Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains

SHAHARIR MOHAMAD ZAIN adalah Profesor Emeritus. Beliau adalah pemegang biasiswa Colombo (1967 dan 1975) dan perintis pelajar aliran Melayu ke seberang laut. Beliau pernah mendapat biasiswa Fulbright Scholarship untuk menjalankan kajian di University of California, Santa Cruz, Amerika Syarikat dengan fokus kepada Formulasi Mekanik Kuantum dengan Kamiran Lintasan. Beliau adalah anak Melayu pertama yang memperoleh Ph.D dalam bidang matematik dengan judul tesisnya, ‘The Formulation of Quantum Action Principle via Gateaux Variation’.

Penerbit UKM (Edisi Ketiga, Cetakan Pertama, 2018)
255 halaman

RM30.00

Only 1 left in stock

Product ID: 5217 SKU: 9789679425260 Categories: , Tags: , , , ,

Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains merupakan olahan catatan kuliah kursus “Sejarah dan Falsafah Sains” dan “Sejarah dan Falsafah Matematik,” oleh Profesor Emeritus Shaharir Mohamad Zain, yang masing-masingnya berupa kursus yang telah beliau sampaikan kepada Pelajar Tahun Tiga Sains sidang 1983/84 dan Pelajar Tahun Tiga Pengajian Kuantitatif sidang 1982/83 di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penulis sungguh terharu dengan sambutan masyarakat terhadap buku ini iaitu untuk suntingan pertama 1987. Banyak ulasan positif yang telah diterima. Atas permintaan ramai jugalah suntingan kedua telah diusahakan. Pada awalnya usaha ini dimulakan oleh Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd. dan kemudiannya kerja penulisan dan penerbitan semula buku ini disambung oleh Penerbit UKM.

Dalam suntingan ke-2 ini, penulis menambah dua bab baharu, Bab 1 dan Bab 12 yang masing-masingnya khusus membicarakan makna falsafah dan soal sains alternatif yang penulis fikir dan berharap akan berguna kepada pembaca-peminat buku ini. Di samping itu penulis juga menambah satu seksyen, 10.6, yang khas membicarakan sistem nombor dan angka Melayu yang belum pernah dibicarakan selama ini. Selain daripada itu penulis cuba memperbaiki setiap bab yang sedia ada dalam suntingan pertama itu dalam aspek bahasa, istilah, pengemaskinian maklumat dan rujukan serta gaya penyusunan senarai rujukan dan salinan gambar-gambar sarjana yang setengahnya tidak dinyatakan sumber asalnya (seperti dalam suntingan pertama) kerana penulis terlupa mencatatkannya dahulu dan sukar untuk menyurihnya kembali.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.448 kg
Dimensions 22.5 × 15.3 × 1.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789679425260

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.