Out of stock

Perjudian

S. OTHMAN KELANTAN (b. 1938 – d. 2008) adalah penerima S.E.A Write Award pada tahun 1990 dan penerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 2003.

Edisi Khas Sasterawan Negara

DBP (Cetakan Kedua, 2006)
228 halaman

RM10.00

Out of stock

ISBN: 9789836290205 Product ID: 593 SKU: 9789836290205 Categories: , Tags: , , , , ,

Perjudian karya S. Othman Kelantan membawa kisah segolongan petani yang kelaparan tanah memperjudikan nasib untuk terus dapat menduduki sebidang tanah kerajaan. Selain menghadapi berbagai-bagai gangguan daripada binatang liar, mereka juga menghadapi tindakan kerajaan menghalau mereka dari ladang yang telah dihijaui tanam-tanaman.

Pak Mat meyakini: hidup ini untuk faedah tanah. Hidup ini untuk pangkat dan darjat. hanya dengan ada tanah!

Sudah lima enam tahun Pak Mat mengkaji ini dari pengalaman hidup berpuluh-puluh tahun. Tanah itu pangkat. Tanah itu darjat. Tanah itu kemuliaan. Tanah itu penghormatan orang ramal.

Semuanya berasal dari tanah!

Pak Mat tahu itu. Tahu sungguh-sungguh. Tahu betul-betul!

Dan dia mesti mempertahankan kesucian tanahnya dengan tenaga dan nyawa. Mesti!

Ketika Siti Sarah datang lagi. Pak Mat masih berlunjur lurus di atas tikar mengkuang yang ronyok-ronyok di depan bibir pintu.

“Ayah tak tampung perahu?”

Pak Mat mengangguk. Dia baru sedar. Dia perlu menampung perahunya yang bocor. Ada lubang sebesar jari kelengkeng. Papan kayu penak yang reput. Dia perlu menyalinnya sekarang. Perlu. Perahu itu akan digunakan selalu. Mana tahan dengan menyumbat sabut saja sepanjang masa. setiap kali hendak ke hilir?

Ikuti kesudahan novel yang menarik dari seorang Sasterawan Negara S. Othman Kelantan.

Weight 0.206 kg
Dimensions 18.5 × 11.2 × 1.4 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Perjudian”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More from this Author…