Pensejarahan Patani

MOHD ZAMBERI ABDUL MALEK adalah penulis bebas yang menumpukan penulisan kepada sejarah dan kebudayaan Melayu khususnya di Patani. Mantan Karyawan Tamu Universiti Kebangsaan Malaysia dan mantan Karyawan Tamu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya ini juga banyak menulis buku. Antaranya buku berjudul Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyiddeen (1999) dan Suria Kenchana: Biografi Jins Shamsuddin (1998).

Penerbit UM (Cetakan Pertama 2006)
229 Halaman

RM30.00

In stock

Pensejarahan Patani adalah sebuah buku bercorak pensejarahan atau historiografi tentang kajian dua buah teks sejarah Patani terpenting, iaitu kitab Tarikh Patani dan Hikayat Patani. Sumber pertama kitab Tarikh Patani jarang diperkatakan penulis, peminat sejarah mahupun sarjana sama ada di Patani mahupun di Malaysia.

Namun, sumber kedua Hikayat Patani yang terdapat dalam berbagai-bagai versi sering diperkatakan sarjana dan orientalis. Sebagai penyelidik yang menghasilkan buku-buku tentang sejarah Patani, penulis berasa akur dan bertanggungjawab untuk menghasilkan buku Pensejarahan Patani, supaya bahan yang bertaburan itu dapat dikumpulkan untuk dijadikan bacaan umum.

Pelbagai isu yang tercetus di Selatan Thai atau bekas negeri Melayu Patani, menjadi perhatian para pembaca yang meminati sejarah setempat mahupun kepada mereka yang ingin menelusuri keadaan sebenar latar belakang wilayah-wilayah berkenaan. Sejarahnya yang panjang menjadi sebahagian daripada gugusan negeri-negeri Melayu Semenanjung, lantas terpisah daripada keluarganya angkara pihak kolonial British menyebabkan Patani semakin terpinggir jauh daripada jalinan kelompoknya yang sebenar.

Justeru, bekas negeri Patani yang mengandungi wilayah-wilayah Patani, Yala, dan Narathiwat semakin berikan perspektif serta gambaran sebagai masyarakat Islam-Thai selatan negara Gajah Putih daripada dilihat sebagai pusat kegiatan budaya dan peradaban bangsa Melayu yang pernah mencapai zaman kegemilangannya.

Catatan yang terlukis dalam sumber Tarikh Patani dan Hikayat Patani, sekali gus mencerminkan bahawa Patani pernah berperanan menjadi pusat kegiatan tamadun dan persuratan Melayu berunsur Islam yang gah dan dikagumi tidak lama dahulu. Bahkan Patani menjadi pelopor kepada kegiatan sastera dengan kelahiran para ulama kitabnya yang terbilang dan tersohor hingga kini.

Semoga penerbitan buku ini menjadi pendorong yang menyedari betapa pentingnya sejarah pensejarahan Patani ditulis semula sejajar dengan pusat kegiatan persuratan yang muncul di serata Nusantara demi melahirkan penulisan manuskrip tradisi bagi mengisi khazanah persuratan Melayu.

Kepada para pembaca, tatapilah keagungan Patani pada zaman kegemilangannya supaya mendapat gambaran yang jelas serta dapat membuat perbandingan akan nasib malang setelah lebih seratus tahun wilayah itu dibelenggu zaman penjajahan.

Weight0.372 kg
Dimensions23 × 15.2 × 1.2 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author