Out of stock

Pergerakan Wanita dalam Memperjuangkan Hak

Penulisan bersama NIK SAFIAH KARIM dan ROKIAH TALIB

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2016)
185 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Out of stock

ISBN: 9789674123871 Product ID: 1994 Subjects: , , Sub-subjects: , , , , ,

Pergerakan Wanita dalam Memperjuangkan Hak menyingkap sejarah perjuangan wanita Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan serta hak kesaksamaan dalam pelbagai bidang dengan cara mereka tersendiri. Sumbangan wanita dalam pembangunan negara jarang mendapat pengiktirafan. Kalau pun diiktiraf hanya menyatakan statistik bilangan wanita dalam pelbagai pekerjaan. Kalau di Barat tuntutan hak wanita dimulakan oleh badan bukan kerajaan (NGO). Di Malaysia atau Tanah Melayu ketika itu, wanita Melayu khususnya menyertai kaum laki-laki; bukan menuntut hak wanita, tetapi hak yang agenda lebih besar iaitu maruah negara yang dijajah semasa mereka menentang Malayan Union.

Bermula daripada titik sejarah tersebut perjuangan wanita menuntut kesaksamaan memperlihatkan gabungan tenaga oleh pemimpin politik dengan NGO dan kemudiannya dengan badan akademik. Di ambang Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu di Beijing 1995 (UN World Conference on Women 1995) suara wanita disambut oleh kerajaan dengan menghadiahkan sebuah bab “Wanita dalam Pembangunan” dalam dasar pembangunan negara. Selepas Beijing wanita menuntut kerajaan melaksanakan dasar yang dicetuskan, iaitu wanita hendaklah diberi peranan pada peringkat membuat dasar pembangunan negara sehingga 30%.

Walaupun matlamat ini belum tercapai, namun sudah ramai wanita yang berkebolehan menyandang pelbagai jawatan tinggi dalam kerajaan dan swasta. Negara kita memberi hak untuk wanita mengundi apabila sistem pengundian dalam pilihan raya dilaksanakan, berbeza dengan beberapa buah negara lain di Barat. Buku ini cuba menyingkap sejarah pergerakan serta perjuangan wanita tempatan pada peringkat awal yang berjuang bagi memartabatkan kedudukan wanita dalam keluarga dan masyarakat.

Barisan Srikandi yang dikisahkan dalam buku ini melibatkan diri dalam pelbagai badan sukarelawan dan politik. Mereka adalah sukarelawan tulen tanpa mendapat sebarang upah atau ganjaran yang berjuang dengan mengamalkan perkongsian bijak, kerana pemimpin mereka adalah bertaut dalam dua bidang, iaitu politik dan NGO seperti yang diamalkan oleh NCWO. Seperkara lagi yang menyentuh hati ialah perpaduan kaum yang sangat intim seperti yang ditunjukkan oleh badan seperti NCWO.

Bagi badan kebangsaan ini antara hak wanita yang dituntut awal-awal lagi ialah “gaji sama bagi kerja yang sama” dan “taraf pekerja tetap bagi wanita setelah berkahwin”. Sekalung penghormatan juga harus diberi kepada barisan pemimpin awal NCWO yang mempunyai pandangan jauh demi perpaduan kaum dengan meletakkan dasar yang menghayati mantera “Perpaduan dalam kepelbagaian”.

Prakata

1. Pergerakan Wanita Sebagai Pergerakan Sosial
2. Zaman Pramerdeka
3. Era Selepas Merdeka (1957-1960-an)
4. Pergolakan Tahun 70-an dan 80-an
5. Tahun 90-an dan Awal Abad ke-21
6. Galeri Pemimpin Wanita

Rujukan
Indeks

Weight0.28 kg
Dimensions22.7 × 15 × 0.9 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.