Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam

Seyyed Hossein Nasr merupakan Profesor Emiratus dalam jurusan Pengajian Islam di George Washington University

Baharudin Ahmad mendapat pendidikan awal di Pulau Pinang, Ijazah Sarjana Muda dari UKM, Sarjana dari Universti Temple dan ijazah kedoktoran tentang Sufisme di Alam Melayu dari universiti yang sama. 

Osman Bakar merupakan Timbalan Naib Cancelor (Akademik) Universiti Malaya. Beliau telah menulis lebih dari 15 buah buku dan hampir 200 makalah tentang pelbagai aspek pemikiran dan tamadun Islam terutamanya di dalam bidang Sains Islam.

DBP (Edisi Kedua Cetakan Pertama 2010)

404 Halaman

ISBN 9789834605087

RM30.00

Buku Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam ialah terjemahan daripada An Introduction to Islamic Cosmological Doctrine, Revised Edition oleh Seyyed Hossein Nasr. Versi asal buku ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris pada tahun 1960. Ia merupakan di antara karya terawal Profesor Seyyed Hossein Nasr, seorang sarjana dan pemikir Islam terkemuka dewasa ini, yang pernah diterbitkan. Versi bahasa Melayu buku ini diterbitkan pada tahun 1992. Inti sari buku ini adalah berdasarkan disertasi PhD yang beliau persembahkan kepada Jabatan Sejarah Sains, Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada tahun 1958.

Kebanyakan daripada kajian yang dibuat kebelakangan ini oleh para Orientalis Barat dan sarjana Islam moden tentang sains kosmologi dan sains tabii di dunia Islam, dijalankan dengan satu matlamat, iaitu bagi melahirkan perhubungan di antara sains tersebut dengan sains yang tumbuh subur kini di dalam dunia moden. Terlalu jarang perhatian ditumpukan kepada pandangan hidup kaum Muslimin sendiri, iaitu satu pandangan hidup yang dengannya mereka mengkaji sains tertentu dalam alam tabii itu.

Matlamat kami dalam buku edisi semakan semula ini, yang berdasarkan edisi asal yang kami kemukakan kepada Jabatan Sejarah Pemikiran dan Sains, Universiti Harvard, pada tahun 1958, ialah untuk menjelaskan akan prinsip-prinsip kosmologi dan bagi membawa ke depan akan bentuk kosmos dalam mana kaum Muslim hidup dan berfikir, dan dalam keadaan tertentu masih menjadi rangka pemandangan mereka terhadap alam sekeliling.

Sudah tentu kami tidak sekali-kali menafikan akan peri penting dan sahnya pengkajian sejarah yang daripada satu segi menghubungkan ilmu sains kaum Muslimin dengan sumbernya daripada sains Bibilonia, Mesir Kuno, Yunani, India, China dan Parsi dan daripada segi yang lain pula menjelaskan lagi peranan sains dalam pembentukan dunia ilmiah tamadun Latin dan pengkajian sains tabii di dunia Barat dari abad ke-13 membawa ke abad ke-l7.

Namun tujuan asas kami di sini ialah untuk mengkaji sains kosmologi Islam itu sendiri dan cuba melihat alam dalam satu kesatuan iaitu sebagaimana ia dilihat oleh mereka yang membentuk sendiri sains tersebut, dan bukan melihatnya seperti seorang yang berdiri di pinggir dan cuba *membedah’ pandangan hidup Islam itu dan membahagikan elemen-elemen tertentu mengikut punca asal usulnya dalam pandangan sejarah.

Sains kosmologikal dan sains tabii Islam adalah terikat rapi dengan idea metafizik, agama dan falsafah yang membendungi tamadun Islam keseluruhannya seperti juga sains moden sangat berkait rapat dengan gagasan falsafah dan agama pada abad ke-16 dan ke-17 yang memunculkan sains moden itu dan juga memberi kekuatan serta bekalan pemikiran kepadanya.

Hubungan rapat ini dapat dilihat contohnya dalam kes pelajar Muslim yang walaupun hanya merapati sains moden secara sepintas lalu sahaja biasanya akan terus hilang penapakan spiritualnya dan cepat menjadi canggung dengan tradisinya sendiri, sedangkan pelajar yang sama mungkin telah bertahun-tahun mempelajari matematik serta sains tabii dalam rangka tradisi dan sedikit pun tidak jauh daripada dasar Islam yang sejati.

Weight 0.730 kg
Dimensions 14.5 x 3.1 x 22.2 cm
Edition

Format

ISBN

9789834605087

Publisher

Language

Year Published

3 reviews for Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam

  1. Kawah Buku

    “Buku ini diterbitkan 16 tahun yang lalu di dalam terjemahannya ke bahasa Melayu; diulang cetak beberapa kali dan edisi ini perlu mendapat sambutan para pelajar dan pensyarah bidang ini sama seperti sambutan yang diberikan kepada edisinya yang awal.”—Prof Dr. Ibrahim M. Zein, Dekan ISTAC, IIUM

  2. Kawah Buku

    “Terjemahan yang lancar dan baik seolah-olah membaca di dalam edisi bahsa Inggerisnya juga.”—Prof Dr. Abdullah Alwi

  3. Kawah Buku

    “Satu-satunya kajian kosmologi Islam di dalam bahasa Melayu.”— Prof Dr. Cemil Akdogan

Add a review

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.