Pengenalan Sistem Undang-Undang Malaysia

MOHAMED SUFFIAN HASHIM adalah bekas Ketua Hakim Negara yang berkhidmat antara tahun 1974 sehingga 1982.

Terjemahan dari judul asal An Introduction to the Legal System of Malaysia (1988) oleh MOHAMAD JAJULI A. RAHMAN

DBP (Cetakan Kedua, 2015)
190 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM15.00

In stock

If you purchase this book you will earn 3 reward points!
ISBN: 9789836215475 Product ID: 30473 Category: Sub-subjects: , ,

Pengenalan Sistem Undang-Undang Malaysia membicarakan tentang sistem undang-undang Malaysia dengan ringkas menggunakan bahasa yang mudah dan jelas. Buku ini ditulis khusus untuk pembaca umum yang tidak mempunyai latar belakang ilmu undang-undang dan untuk para peguam negara-negara ASEAN. Pembicaraan buku ini meliputi semua aspek yang berkaitan dengan sistem undang-undang di negara ini, termasuklah sejarah, perlembagaan negara, sumber undang-undang, undang-undang yang berhubungan dengan negara luar dan sebagainya. Buku pengenalan ini ditulis sebagai menyahut keputusan yang dibuat oleh Pertubuhan Undang-undang ASEAN (ALA) untuk memperkenalkan sistem undang-undang Malaysia kepada peguam-peguam di negara-negara ASEAN. ALA memutuskan bahawa buku yang sama tentang sistem undang-undang negara-negara ASEAN yang lain juga harus ditulis.

Dalam beberapa persidangan ALA, seruan seringkali dibuat untuk mengharmonikan undang-undang negara-negara ASEAN sebagai langkah ke arah mengukuhkan hubungan di antara negara-negara tersebut; dan telah dipersetujui bahawa para peguam negara-negara ASEAN perlu diberi peluang untuk mengenali sistem undang-undang tiap-tiap negara ASEAN yang lain—tanpa langkah tersebut sukarlah keharmonian dicapai. Lain negara lainlah sejarah dan pengalamannya: Brunei, Malaysia dan Singapura berada begitu lama di bawah pemerintahan Inggeris. Oleh itu, pada hari ini undang-undang yang ada di negara-negara tersebut banyak dipengaruhi oleh undang-undang Inggeris; Indonesia dengan undang-undang Belanda; Filipina dengan undang-undang Sepanyol dan Amerika. Negara Thai, satu-satunya negara ASEAN yang belum pernah dijajah, mempunyai sistem undang-undangnya yang berbeza pula.

Di Malaysia, terdapat lapan sumber undang-undang: (i) Perlembagaan (persekutuan dan negeri); (ii) Statut yang dipanggil Akta jika digubal oleh Parlimen dan ordinan jika digubal oleh dewan perundangan negeri atau enakmen jika digubal oleh dewan perundangan Sabah—juga dikenali sebagai badan perundangan utama—termasuk di Sabah, Sarawak, United Kingdom statut am yang diizinkan oleh Seksyen 31, Akta Undang-Undang Sivil 1956 bagi tiap-tiap negeri; (iii) Undang-undang yang digubal oleh badan atau orang perseorangan yang diberi kuasa oleh undang-undang persekutuan atau negeri yang dipanggil dengan pelbagai panggilan seperti peraturan, regulasi, dan sebagainya—semua ini dikenali sebagai perundangan subsidiari atau perundangan perwakilan; (iv) Keputusan hakim, iaitu keputusan terhadap perkara undang-undang yang dibuat oleh hakim; (v) Undang-undang Islam; (vi) Undang-undang Hindu; (vii) Undang-undang adat termasuk: (a) adat Melayu; (b) di Sabah dan Sarawak, undang-undang dan adat anak watan; dan (c) Undang-undang adat Cina; dan (viii) Common Law Inggeris dan rukun ekuiti.

Bagaimana undang-undang ini digubal?

Sebahagian besar undang-undang di Malaysia adalah undang-undang bertulis (tiga sumber pertama), iaitu undang-undang yang digubal oleh berbagai-bagai badan perundangan. Sebahagian besar undang-undang bertulis ini digubal oleh badan perundangan persekutuan (Parlimen). Ini adalah kerana Perlembagaan Malaysia memberikan kuasa perundangan yang lebih kepada persekutuan daripada badan perundangan negeri.

Tidak ada gunanya mempunyai undang-undang jika seseorang yang mendapat kerugian akibat mungkir janji tidak mendapat penawar. Dalam hubungan ini, perlulah kita mengetahui perbezaan di antara undang-undang jenayah dan sivil. Melanggar undang-undang jenayah merupakan kesalahan kepada negara dan badan kerajaan akan mengambil tindakan kepada orang yang melakukan kesalahan, dan setelah dibicarakan orang tersebut didapati bersalah mahkamah boleh memasukkan orang itu ke penjara dengan menggunakan wang kerajaan atau jika dia dikenakan denda, wang denda itu menjadi milik kerajaan.

Melanggar undang-undang sivil, sebaliknya, merupakan perkara bagi orang yang mendapat kerugian itu. Contohnya, seorang yang berhutang tidak membayar hutangnya. Dalam hal ini, pemiutang akan membawa hal tersebut ke mahkamah. Kerajaan tidak mengambil tindakan bagi pihaknya. Kerajaan hanya memberinya kemudahan untuk menyelesaikan pertikaian itu; jika hakim mendapati pemiutang itu benar, hakim hanya memerintahkan penghutang membayar. Hakim tidak boleh mengenakan denda kepada penghutang. Orang yang dituduh dan didapati bersalah di mahkamah rendah boleh merayu ke mahkamah yang lebih tinggi iaitu ke Mahkamah Tinggi atau bagi setengah-setengah kes, ke Mahkamah Agung.

Prakata

Bahagian I — Sejarah Ringkas
1. Pengenalan
2. Penubuhan Persekutuan

Bahagian II — Perlembagaan
3. Ciri-ciri Asas Perlembagaan
4. Ketinggian Parlimen

Bahagian III — Yang Di-Pertuan Agong Dan Raja-raja
5. Yang Di-Pertuan Agong
6. Raja dan Gabenor

Bahagian IV — Badan Perundangan
8. Badan Perundangan
9. Pilihanraya

Bahagian V — Eksekutif
10. Eksekutif

Bahagian VI — Kehakiman
11. Kehakiman

Bahagian VII — Mahkamah
12. Mahkamah

Bahagian VIII — Mahkamah Persekutuan
13. Mahkamah Agung
14. Mahkamah Tinggi
15. Mahkamah Rendah
16. Mahkamah Persekutuan Yang Lain

Bahagian IX — Mahkamah Negeri
17. Mahkamah Syariah
18. Mahkamah Adat

Bahagian X — Undang-undang
19. Sumber Undang-undang
20. Bagaimana Undang-undang Digubal
21. Bagaimana Undang-undang Dikuatkuasakan
22. Rayuan
23. Serah-Balik
24. Penguatkuasaan Penghakiman Bersaling
25. Pelbagai Perkara

Bahagian XI — Kesimpulan
26. Kata Penutup

Bibliografi
Indeks

Weight 0.229 kg
Dimensions 21.5 × 14 × 1 cm
Author(s)

,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.