Perkembangan Sains dan Peradaban Manusia

Abdul Latif Samian ialah Profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Felo Penyelidik Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Keparakan beliau adalah Falsafah Sains Matematik & Falsafah Bandingan. Beliau antara sarjana yang turut tersenarai dalam Marquis Who’s Who in the World dan menjadi panel penilai beberapa jurnal terkemuka dunia.

Khairul Anwar Mastor ialah profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini berkhidmat di Pusat Citra UKM.

Penerbit UKM (Cetakan Kedua 2003)
165 halaman

RM20.00

In stock

Buku Perkembangan Sains dan Peradaban Manusia cuba memperkenalkan kepada pembaca sejarah dan perkembangan sains serta hubungannya dengan peradaban dan kehidupan manusia. Bahan yang disampaikan dalam diolah daripada bahan kuliah kursus Perkembangan Sains dan Peradaban Manusia di UKM. Kursus ini juga ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian jarak jauh. Sidang penulis berharap dengan mengetengahkan sumbangan ahli-ahli sains secara terbuka akan dapat membantu para pembaca memahami peranan sains yang sifatnya sejagat. Dalam buku ini dijelaskan wujudnya perbezaan pendekatan tentang cara sains digunakan dan falsafah yang mendukung kemajuan sains di antara Barat dengan Islam.

Pendekatan yang digunakan mengenai soal bagaimana sains memberi dampak yang secara langsung atau tidak langsung kepada kemajuan manusia dalam pelbagai aspek kehidupan. Untuk memfokuskan perbincangan kepada satu-satu aspek tanpa mengambil kira perhubungan aspek yang saling berkait antara satu sama lain adalah agak sukar. Bagaimanapun, sidang penulis telah berusaha untuk menyusun bab-bab dalam buku Perkembangan Sains dan Peradaban Manusia mengikut susunan kronologi yang berturutan, sama ada dalam struktur ataupun penampilan bahan. Setiap bab bermula dengan ringkasan kandungan, pada akhirnya soalan kefahaman diberikan bagi memudahkan lagi pemahaman.

Sebagai suatu tulisan yang tidak memisahkan aspek sejarah sains dengan kesan pemikiran yang dibawa oleh sains kepada perkembangan peradaban manusia, sidang penulis membahagikan buku Perkembangan Sains dan Peradaban Manusia kepada dua bahagian yang penting dan berkaitan.

Bahagian pertama terdiri daripada Bab l-5 membincangkan sejarah perkembangan sains sebagai satu ilmu dan peranannya dalam sejarah ketamadunan manusia.

Bahagian kedua, Bab 6-10 membincangkan aspek-aspek pemikiran dan kefalsafahan yang mendasari tabii keilmuan sains dan kesannya terhadap pemikiran dan pandangan hidup manusia. Rasional kepada perbincangan ini adalah pemahaman mengenai peranan dan sumbangan sains dan harus bermula dengan mengetahui sejarah yang mendasari perkembangan sains itu sendiri.

Dan sejarah sains tidak bersifat terpencil kerana kemajuan sains adalah tertakluk kepada faktor persekitaran yang ada. Ini termasuklah mengaitkan perkembangan sains dengan perkembangan politik, konflik institusi kerajaan dengan golongan intelek, globalisasi dan tidak kurang pentingnya, pemikiran yang dibawa oleh sains.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Dimensions 15.2 × 1.0 × 23.0 cm
Edition

Format

ISBN

9789679426335

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Perkembangan Sains dan Peradaban Manusia”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…

  • Falsafah Matematik
    Out of stock

    Falsafah Matematik

    , , RM25.00
  • Buku ini diterbitkan atas kesedaran untuk menyemarakkan lagi diskusi ilmiah mengenai teknologi di Alam Melayu. Perbincangan tentang teknologi Melayu, kepintaran dan kepandaian Melayu berteknologi merujuk kepada tukang atau pandai. Istilah tukang merupakan istilah umum untuk ahli teknologi Melayu. Seseorang tukang ialah orang yang mahir atau pandai membuat sesuatu barang. Oleh itu, perbincangan tentang teknologi Melayu ialah perbincangan mengenai tukang dan pertukangan. Pada masa yang sama, pengaruh Islam tergambar dalam perkembangan teknologi Melayu. Bukti paling mudah ialah dengan melihat motif ukiran yang ada di rumah Melayu lama dan juga motif pada pakaian. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa teknologi amat diperlukan untuk maju dalam kehidupan pada masa kini dan akan datang. Bangsa Melayu khususnya perlu mengubah cara berfikir terhadap konsep ilmu teknologi kerana ia adalah salah satu cabang ilmu dalam Islam. Justeru, penguasaan terhadap ilmu teknologi adalah suatu kefardhuan bagi umat Islam khususnya bangsa Melayu supaya umat Islam menjadi umat contoh dan teladan serta pemimpin kepada umat lain di dunia. Penguasaan terhadap ilmu teknologi juga dapat menjadikan Melayu bangsa yang bermaruah, dihormati, mampu berdikari dan berdaya saing dalam semua bidang, maka, antara kandungan penting dalam buku ini ialah berkaitan dengan sejarah dan falsafah teknologi di Alam Melayu yang meliputi seni bina, kraf tangan, tekstil, peralatan muzik dan pemikiran tokoh. Diharap buku ini mampu memperkembangkan satu lagi korpus ilmu mengenai teknologi di Alam Melayu.

    Teknologi di Alam Melayu

    , RM45.00
  • Memetakan Metamatematik
    Out of stock

    Memetakan Metamatematik

    RM20.00