Penjaga bagi Segala yang Lalai dan Naṣīḥat bagi Segala Raja-Raja: Tuan Ḥāji Muḥammad Ṭayyib bin Masʽūd al-Banjāri

TUAN ḤĀJI MUḤAMMAD ṬAYYIB BIN MAS‘ŪD AL-BANJARĪ atau Tuan Titi Gajah, seorang ‘ulama’ negeri Kedah, mufti, penasihat sultan dan guru yang masyhur pada abad ke-19 Masihi.

Kajian dan suntingan MUHAMMAD MUSTAQIM MOHD ZARIF

Akademi Jawi Malaysia (Cetakan Pertama, 2022)
247 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM45.00

In stock

If you purchase this book you will earn 9 reward points!

Penjaga bagi Segala yang Lalai dan Naṣīḥat bagi Segala Raja-Raja dikarang oleh Tuan Ḥāji Muḥammad Ṭayyib bin Masʽūd al-Banjāri atau Tuan Titi Gajah, seorang ‘ulama’ negeri Kedah, mufti, penasihat sultan dan guru yang mashhur pada abad ke-19 Masihi. Kitab ini mempersembahkan penulisan berbentuk nasihat yang bertujuan memberi pengajaran mengenai hal ehwal pentadbiran kerajaan dari sudut ketatanegaraan, melaksanakan ke‘adilan dan mencegah kezaliman menerusi kisah-kisah ringkas, tamthilan dan qiyasan tentang hukum-hakam. Di sebalik kemashhurannya, kebanyakan karya Tuan Titi Gajah masih tersimpan dalam bentuk manuskrip dan tidak tersebar dengan meluas dalam kalangan masharakat pada hari ini. Bahkan sebahagian daripadanya termasuk Īqāẓ al-Ghāfilīn yang dikaji dalam buku ini juga boleh dikategorikan sebagai nadir, amat sukar diperoleh dan hampir hilang ditelan zaman. Pentahqiqkan dan penerbitan yang diusahakan dalam buku ini adalah bersumberkan salinan satu-satunya manuskrip yang tersimpan di Arkib Negara Malaysia yang boleh dianggap sebagai naskhah tunggal (codex unicus) untuk karya ini. Genrenya adalah dalam bidang ketatanegaraan yang bertujuan memberikan pengajaran mengenai hal. ehwal pentadbiran kerajaan dari aspek melaksanakan ke‘adilan, mencegah kezaliman dan sebagainya menerusi anekdot, tamthilan dan qiyasan berbanding aspek hukum-hakam dalam usaha membantu membentuk keperibadian para pemerintah dan pembesar kerajaan berlandaskan lunas Shara’.

Dalam hal ini juga, amatlah penting dinyatakan bahawa karya ini juga merupakan satu-satunya karya yang pernah dijumpai dalam genre ketatanegaraan Melayu yang dihasilkan oleh anak watan negeri Kedah sepanjang sejarahnya. Oleh itu, terzahir dengan jelas kepentingan karya ini yang sewajarnya diketengahkan sebaris dengan karya-karya ketatanegaraan lain yang mashhur di ‘Alam Melayu seperti Tāj al-Salātīn, Bustān al-Salātīn dan sebagainya. Selain itu, isu-isu yang dibincangkan dalam karya ini juga masih relevan untuk ditela’ah dan dijadikan panduan bagi kehidupan masharakat hari ini yang masing-masing berperanan sebagai pemimpin dan ketua dalam konteks dan kapasiti tersendiri yang pastinya memerlukan kesedaran dan penerapan konsep ke‘adilan dalam interaksi sesama manusia. Gaya bahasanya yang santai bersulamkan nas daripada al-Qur’an, Hadith, riwayat, pandangan “ulama” dan sebagainya yang dipersembahkan daripada perspektif tasawwuf dapat memberikan pengalaman yang unik dan berbeza mengenai kupasan tajuk ini berbanding karya lain seumpamanya yang terdapat dalam pasaran.

Prakata
Biografi Pengarang dan Pengenalan Karya

Penjaga bagi Segala yang Lalai dan Naṣīḥat bagi Segala Raja-Raja

[Muqaddimah]

Bermula Fasal yang Pertama
Pada Menyuruh atas Berbuat ‘Ādil dan Inṣāf

Bermula Fasal Yang Kedua
Pada Menakut daripada Berbuat Aniaya dan Berlampau-Lampau

Bermula Fasal Yang Ketiga
Pada Menakut daripada Dunyā dan Mencela Akan Dia

Bermula Fasal Yang Keempat
Pada Menyuruh Atas Perbanyakkan daripada Ingat Akan Mat dan Bersedia Akan Dia

Bermula Fasal Yang Kelima
Pada Menyatakan Kelebihan Segala Anak Cucunya ﷺ dan Menyatakan Sesuatu daripada ‘Adhāb Neraka dan Ni‘mat Shurga

[Penutup]

Bibliografi
Lampiran
Pengkaji

Weight0.413 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.6 cm
Author(s)

,

Edition

Language

Publisher

Script

Jawi, Roman

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.