Perang Anjing Suruhan: Darurat dan Kekalahan Komunis di Malaya, 1948-60

NOEL BARBER (1909-1988) adalah jurnalis dan penulis novel berasal dari Britain. Kebanyakan karya novelnya berlatarkan negara-negara “eksotik”, yang banyak mengungkapkan pengalaman beliau sewaktu menjadi wartawan asing untuk Daily Mail.

Terjemahan daripada judul asal The War of the Running Dogs: How Malaya Defeated the Communist Guerrillas, 1948-60 oleh SYED OMAR HUSAIN

IBDE (Cetakan Pertama, 2020)
311 halaman termasuk Bibliografi

RM45.00

Only 1 left in stock

Perang Anjing Suruhan: Darurat dan Kekalahan Komunis di Malaya, 1948-60 merupakan sebuah garapan sejarah yang menceritakan kisah keberanian penduduk Malaya dan pihak British melawan gerila Komunis menerusi pengalaman peribadi penulis sewaktu zaman Darurat. Turut dimuatkan dalam pengisahan ini adalah naratif naik dan jatuhnya kepimpinan gerila komunis di Malaya. Istilah “Anjing Suruhan” atau dalam judul asalnya “Running Dog”, berusul-asal daripada gelaran yang diberikan oleh gerila Komunis kepada penduduk Malaya yang setia kepada British.

Penulis menghujahkan bahawa perang sewaktu darurat tersebut dimenangi menerusi strategi yang tidak lazim, yakni menukar taktik dari “perang ketenteraan” kepada “perang saudara”, dengan membiarkan rakyat awam bagi mengetuai operasi counterinsurgency yang memberi tumpuan kepada keselamatan penduduk awam terutamanya. Natijah daripada strategi ini telah menyaksikan jumlah penglibatan orang awam dalam pasukan polis semakin meningkat naik. Penulis turut berpandangan bahawa dengan mengguna pakai strategi “perang saudara”, usaha pemulihan (rehabilitation) rakyat yang terlihat dalam gerila untuk kembali menjadi warga yang patuh dapat dijalankan dengan baik.

Buku ini merupakan sebuah bacaan yang baik untuk memahami strategi “perang saudara” dalam melawan dan mematahkan serangan gerila Komunis.

Senarai Watak-Watak Utama
Catatan Pengarang
Penghargaan

Fasa Satu: 1948-51 Serangan Komunis
1. Medan Perang
2. Protagonis
3. Peladang
4. Keputusan Bersejarah
5. Rehat Yang Merugikan
6. Sepupu
7. Rancangan Briggs
8. Revolusi Sosial
9. Pembelot
10. Perang Saraf
11. Bulan Pembunuhan
12. Arahan Oktober

Fasa Dua: 1952-54 Serangan Balas
13. Pahlawan Lama
14. Supremo
15. Wanita Dari Spesis Serupa
16. Warganegara Baru
17. Lari ke dalam Buangan
18. Penghujung Tempoh Perkhidmatan Templer

Fasa Tiga: 1954-60 Jalan Menuju Kemenangan
19. Perang Politik Bermula
20. Individu Yang Meminati Shakespeare
21. Konfrontasi
22. “Si Gemuk”
23. Negara Merdeka
24. Usaha Terakhir

Catatan Tambahan
Bibliografi

Weight0.538 kg
Dimensions23.6 × 15.7 × 2.7 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.