Out of stock

Pensejarahan Kedah Tua: Satu Kritikan Sumber dan Tafsiran

Penulisan bersama NASHA RODZIADI KHAW, NAZARUDIN ZAINUN dan MOHD MOKHTAR SAIDIN

Penerbit UTHM (Cetakan Pertama, 2015)
151 halaman termasuk Bibliografi

RM34.00

Out of stock

Dalam mengupas serta membincangkan mengenai isu-isu pensejarahan Kedah Tua, Pensejarahan Kedah Tua: Satu Kritikan Sumber dan Tafsiran menyajikan enam bab yang merangkumi keseluruhan aspek pensejarahan Kedah Tua yang telah dikaji oleh pengkaji terdahulu. Diharap dengan kupasan yang menarik serta holistik ini dapat memberikan maklumat serta intipati mengenai sejarah Kedah Tua ini. Bab 1 menerangkan secara ringkas keseluruhan kandungan buku ini serta skop-skop menarik yang terkandung menerusi semua bahagian dalam buku ini.

Seterusnya, sebelum menelusuri dengan lebih lanjut pensejarahan Kedah Tua, Bab 2 mengupas mengenai pensejarahan Asia Tenggara terlebih dahulu. Asia Tenggara merupakan lokasi strategik yang terletak di pertengahan laluan ke China dan India dan merupakan tempat persinggahan pedagang-pedagang untuk berdagang. Asia Tenggara terkenal sebagai pusat perdagangan maritim dan membekalkan banyak bahan mentah yang istimewa dan pelbagai. Oleh sebab itu, negara-negara di Asia Tenggara sering kali dipasifikasi oleh kuasa besar yang ingin memonopoli dan mengambil kesempatan ke atas kota-kota maritim ini termasuklah Lembah Bujang. Antara empayar-empayar yang pernah meluaskan hegemoni dan menjalankan pasifikasi di perairan Asia Tenggara termasuklah kerajaan Funan, Srivijaya, Mataram dan Suvarnabhumi.

Sebelum kajian ke atas Kedah Tua dijalankan kini, telah muncul pengkaji-pengkaji terdahulu yang telah mengkaji mengenai; Kedah Tua yang mengkhusus di kawasan Lembah Bujang. Bab 3 memfokuskan kepada pendekatan yang digunakan dalam kajian oleh pengkaji terdahulu dalam mengkaji pensejarahan Kedah Tua dari aspek sumber, politik, sosiobudaya, penempatan dan kronologi sejarah Kedah Tua. Secara keseluruhannya terdapat tiga pendekatan utama yang digunakan, iaitu pendekatan Antiquarianism, Culture-History dan Processual Archaeology. Setiap pendekatan ini menggunakan medium dan teknik yang berbeza dalam usaha untuk merungkaikan pensejarahan Kedah Tua.

Dalam usaha untuk menyingkap serta mendapatkan maklumat yang persis lagi jitu mengenai pensejarahan Kedah Tua, timbul pula pelbagai isu akibat daripada kepelbagaian interpretasi daripada pengkaji-pengkaji sebelum ini. Menerusi Bab 4 ini, isuisu yang dibahaskan adalah dari aspek kronologi, interpretasi terhadap status politik Kedah Tua, kebudayaan awalnya, dan struktur ekonominya. Setiap isu ini dibahaskan mengikut pendapat pengkaji-pengkaji terdahulu yang sememangnya mempunyai interpretasi sendiri terhadap penemuan kajian mereka.

Kedah Tua sememangnya dikenali sebagai salah sebuah kota maritim yang terkenal dengan penemuan pelbagai seramik dan arca hasil daripada kegiatan perdagangan yang dijalankan. Oleh itu, aspek ekonomi sering menjadi isu utama yang menjadi perhatian para pengkaji dalam menyelidiki pensejarahan Kedah Tua. Oleh itu, timbul pula isu lain yang memerlukan kajian lebih konkrit untuk menghuraikannya seperti isu dinamika sosial dan juga kronologi sejarah Kedah Tua. Isu-isu ini dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Bab 5 menerusi analisis dan kritikan yang diperolehi oleh pengkaji terdahulu.

Bahagian terakhir dalam buku ini menyimpulkan kesemua aspek yang telah dibincangkan dalam mengkaji pensejarahan Kedah Tua ini. Banyak kajian serta penemuan prasasti serta candi di Lembah Bujang dapat membuktikan bahawa Kedah Tua merupakan pusat perdagangan yang penting pada zaman dahulu. Namun, aspek ekonomi sahaja tidak mencukupi kerana timbul pula pelbagai isu seperti sosiobudaya serta dinamika sosial yang perlu diberikan perhatian. Kesimpulan analisis setiap perbahasan dinyatakan menerusi bahagian ini.

Sesungguhnya dalam merungkai sesuatu pensejarahan, sumber merupakan salah satu aspek penting. Kekurangan sumber menyebabkan timbul pelbagai interpretasi daripada pengkaji-pengkaji terdahulu. Setiap pandangan dan analisis yang berbeza daripada pengkaji terdahulu dibincangkan dengan lebih lanjut menerusi buku ini. Sesuatu yang pasti dan dipersetujui oleh ramai pengkaji ialah Kedah Tua sememangnya wujud sebagai salah sebuah pelabuhan entrepot yang penting di Tanah Melayu dan menjadi pusat persinggahan para pedagang asing mahupun pedagang tempatan.

Prakata
Penghargaan

1. Pengenalan
2. Kronologi Sejarah Asia Tenggara
3. Kajian Terdahulu
4. Isu-isu Kajian Lembah Bujang
5. Analisis dan Kritikan
6. Kesimpulan

Bibliografi

Weight0.250 kg
Dimensions21.5 × 16 × 0.7 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.