Out of stock

Peranan dan Orientasi Sains Sosial Malaysia

Disunting oleh ABDUL RAHMAN EMBONG

Edisi Pertama terbit pada tahun 1974 dengan judul Peranan dan Orientasi Sains Sosial dan Ahli-Ahli Sains Sosial Malaysia

Penerbit UKM (Edisi Baharu, Cetakan Kedua 2016)
237 halaman termasuk Indeks

RM30.00

Out of stock

Peranan dan Orientasi Sains Sosial Malaysia menyorot kembali perkembangan sains sosial Malaysia khususnya sejak 1960-an dengan tumpuan kepada sumbangan persidangan “Peranan dan Orientasi Sains Sosial dan Ahli-Ahli Sains Sosial Malaysia” anjuran Jabatan Antropologi dan Sosiologi UKM pada Ogos 1974 yang merupakan persidangan sains sosial kebangsaan pertama kali diadakan di negara ini. Buku ini menerbitkan semua prosiding persidangan tersebut dengan dilengkapi sebuah Pendahuluan yang mengolah perkembangan sains sosial Malaysia dan meletakkan persidangan itu dalam konteks sejarah sains sosial negara. Persidangan itu memang mempunyai erti sejarah tersendiri dalam konteks sejarah perkembangan sains sosial di Malaysia.

Disiplin-disiplin sains sosial khususnya antropologi, sosiologi dan psikologi di Malaysia ketika itu masih amat baru, dan pengenalannya melalui pusat atau jabatan tersendiri berlaku baru beberapa tahun sahaja sebelum itu. Para akademiknya pula umumnya masih sangat muda, berusia dalam lingkungan pertengahan 20-an hingga awal 30-an. Sungguhpun demikian telah ada kesedaran dan komitmen di kalangan mereka untuk mencetuskan suatu wacana yang serius dan mendalam mengenai persoalan pokok dalam disiplin-disiplin berkenaan, khususnya persoalan epistemologi, nilai dan objektiviti, aliran-aliran dalam teori serta metodologi yang saintifik dalam melakukan penyelidikan dan sebagainya. Prosiding persidangan yang diterbitkan 30 tahun dahulu itu merupakan sebuah dokumentasi penting dan menarik mengenai perkembangan sains sosial khususnya antropologi, sosiologi dan psikologi sehingga awal 1970-an yang mempunyai kesan ke atas perkembangan sains sosial selanjutnya.

Pada 1971, Universiti Malaya mengambil langkah yang didahului oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia dengan menubuhkan Jabatan Antropologi dan Sosiologinya sendiri di bawah Fakulti Sastera. Sebagai universiti yang terawal, Universiti Malaya memang terkehadapan ketika itu dari segi pengalaman dan tahap kelulusan ahli akademiknya kerana ia sudahpun mempunyai sejumlah pensyarah yang berkelulusan PhD dan terkenal khususnya di Fakulti Sastera, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran serta di Fakulti Pendidikan. Mereka merupakan barisan pelopor yang mengembangkan sains sosial dan kemanusiaan tempatan. Tokoh-tokoh pelopor ini termasuk Ungku Aziz, Syed Hussein Alatas, Wang Gungwu, Syed Naguib al-Attas, Mohd Taib Osman, Awang Had Salleh, Kahar Bador, Mokhzani Rahim, Syed Husin Ali dan Atan Long.

Untuk mengembangkan sains sosial di universiti-universiti baru pula, peranan sejumlah pensyarah—kebanyakannya masih muda di bawah umur 30 tahun—sama ada yang berhijrah dari Universiti Malaya ataupun sejumlah lulusan universiti itu serta para lulusan yang kembali dari luar negara terutamanya dari Britain, Australia dan New Zealand pada akhir 1960-an dan awal 1970-an memang amat penting. Sejak itu sehingga kini, pelbagai disiplin sains sosial khususnya disiplin-disiplin baru seperti sosiologi, antropologi dan psikologi mengalami perkembangan yang pesat. Ribuan graduan telah lulus dalam pelbagai bidang sains sosial dan mereka memainkan peranan masing-masing dalam pembangunan negara manakala sesetengahnya pula menjadi pensyarah di beberapa universiti tersebut, dengan demikian turut menyumbang kepada pembinaan dan penyebaran ilmu. Justeru boleh kita simpulkan bahawa akhir tahun 1960-an dan awal 1970-an adalah titik peralihan penting dalam sejarah perkembangan sains sosial di Malaysia.

Senarai Gambar
Prakata
Foreword by Clive S. Kessler

BAHAGIAN I

Pendahuluan
Menoleh ke Belakang, Melangkah ke Hadapan: Sains Sosial di Malaysia
Abdul Rahman Embong

BAHAGIAN II – PERANAN DAN ORIENTASI SAINS SOSIAL

1. Peranan dan Orientasi Antropologi dan Ahli-ahli Antropologi di Malaysia
Mohd. Dahlan Hj. Aman

2. Peranan dan Onentasi Sosiologi dan Ahli-ahli Sosiologi di Malaysia
Abdul Rahman Embong

3. Peranan dan Orientasi Psikologi dan Ahli-ahli Psikologi di Malaysia
Wan Rafaei Abdul Rahman & Abdul Halim Othman

4. Peranan dan Orientasi Sains Sosial dan Ahli-ahli Sains Sosial di Malaysia
A. Kahar Bador

5. Peranan dan Orientasi Sains Sosial dan Ahli-ahli Sains Sosial di Malaysia
Mohd. Yusof Hashim

6. Peranan dan Orientasi Sains Sosial dan Ahli-ahli Sains Sosial di Malaysia
Razak Yahya

7. Peranan dan Orientasi Sains Sosial dan Ahli-ahli Saing Sosial di Malaysia
Mohd. Daud Hashim

BAHAGIAN III – PERBAHASAN

Perbahasan Bab 1
Peranan dan Orientasi Antropologi dan Ahli-ahli Antropologi di Malaysia

Perbahasan Bab 2
Peranan dan Orientasi Sosiologi dan Ahli-ahli Sosiologi di Malaysia

Perbahasan Bab 3
Peranan dan Orientasi Psikologi dan Ahli-ahli Psikologi di Malaysia

Perbahasan Bab 4, 5, 6 & 7
Peranan dan Orientasi Sains Sosial dan Ahli-ahli Sains Sosial di Malaysia

BAHAGIAN IV – RAMPAIAN

Tujuan Konferensi
Majlis Pembukaan
Perbahasan Resolusi
Majlis Penutup
Kesimpulan

Penyumbang
Indeks

Weight0.378 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.3 cm
Author(s)

, , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.