Perkembangan Bahasa Melayu di Korea Selatan

LIM KIM HUI adalah Profesor di Jabatan Pengajian Melayu-Indonesia, Hankuk University of Foreign Studies.

DBP (Cetakan Pertama, 2021)
315 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 6 reward points!
ISBN: 9789834931711 Product ID: 30668 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Perkembangan Bahasa Melayu di Korea Selatan melihat perkembangan dan cabaran yang dihadapi oleh pengajian Melayu dan perkembangan bahasa Melayu untuk mengharungi persaingan akademik abad ke-21, di dunia umumnya dan Korea Selatan khususnya, dengan perhatian diberikan dari aspek pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan, terutamanya di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS). Kedudukan bahasa Melayu sebagai lingua franca yang penting di Kepulauan Melayu tidak dapat disangkal lagi. Peranannya dari segi sosial, ekonomi, komunikasi, politik, dan identiti bangsa menjadikannya suatu bahasa yang harus dipertahankan. Pada masa yang sama, bahasa Melayu dan bahasa Indonesia turut dipelajari sebagai salah satu bahasa asing yang penting di banyak negara lain di luar kepulauan Melayu, misalnya China, Jepun, Jerman, Korea dan Rusia.

Perkembangan pembelajaran bahasa Melayu-Indonesia di Korea Selatan sudah melalui zaman susah-senangnya, dari zaman bayi dan kanak-kanak, meniti remaja dan kini matang dan dewasa pada usia ke-50 pada tahun 2014 setelah tertubuhnya HUFS. Umumnya, ada beberapa cara untuk melakukan penzamanan atau pembahagian era sesuatu perkembangan sejarah. Misalnya, sejarah universal sering dibahagikan kepada zaman kuno, pertengahan dan moden, dan kadangkala sesuatu perjalanan sejarah ditentukan berdasarkan era atau zaman siapa yang memimpinnya. Perjalanan sejarah kadangkala juga dibahagikan berdasarkan kepentingan peristiwa.

Menurut Zaharani Ahmad, pemegang Kursi Pengajian Melayu pertama di Korea Selatan dalam artikelnya berjudul “Pengajian Melayu di Korea Selatan: Perkembangan dan Pencapaiannya” (2011), pengajian Melayu di Korea Selatan yang banyak dirujuknya kepada sejarah Jabatan Pengajian Melayu-Indonesia dapat dibahagikan kepada tiga era utama, iaitu era permulaan (pertengahan tahun 1960-an hingga akhir tahun 1970-an), era pertengahan (awal tahun 1980-an dan akhir tahun 1990-an) dan era semasa (awal tahun 2000 hingga kini).

Bertitik tolak daripada kesedaran tentang kerangka kasar tiga era penzamanan tersebut, diperincikan dengan membahagikannya kepada lima tahap perkembangan pengajian Melayu yang berbeza, iaitu tahap kelahiran pengajian Melayu, pengembangan pendidikan pengajian Melayu, pemantapan pendidikan pengajian Melayu, perluasan ekonomi pengajian Melayu dan pendidikan pengajian Melayu era siber, berdasarkan kepentingan peristiwa tertentu bagi melihat corak perkembangan pengajian Melayu di Korea Selatan.

Sepanjang perkembangan pembelajaran bahasa Melayu-Indonesia dan pengajian Melayu selama kira-kira 50 tahun itu, terdapat beberapa detik atau peristiwa menarik yang dapat dijadikan sebagai garis pemisah kepada sejarah perkembangan pengajian Melayu di Korea Selatan dalam penzamanan tahap tersebut.

Prakata

BAB 1+++Sejarah Perkembangan Pengajian Melayu

BAB 2++Pengajian Bahasa Asing di Korea Selatan dalam Era Globalisasi

BAB 3++Bahasa Melayu-Indonesia di Korea Selatan dan Peranan Universiti Bahasa Asing

BAB 4++Pengajian Melayu dan Bahasa Melayu-Indonesia: Penyelidikan dan Penerbitan di Korea Selatan

BAB 5++Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu-Indonesia di Korea Selatan: Hankuk University of Foreign Studies Kampus Seoul

BAB 6++Cabaran Globalisasi dan Masa Hadapan Bahasa Melayu dan Pengajian Melayu

Bibliografi
Indeks

Weight 0.367 kg
Dimensions 21.4 × 13.9 × 1.5 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.