Peranan Tokoh Agama dalam Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Malaysia

Disunting oleh FARID MAD ZAIN, NOORSAFUAN CHE NOH, dan IZZIAH SURYANI MAT RESAD @ ARSHAD

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2021)
408 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM60.00

In stock

Peranan Tokoh Agama dalam Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Malaysia menampilkan perspektif yang berbeza dengan beberapa buah buku yang dihasilkan berkaitan dengan sejarah kemerdekaan negara dengan membuktikan bahawa orang agama merupakan pencetus atau orang barisan hadapan dalam menyeru masyarakat untuk bangkit bersama-sama menentang penjajah. Kedatangan British menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan. Perasaan tidak puas hati ini pada awalnya dizahirkan melalui penolakan terhadap dasar yang diperkenalkan oleh pihak British. Ini jelas berlaku dalam peristiwa kebangkitan Tok Janggut di Kelantan, kebangkitan Tokku Paloh di Terenganu dan kebangkitan Datuk Bahaman dengan rakan-rakannya di Pahang. Kebangkitan yang lebih besar yang melibatkan perkumpulan dan parti politik berlaku pada pertengahan abad ke-20. Pada masa ini, muncul persatuan yang dikenali dengan Kesatuan Melayu Muda, Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Hizbul Muslimin dan akhirnya UMNO.

Pengaruh utama kebangkitan kemerdekaan datang daripada golongan ulama yang tamat pengajian di Timur Tengah sama ada dari Makkah dan Madinah ataupun dari al-Azhar, Mesir. Penulisan Abu Hanifah Haris berkenaan pengaruh golongan ulama yang kembali dari Timur Tengah memain peranan penting terhadap perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. Tidak dapat dinafikan, ramai golongan ulama yang lahir di Tanah Melayu mendapat pendidikan dan pentarbiyahan dari Timur Tengah kerana di sana merupakan pusat keilmuan dan ketamadunan Islam. Timur Tengah mempunyai pengaruh yang agak menonjol terhadap perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu, sama ada pengaruh dari Makkah, Turki atau Mesir yang berlaku secara langsung atau tidak langsung. Bentuk pengaruh tersebut sama ada merujuk kepada institusi pendidikan dan lulusan institusi pendidikan di Timur Tengah, selain merujuk kepada pemerintah atau perkembangan politik tempatan yang berlaku di Timur Tengah. Semua pengaruh ini sedikit sebanyak telah memacu dan merancakkan lagi kesedaran politik dan perjuangan ke arah mencapai kemerdekaan.

Persatuan Ulama Kedah (PUK) boleh dianggap sebagai organisasi Ulama terawal dibentuk dalam usaha menyedarkan masyarakat untuk membela nasib rakyat dan menjadi penggerak kebangkitan menentang penjajahan. Makalah yang dihasilkan oleh Abdul Manaf Saad dan rakan, rakan menyatakan bahawa pelbagai penderitaan dialami masyarakat Kedah semasa di bawah pentadbiran British. Rakyat mengalami kesusahan berikutan harga padi yang sangat rendah. Justeru, bangkit beberapa orang ulama membela dengan menyuarakan kesusahan mereka ini kepada pemerintah. Tokoh ulama yang bertanggungjawab dalam hal ini ialah Haji Husain Che Dol bersama rakannya membentuk Persatuan Melayu Kedah, Daripada persatuan tersebut organisasi semakin berkembang dengan mendapat sokongan daripada rakyat. Mereka telah mengadakan rapat umum menyuarakan kesusahan yang dialami kepada pemerintah. Gerakan ini semakin berkembang dan merebak kepada bukan sahaja kepada pengusaha padi malah kepada tuan guru pondok yang ada pada masa itu. Haji Abbas Nasution yang menjadi mudir Maahad Ihya al-Ulum al-Diniah Tanjung Pauh, Jitra menyokong dengan menyebarkan jemputan kepada ibu bapa supaya menyokong usaha mereka membela penderitaan rakyat Kedah.

Perhimpunan untuk membela kesusahan rakyat menjadi semakin besar. Daripada perhimpunan tersebut pada tahun 1946, diasaskan sebuah pertubuhan, iaitu Persatuan Ulama Kedah atau PUK. Persatuan ini bersama-sama dengan UMNO dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. Kegiatan dan suara ketidakpuasan hati terhadap penjajah disalurkan melalui penulisan sama ada akhbar atau majalah. Sebuah majalah penting yang dihasilkan dalam menyampaikan maklumat dan berita semasa kepada masyarakat ialah Pengasuh. Salah seorang ulama yang menjadi pengasas juga pengarang majalah ini ialah Tok Kenali. Zaidi Hassan mengupas mengenai isu-isu politik dan kemerdekaan yang dibincangkan dalam majalah ini. Suatu hal yang menarik sebelum dibincangkan persoalan politik dengan lebih terperinci dibangkitkan persoalan mengenai siap? itu ahli politik. Menarik perbandingan yang diberikan apabila pengarang membandingkan seorang ahli politik itu dengan sfation master di sebual stesen keretapi. Untuk memberi arahan sama ada lurus atau membelok sesebuah kereta api station master itu tidak berdiri di hadapan keretapi tersebut sebaliknya hanya mengawal pada satu jarum sahaja.

Ramai ulama di negara luar yang terlibat dalam perjuangan membebaskan rakyat dan negara dari sebarang bentuk penjajahan yang boleh dijadikan contoh atau rujukan. Salah seorang ulama yang penting ialah Badiuzzaman Sa’id al-Nursi dari Turki. Beliau seorang ulama yang menempuh pelbagai dugaan sama ada bersifat dalaman mahupun luaran dalam memartabatkan kesucian Islam dan memperkukuhkan jati diri ummah. Beliau memainkan peranan secara holistik mencakupi segala aspek kehidupan kerana Islam itu sendiri bersifat syumul. Peranan dan perjuangan beliau membekas dalam kehidupan dan pemikiran masyarakat kerana beliau mempunyai kefahaman yang mantap terhadap fiqh al-waqi’ dan kebijaksanaan serta keberanian dalam mengimplementasikan idea mahupun usaha ke arah matlamat yang dicita-citakan termasuklah menggapai kemerdekaan.

Para ulama sebagai penggerak utama dalam membina kesedaran pendidikan Islam dalam kalangan masyarakat awam, ulama mempunyai ruang dan peluang untuk menyedarkan penduduk Tanah Melayu tentang penjajahan kuasa bukan Islam dan menggerakkan semangat jihad untuk menghalau penjajah dan menuntut kemerdekaan tanah air. Kelahiran ulama sepanjang abad ke-19 Masihi memperlihatkan pengaruh ulama dalam menggarap penentangan terhadap penjajah. Contohnya ulama Johor Riau seperti Raja Ali Haji, seterusnya pentadbir dan pendidik agama Islam sentiasa berusaha ke arah menangkis cubaan campur tangan British dalam kerajaan Johor. Ulama melibatkan diri bukan sahaja untuk menggubal perundangan yang dijalankan dalam negeri, malah mereka berusaha mewujudkan kesatuan dan seterusnya menggerakkan penentangan menentang penjajah bagi menuntut kemerdekaan. Seterusnya pada abad ke-20 Masihi, ulama mencetuskan gerakan islah di dunia Islam yang menular ke Tanah Melayu. Mereka berusaha mendidik anak bangsa dan memberi kesedaran kepada umat Islam untuk menuntut kemerdekaan dan seterusnya mengembalikan kedudukan umat Islam dalam politik tanah air.

Dr. Burhanuddin al-Helmi merupakan produk gerakan islah yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air secara berhikmah. Beliau tidak memilih jalan kekerasan atau ketenteraan untuk menyatakan buah fikiran beliau dan mempengaruhi orang ramai. Sebagai seorang yang berlatar belakangkan pendidikan Islam, dan seorang yang terdidik dengan kebudayaan Melayu, beliau, walaupun kadang kala dianggap sebagai pembangkang oleh parti Perikatan ketika itu, tetap menghormati institusi parlimen negara, Walaupun dituduh cuba menubuhkan kerajaan buangan, hal ini tidak menjadikan beliau sebagai penderhaka kepada negaranya. Tindakan itu ialah untuk mencapai cita-cita beliau dalam memperjuangkan hak dan keadilan yang sebenarnya, yang boleh menaikkan martabat bangsa atau rumpun Melayu termasuk menuntut kemerdekaan tanah air tercinta daripada genggaman penjajahan British dan Jepun.

Idea Dr. Burhanuddin al-Helmi juga antara penggerak kepada PAS amat jelas dalam memperjuangkan kemerdekaan, khususnya melibatkan kepentingan Islam dan demokrasi di Tanah Melayu. Sebagai sebuah parti pembangkang dan tidak terikat dengan tuntutan kerjasama politik seperti UMNO dalam Perikatan, PAS bebas untuk mengutarakan tuntutan dalam perjuangan kemerdekaan khususnya membela kepentingan agama Islam dan nasib orang Melayu. PAS telah sedaya upaya berusaha mengisi lompang yang ditinggalkan oleh UMNO dalam perjuangan kemerdekaan. Pada masa yang sama, penyertaan PAS dalam proses demokrasi melalui pilihan raya turut amat penting dalam mendukung proses ke arah pembentukan kerajaan sendiri. Peranan PAS sebagai parti politik dalam perjuangan kemerdekaan tidak boleh dinafikan sama sekali, khususnya melibatkan kepentingan Islam dan demokrasi di Tanah Melayu.

Pindaan Perlembagaan Negeri Sabah yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi negeri telah memberikan impak yang besar terhadap hal ehwal Islam di Sabah. Dengan pindaan tersebut, secara langsung telah memberikan kedudukan istimewa kepada Islam di Sabah dalam pelbagai aspek sama ada dari sudut pendidikan, dakwah, institusi masjid dan surau, dan sebagainya sesudah Sabah mencapai kemerdekaan. Apa yang dimiliki dan dinikmati oleh masyarakat Islam di Sabah kini adalah hasil daripada pindaan tersebut. Tun Mustapha merupakan tokoh yang berjasa kepada perkembangan Islam di Sabah. Atas peranan dan sumbangan yang diberikan, beliau dinobatkan sebagai seorang daripada tokoh Islam Sabah yang berjasa besar menaikkan kedudukan umat Islam selepas Sabah merdeka.

Manakala di Sarawak pula, Datu Patinggi Abang Haji Abdillah berusah3 bersungguh-sungguh untuk mempertahankan sistem penggantian Beraja yang ditinggalkan oleh Raja yang memerintah sebelum ini. Walaupun beliau sekadar ketua masyarakat Melayu, namun kewibawaannya jelas terpampang apabila rancangan demi rancangan berjaya digagalkan supaya wasiat politik yang diberi tidak dipandang enteng. Selain itu, jelas juga bahawa sesuatu gerakan atau persatuan itu adalah penting bagi memudahkan lagi penyatuan di antara masyarakat itu sendiri. Datu Patinggi Abang Haji Abdillah menggunakan kedudukan beliau sebagai penaung kepada sebuah persatuan Melayu iaitu Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak. Perjuangan demi perjuangan terus dilakukan melalui persatuan ini. Segala usaha dan ikhtiar melalui pelbagai saluran telah dilakukan demi tanah air daripada jatuh ke tangan kerajaan yang tidak berhak sama sekali. Sikap patriotisme Datu Patinggi sepatutnya dijadikan—contoh oleh semua individu. Beliau berjaya mencetus semangat patriotik dalam kalangan umat Islam Sarawak.

Senarai Jadual & Foto
Prakata

Bahagian I: Latar Belakang Sejarah dan Pengaruh

BAB 1 Tokoh Agama dan Perjuangan Kemerdekaan Malaysia
Farid Mat Zain, Noorsafuan Che Noh &a Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad

BAB 2 Masyarakat Malaysia Sebelum Merdeka: Menjejaki Memori Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk
Abdullah Zakaria Ghazali

BAB 3 Isu Politik dan Kemerdekaan Sebelum Perang Dunia Kedua dalam Majalah Pengasuh 1918-1937
Abdullah Zaidi Hassan

BAB 4Pengaruh Timur Tengah terhadap Perjuangan Kemerdekaan Tanah Melayu
Abu Hanifah Haris

BAB 5Sorotan Kesusasteraan Peranan Ulama dalam Kemerdekaan Malaysia
Farid Mat Zain, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Noorsafuan Che Noh & Mohd Fazmie Deraman

BAB 6 Sorotan Kesusasteraan Novel Bertemakan Merdeka, Nasionalisme dan Patriotisme Sebelum Merdeka
Noorsafuan Che Noh, Azmul Fahimi Kamaruzaman & Roziah Sidek @ Mat Sidek

Bahagian II: Sejarah Perjuangan

BAB 7 Persatuan Ulama Kedah: Menelusuri Kegiatan Membela Tanah Air dan Agama (1946-1957)
Abdul Manaf Saad, Abdullah Zakaria Ghazali & Zulkanain Abdul Rahman

BAB 8 Peranan Ulama dalam Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Tanah Melayu
— Farid Mat Zain

BAB 9 Perjuangan Ulama dalam Memartabatkan Islam di Tanah Melayu
Berhanundin Abdullah

BAB 10 Ulama dan Perjuangan Kemerdekaan di Pahang
Amnah Saayah Ismail, Burhanuddin Jalal, Wan Kamal Mujani, Nur Surayya Mohd Saudi & Farid Mat Zain

BAB 11 Campur Tangan British dan Sumbangan Ulama dalam Perjuangan Kemerdekaan di Johor
Hanif Md Lateh @ Junid

BAB 12 Ulama dan Perjuangan Kemerdekaan di Sarawak 1850-1960: Lakaran Fakta dan Lingkaran Fatwa
Nordi Achie

Bahagian III: Tokoh Agama dan Institusi

BAB 13 Peranan Ulama dalam Perjuangan Menentang Penjajahan di Turki: Pengalaman Badiuzzaman Sa’id al-Nursi
Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad

BAB 14 Peranan Burhanuddin al-Helmi dalam Perjuangan Kemerdekaan
Farid Mat Zain, Noorsafuan Che Noh & Muhammad Iqbal Haq Ibrahim

BAB 15 Burhanuddin al-Helmi: Perjuangan dalam Politik dan Agama Menjelang Kemerdekaan Negara
Siti Noridayu Abd. Nasir

BAB 16 Sumbangan Ustaz Abu Bakar al-Baqir dalam Gerakan Kemerdekaan Malaysia
Nurul Husni Abdullah, Farid Mat Zain, Napisah Karimah Ismail & Ezad Azraai Jamsari

BAB 17 Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam Arus Perjuangan Kemerdekaan
Nik Anuar Nik Mahmud & Kamaruzaman Yusuf

BAB 18 Parti Politik dalam Perjuangan Kemerdekaan: Peranan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam Membela Kepentingan Islam dan Demokrasi
Mohd. Izani Mohd. Zain

BAB 19 Tun Mustapha dan Peranannya terhadap Penetapan Islam sebagai Agama Rasmi Negeri Sabah
Mohd. Nur Hidayat Hasbollah Hajimin & Ibnor Azli Ibrahim

BAB 20 Datu Patinggi Abang Haji Abdillah: Peranannya dalam Membangun Patriotisme dan Kemerdekaan Negeri Sarawak
Ninie Amira Drahim, Farid Mat Zain & Suhaila Zailani @ Ahmad

BAB 21 Dinamika Angkatan Tentera Malaysia sebagai Penerus Kemerdekaan dan Keselamatan Negara
Burhanuddin Jalal, Safar Yaakob, Amnah Saayah Ismail & Sayuti Ab. Ghani

BAB 22 Islam dalam Perjuangan Patriotisme Wanita Melayu: Analisis Perjuangan Hal Ehwal Wanita Islam ABIM (Helwa ABIM) (1971-1991)
Raja Nurul Balqis Raja Md. Arif, Hasliza Mohamad Ali & Faridah Mohd Tap

Rujukan
Senarai Penyumbang
Indeks

Weight0.604 kg
Dimensions22.8 × 15 × 2 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.