Pergerakan Bersenjata Parti Komunis Malaya, 1968-1989: Kebangkitan Semula dan Penumpasannya

HO HUI LING adalah pensyarah kanan di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2015)
231 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM56.00

Only 1 left in stock

Pergerakan Bersenjata Parti Komunis Malaya 1968-1989: Kebangkitan Semula dan Penumpasannya menggariskan sejarah gerakan Komunis di Malaya sewaktu selepas tercapaikan kemerdekaan, sehingga ke tempoh Perjanjian Damai. Malaysia bukan sahaja menghadapi ancaman komunis pada zaman darurat (1948-1960), tetapi masalah ancaman komunis masih berterusan selepas negara mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1968, Parti Komunis Malaya (PKM) mengambil keputusan untuk melancarkan semula usaha merampas kuasa di Semenanjung Tanah Melayu. Setelah menyusup masuk ke Semenanjung dari selatan Thailand, PKM melancarkan kebangkitan semula perjuangan bersenjata terhadap rakyat, anggota keselamatan dan kerajaan Malaysia. Walau bagaimanapun, hasrat dan tindakan PKM itu sudah disedari oleh pihak kerajaan. Justeru, kerajaan mengatur dan menjalankan pelbagai langkah untuk menghapuskan gerakan komunis dan menangani bahaya ancaman komunis kepada keselamatan negara. Permasalahan komunis di Semenanjung Tanah Melayu berakhir apabila perjanjian perdamaian dimeterai di Hat Yai, Thailand pada 2 Disember 1989 antara pihak kerajaan dengan PKM. Perjuangan PKM yang mengambil masa panjang itu merupakan suatu ancaman kepada keselamatan negara, namun masalah komunis akhirnya dapat diselesaikan demi kepentingan rakyat, kerajaan serta pembangunan negara.

Senarai Rajah & Jadual
Senarai Gambar
Pendahuluan
Senarai Singkatan

1. Sejarah Pergerakan Komunis
Pergerakan Awal Komunis
Pergerakan Komunis di bawah PKM
Pergerakan PKM Pada Zaman Darurat, 1948-1960
Faktor Kegagalan Pergerakan PKM

2. Kebangkitan Semula Pergerakan Bersenjata Komunis
Perkembangan Komunis, 1960-1968
Faktor Kebangkitan Semula Komunis
Strategi Pergerakan Komunis

3. Kegiatan Menyebarluaskan Pengaruh Komunis
Penyusupan Pengaruh Komunis dalam Kalangan Pelajar dan Belia
Pengaruh Komunis dalam Kesatuan Sekerja dan Pertubuhan
Pengaruh Komunis dalam Politik
Komunis Mengibarkan Bendera dan Menyebarkan Risalah

4. Kegiatan Keganasan dan Sabotaj Komunis
Komunis Menyerang Pasukan Keselamatan
Komunis Membunuh Pegawai Kanan Polis
Komunis Menyerang Balai Polis dan Mensabotaj Kelengkapan Pasukan Keselamatan
Komunis Menyerang Orang Awam
Komunis Mensabotaj Kemudahan Perhubungan dan Harta Benda
Komunis Merompak Bank

5. Langkah Kerajaan dalam Memenangi Kerjasama Penduduk
Skim Rukun Tetangga
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)
Perintah Berkurung, Pemeriksaan dan Kawalan Makanan
Meningkatkan Kehidupan Penduduk di Kawasan Penempatan Semula
Perlindungan Kerajaan kepada Orang Asli
Gerak Saraf
Rancangan Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN)

6. Langkah Ketenteraan, Undang-undang dan Kawalan Sempadan
Langkah Ketenteraan
Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act, ISA)
Kawalan Keselamatan di Sempadan Negara

7. Penjalinan Hubungan Malaysia dengan Thailand, Indonesia dan China
Kerjasama Malaysia-Thailand di Perbatasan
Pencapaian Hasil Kerjasama Malaysia-Thailand
Kerjasama Malaysia-Indonesia di Perbatasan
Hubungan Diplomatik Malaysia-China

8. Tumpasnya Pergerakan Bersenjata Komunis
Kegagalan Strategi Perjuangan PKM
Perpecahan PKM
Kelemahan Kepimpinan PKM
Komunis Menyerah Diri kepada Kerajaan
Keberkesanan Langkah Kerajaan dalam Membanteras Komunis
Perjanjian Damai: Penamat Perjuangan Bersenjata Komunis

9. Kesimpulan

Bibliografi
Indeks

Weight0.395 kg
Dimensions20 × 14 × 0.7 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.