Out of stock

Perdagangan Dunia Melayu-China Hingga Kurun Ke-16 Masihi: Satu Tinjauan Sejarah dan Arkeologi

NAZARUDIN ZAINUN bertugas sebagai pensyarah kanan di Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusian (PPIK), USM. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Sejarah Sosioekonomi Asia Tenggara khususnya sejarah Indonesia dan sejarah lama Asia Tenggara.

NASHA RODZIADI KHAW merupakan penyelidik arkeologi USM. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kimia dan Sarjana Arkeologi daripada USM. Tesis sarjana beliau adalah tentang arkeologi dan sejarah Kedah Tua. Beliau kini menyambung pengajian pada peringkat doktor falsafah di University of Peshawar, Pakistan. Penelitian beliau temasuklah kajian terhadap prasasti-prasasti dari kawasan barat laut Pakistan. Bidang pengkhususan beliau ialah arkeologi, epigrafi-paleografi dan bahasa Sanskrit-Prakrit.

Senarai penulis:

AHMAD JELANI HALIMI
FARHANA ABDULLAH
IKLIL IZZATI ZAKARIA
MOHAMAD HANIF MD NOOR
MOKHTAR SAIDIN
NAIZATUL AKMA MOKHTAR
NIK HASSAN SHUHAIMI NIK ABDUL RAHMAN
STEPHEN CHIA MING SOON
TARMIJI MASRON
ZOLKURNIAN HASSAN
ZULISKANDAR RAMLI
ZULKIFLI JAAFAR

Penerbit USM (Cetakan pertama, 2015)
167 halaman, termasuk Indeks

RM39.00

Out of stock

Perdagangan Dunia Melayu-China Hingga Kurun Ke-16 Masihi: Satu Tinjauan Sejarah dan Arkeologi ditulis bertujuan untuk memaparkan hubungan perdagangan antara dunia Melayu khususnya dan Nusantara umumnya dengan negara China. Hubungan dua hala ini telah terjalin sejak wujudnya kerajaan Melayu di Nusantara dan dicatatkan sejak kurun ke-15 Masihi. Perdagangan yang maju di kawasan ini telah mewujudkan satu interaksi positif di antara petempatan di pinggir pantai dengan petempatan di pedalaman Semenanjung Tanah Melayu. Ekoran daripada interaksi yang baik ini dan ditambah lagi dengan kedudukan Semenanjung Tanah Melayu yang strategik dan kaya dengan sumber bumi, sebahagian kawasannya telah dipilih untuk dijadikan pelabuhan utama bagi para pedagang dari China dan India.

Selain itu, peranan pelabuhan ini juga dijadikan sebagai persinggahan dan pembekal perkhidmatan kepada mana-mana pelaut asing yang bakal menggunakan laluan di Nusantara untuk ke China dan India. Antara contoh terbaik ialah kota pelabuhan yang terletak di Lembah Bujang, iaitu Kedah Tua. Selain itu, Sungai Mas juga telah menjadi salah satu daripada pelabuhan entrepot dalam membantu perdagangan antara China dengan Tanah Melayu pada ketika It’ll.

Dalam Perdagangan Dunia Melayu-China Hingga Kurun Ke-16 Masihi: Satu Tinjauan Sejarah dan Arkeologi juga, peranan ufti yang diberikan dalam mengekalkan perhubungan dua hala antara negara-negara kota di Kepulauan Melayu dengan maharaja China dinyatakan dengan jelas dalam aspek perdagangan ini. Melalui perjanjian dan ufti yang diberikan oleh kerajaan pada masa itu membuktikan bahawa berlakunya perkembangan yang pesat dalam aktiviti perdagangan. Hal perdagangan juga boleh dibuktikan apabila terdapat sebuah kerajaan yang dikenali dengan nama Ch’ih-Tu. Kerajaan ini adalah antara kerajaan terawal yang terdapat di Kelantan pada masa tersebut dan menjalinkan perhubungan baik dengan China bagi kepentingan masing-masing.

Antara barangan yang didagangkan ketika itu ialah seramik dan tembikar China. Barangan dagangan ini adalah antara barang yang bernilai tinggi ketika itu dan menjadi keperluan bagi manusia. Apabila permintaan yang tinggi berlaku dalam pasaran maka kerajaan China telah menghasilkan barangan keperluan ini secara besar-besaran seterusnya menjadi barangan dagangan yang mempunyai permintaan yang tinggi ketika itu. Bagi membuktikan bahawa Semenanjung Tanah Melayu telah menjalinkan hubungan dua hala dengan negara China sejak awal Masihi lagi, maka penemuan pelbagai jenis seramik dan mata wang di kawasan Beruas yang merupakan kawasan pengeluar bijih timah terbesar di Semenanjung Tanah Melayu menjadi bukti penting akan kewujudan hubungan tersebut.

Kedatangan pedagang-pedagang dari China ke Tanah Melayu telah membuka peluang yang lebih luas kepada Semenanjung Tanah Melayu untuk menjadi salah sebuah pusat perdagangan yang penting dan utama pada ketika itu. Kesan perdagangan ini juga menjadikan banyak kawasan di Nusantara dan Semenanjung Tanah Melayu khususnya untuk menjadi kawasan pelabuhan bagi para pedagang dan seterusnya membuka peluang dalam memajukan kawasan di sekitarnya. Memandangkan negara China merupakan salah sebuah kuasa besar ketika itu, maka dasar perdagangan luar yang diamalkan oleh mereka sangat mempengaruhi pola perdagangan di Tanah Melayu dan bukti kepada pengaruh ini juga dapat dilihat melalui kesan peninggalan yang ada pada hari ini.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.317 kg
Dimensions 24 × 16.5 × 1 cm
Edition

Format

ISBN

9789838618915

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Perdagangan Dunia Melayu-China Hingga Kurun Ke-16 Masihi: Satu Tinjauan Sejarah dan Arkeologi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.