Sale!

Pengembaraan ke Kedah, Perlis dan Kelantan

Zainal Abidin Ahmad (16 September 1895 – 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagai Za’ba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia. Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.

DBP (Cetakan Pertama 2008)
63 halaman

RM12.00 RM5.00

Pengembaraan ke Kedah, Perlis dan Kelantan merupakan himpunan catatan Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) yang merakamkan pengalaman dan penelitian beliau semasa melakukan lawatan ke Kedah, Perlis dan Kelantan pada tahun 1928.

Catatan tersebut yang pada asalnya diterbitkan dalam Majalah Guru pada tahun 1928 hingga tahun 1929 merupakan pemerhatian Za’ba terhadap gambaran masyarakat di negeri-negeri tersebut terutamanya dari segi sosial, pendidikan dan ekonomi.

Pemerhatian dan analisis beliau disertai dengan komen dan kritikan sosial, terutamanya berkaitan sikap dan tabiat masyarakat di negeri-negeri yang dilawatinya.

Buku ini dipersembahkan mengikut kronologi lawatan yang dilakukan oleh Za’ba dan merangkumi huraian tentang tempat-tempat menarik dan individu yang ditemui semasa lawatannya yang bermula di Kedah, dan berakhir di Kelantan.

Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan penyelidik dan pengkaji bahasa terutamanya yang mengkaji aspek sosiolinguistk historis, pendidik serta pembaca umum yang berminat mengetahui tentang situasi sosial masyarakat Melayu pada tahun 1920-an.

Weight 0.120 kg
Dimensions 14.0 × 0.6 × 21.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789836298768

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pengembaraan ke Kedah, Perlis dan Kelantan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.