Out of stock

Perihal Kesederhanaan Dalam Beriktikad

Imam Abu Hamid Muhammad al-Ghazali (1058-1111 Masehi) adalah pengarang kepada sekitar 70 buah karya dalam bidang fekah, tasawuf, ilmu kalam, dan juga falsafah. Antara karya beliau yang paling terkenal ialah Ihya’ Ulumuddin (tasawuf), Tahafut al-Falasifah (falsafah) dan al-Mustafa fi ‘ilm al-Usul (usul fekah).

IBDE (Cetakan Pertama 2018)

271 halaman

ISBN 9789671549759

RM35.00

Out of stock

Product ID: 3271 Subject:

Perihal Kesederhanaan Dalam Beriktikad merupakan sebuah teks klasik yang berusia hampir satu alaf. Ia merupakan salah satu karya penting yang meneruskan wacana Ilmu Kalam menurut neraca Ahli Sunnah.

Ia mengandungi sejumlah hujah yang ampuh dalam menjawab kerancuan pemikiran berhubung ketuhanan dan intisari agama.

Hujah-hujah yang dibentangkan terhasil daripada analisis dan sintesis terhadap al-Quran dan Hadis menerusi beberapa bidang ilmu lain, seperti logika, bahasa dan etika perdebatan. Keunikan karya ini membolehkannya kekal sebagai salah satu silibus pengajian Ilmu Kalam, iaitu sebagai karya peringkat pertengahan di beberapa institusi pengajian tradisional.

Menurut takrifan al-Iji dalam al-Mawaqif, Ilmu Kalam ialah ilmu yang membolehkan pengisbatan akidah dilaksanakan menerusi penyataan  hujah dan penyanggahan keraguan. Maksudnya Ilmu Kalam menekankan nilai analisis dan sistesis dalam menghasilkan hujah untuk beriktikad dan bukan hanya memadai dengan momokan doktin yang kosong.

Imam al-Ghazali menamakan kitab ini sebagai al-Iqtisad fi al-I’tiqad atau juga boleh diterjemahkan sebagai ‘Perihal Kesederhanaan Dalam Beriktikad’. Menerusi buku ini, kita dapat melihat Imam Al-Ghazali mempromosikan unsur kesederhaan dalam beriktikad. Namun begitu, persoalannya disini ialah:

Apakah makna kesederhaan yang beliau nyatakan  tersebut ?

Adakah ia merujuk kepada unsur pertengahan atau pula unsur ringkasan atau juga kedua-duanya?

Jawapannya ialah pilihan yang ketiga. Namun ia adalah sedemikian hanya jika kedudukan Ilmu Kalam difahami dan diletakkan di tempat yang sepatutnya. Dalam erti kata lain, dengan mengambil kira bahawa Ilmu Kalam Ahli Sunnah bersifat sederhana dari sudut pengambilan sumber dan penghasilan makna dan hujah. Begitu juga halnya dengan mengambil kira ilmu kalam adalah lebih khusus dan terperinci berbanding ilmu akidah. Hal ini bermaksud bahawa kitab al-Iqtisad fi al-I’tiqad (Perihal Kesederhanaan Dalam Beriktikad) memiliki kedudukan dan kepentingannya yang tersendiri selaku salah satu karya yang diperlukan dalam mempelajari ilmu kalam.

Tambahan pula, jika perbandingan antara kitab al-Iqtisad fi al-I’tiqad dengan Sharh al-Aqa’id al-Nasafiyyah karya al-Taftazani (wafat 792H/1390M) dibuat, nescaya pembaca akan dapati perbezaan berhubung beberapa skop perbahasan dan rangka susunan bab antara kedua-dua kitab tersebut. Hal ini demikian kerana gaya peletakan skop perbahasan dan rangka susunan bab Ilmu Kalam pada era pasca al-Imam al-Razī (wafat 606H/1150M) berbeza dengan era sebelumnya.

Weight0.386 kg
Dimensions15.2 × 2 × 22.8 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. ab kahar harun (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author