musafir terbesar. Selama perjalanannya yang merentang hampir tiga puluh tahun, ia telah melintasi Dunia Timur, mengunjungi daerah-daerah yang luasnya sama dengan luas 44 buah negara zaman moden, dan merentasi kawasan seluas kira-kira 73,000 batu.

Rihla karangan Ibn Battuta adalah tinjauan lengkap tentang tokoh-tokoh, tempat, pemerintahan dan pelbagai keanehan dunia Muslim pada satu per empat kedua abad ke-14, yang ditulis dalam gaya sastera yang lazim pada zamannya. Buku itu juga merupakan sebuah catatan perjalanan yang dramatis.

Sejak itu, terjemahan karya tulis tersebut, yang kesemuanya dipersiapkan berdasarkan teks cetakan karya Defremery dan Sanguinetti, telah diterbitkan dalam perbagai bahasa, termasuk bahasa Sepanyol, Itali, Jerman, Rusia, Poland, Hungary, Parsi, dan Jepun. Pada 1929 Sir Hamilton Gibb memendekkan terjemahan bahasa Inggerisnya dan mulai membuat edisi yang yang lengkap di bawah naungan Hakluyt Soceity. Bahagian terakhir daripada empat jilid itu masih dalam persiapan. Tetapi, terjemahan bahasa Inggerisnya tentang pelbagai bahagian Rihla muncul pada abad lalu sebagai buku atau sebahagian karangan dalam bentuk antologi dan majalah-majalah ilmiah.

Terjemahan Rihla begitu banyak, lengkap dengan komentar kritis tentang Ibn Battuta dan riwayat pekerjaannya yang sudah berkembang sejak abad ke-18. Semua ini merupakan sumbangan yang luar biasa nilainya, suatu sumber sejarah tentang Dunia Timur yang sudah berpenghuni sejak seperempat terakhir abad ke-14. Pengembaraan Ibn Battuta: Musafir Islam dikutip dan disebutkan dalam ratusan karya tulis sejarah, bukan sahaja tentang hal yang ada hubungannya dengan negeri-negeri Islam, tetapi dengan China, dan empayar Byzantium.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.590 kg
Edition

Format

ISBN

9789831002599

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pengembaraan Ibn Battuta: Musafir Islam”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.