Pengislaman Ilmu

ISMAIL AL-FARUQI (b. 1921 – d. 1986) adalah salah seorang pengasas awal International Institute of Islamic Thought (IIIT).

Diterjemah oleh MUSTAFA KASIM

DBP (Cetakan Ketiga, 2009)
116 halaman

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM15.00

In stock

If you purchase this book you will earn 3 reward points!

Pengislaman Ilmu adalah terjemahan daripada Islamization of Knowledge karya Ismail al-Faruqi. Rencana ini menegaskan tentang wnat kini sedang dilanda ancaman ‘malaise’ yang sangat merbahaya. Sehubungan dengan itu rencana ini mengemukakan satu penawar yang mujarab dan tepat untuk menyembuhkan penyakit umat itu. Di samping itu juga cuba menonjolkan peranan yang sepatutnya dilakukan oleh kepimpinan dunia

Berikutan dengan Persidangan di Islamabad mengenai pengislaman Ilmu (1402 H./1982 M.), pihak International Institute of Islamic Thought (IIIT) bercadang untuk menerbitkan pelan yang terperinci sebagai panduan kepada para intelek dan para pelajar Islam dalam bidang Islamisasi Ilmu. Hasilnya terbitlah ‘Islamization of Knowledge: General Principles and Workplan‘, berdasarkan kertas-kertas kerja dan ucapan-ucapan yang disampaikan dalam persidangan oleh Ismail al-Faruqi dan Abdul Hamid Abu Sulayman. Ismail al-Faruqi mengambil usaha menyunting edisi yang pertama sementara Abu Sulayman menyunting semula, mengemaskini dan mengemukakan pelan itu dalam edisi bahasa Arab.

Dalam edisi bahasa Inggeris yang kedua, yang disunting oleh Abu Sulayman, empat bahagian yang pertama dalam edisi bahasa Inggeris yang asal tetap tidak berubah. Walau bagaimanapun sedikit pertukaran penting dan penambahan konsep-konsep dan idea-idea telah dibuat. Edisi yang baru ini mengemukakan suatu kefahaman baru mengenai isu-isu yang dihadapi oleh umat dan para ulama bukan dalam bidang pendidikan tapi yang terutamanya dalam pemikiran dan kaedahnya.

Konsep-konsep ini mengemukakan satu rangka rujukan dan pendekatan baru mengenai kehidupan umat. Ini akan mengurangkan atau menghilangkan perasaan tawakul dan memulihkan sikap Muslim terhadap kesungguhan dan kecekapan tindakan dan kesempurnaan terhadap kehidupan (itqan). Sikap inilah yang merangkumi bahagian yang saling berkaitan dalam konsep Islam mengenai khilafah, Islah (pembaikan) dan I’mar (tamadun) dalam dunia.

Edisi ini juga mengemukakan satu pelan yang lebih dinamik dan tepat untuk proses Pengislaman Ilmu yang dibuat oleh Institut Pemikiran Islam Antarabangsa. Ia mencerminkan interaksi antara pengetahuan dan penglibatan yang meningkat oleh para ulama dalam “proses belajar melalut pengalaman”. Ia menekankan visi Islam dan pendekatan yang tulen terhadap kaedah ilmu dengan mengambil kira tiga sumber ilmu Islam yakni wahyu, akal dan alam (al-kawn). Edisi ini mengakui bahawa Pengislaman Ilmu adalah satu proses yang berterusan dan matlamat utamanya boleh dicapai melalui pengumpulan dan memajukan idea-idea dalam pelbagai bidang ilmu.

Gambaran seterusnya, edisi baru ini juga cuba menjelaskan konsep Pengislaman Ilmu, kepentingan dan hubungannya dengan proses “pembaratan”, “pemodenan” dinamik dan kehidupan sebenar, Penjelasan dan penekanan ini sewajarnya diambil berat oleh pembaca, terutamanya pembaca yang cuba memahami secara mendalam idea, misi dan keutamaan yang terlibat dalam konsep dan usaha ke arah Pengislaman.

Weight 0.168 kg
Dimensions 21.5 × 14 × 0.7 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. MUHAMMAD AMIN NASRIN A. (Verified Reader)

    Verified reviewVerified review - view originalExternal link

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *