Perlembagaan Persekutuan: Perbandingan Antara Malaysia dengan Amerika Syarikat

JOSEPH M. FERNANDO Profesor Madya di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.

Penerbit Universiti Malaya (Cetakan Pertama, 2014)
106 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM88.00

In stock

If you purchase this book you will earn 18 reward points!
ISBN: 9789831007716 Product ID: 4354 Category: Sub-subjects: , ,

Perlembagaan Persekutuan: Perbandingan Antara Malaysia dengan Amerika Syarikat memberi tumpuan khusus terhadap pembahagian kuasa perundangan dan kewangan, yang merupakan elemen penting dalam sistem pemerintahan persekutuan. Ia juga meneliti perbahasan dan melihat prinsip, idea, kompromi, dan niat perangka yang akhirnya membawa kepada penggubalan perlembagaan kedua-dua negara.

Perlembagaan kini amat penting untuk kebanyakan kerajaan moden berfungsi dan menjadi sumber rujukan undang-undang untuk kerajaan dan juga warganegaranya. Sejarah perlembagaan juga selalu menjadi bidang kajian penting dalam disiplin sejarah. Asal usul perlembagaan, hasrat para perangkanya dan debat perlembagaan serta perbahasan antara para perangkanya telah dikaji secara giat oleh pelbagai generasi sarjana. Kajian umum ke atas sejarah perlembagaan akan menunjukkan bahawa kini wujud korpus kajian sejarah yang besar ke atas perlembagaan di kebanyakan negara. Bagaimanapun kajian bandingan perlembagaan amat sedikit.

Dalam konteks Malaysia, tidak banyak usaha dilakukan untuk mengkaji elemen-elemen bandingan dalam perlembagaan Malaysia dan Amerika Syarikat. John Doraisamy dan Mahadev Shanker pernah membincangkan secara ringkas pengaruh perlembagaan Amerika Syarikat dalam dua kertas kerja yang dibentang dalam Seminar Kebangsaan Kajian Amerika pada tahun 1987 di Kuala Lumpur anjuran Persatuan Kajian Amerika Malaysia.

Kajian-kajian perbandingan perlembagaan merupakan pendekatan bernilai untuk mengkaji dan memahami sejarah perlembagaan. Ia menyediakan pemahaman mendalam mengenai sistem tadbir urus dalam perspektif bandingan dan falsafah yang mendasarlnya; alasan di sebalik kemunculan corak dan struktur kerajaan; pengagihan kuasa kuasa antara pelbagai jentera kerajaan dan pengagihan kuasa antara negeri-negeri dengan kerajaan pusat; hasrat para perangka dan kesukaran yang dihadapi oleh para perangka, dalam persekitaran dan jangka masa yang berlainan.

Kebanyakan negara perlu menyesuaikan idea-idea yang mereka pinjam daripada perlembagaan lain dengan keadaan setempat. Pastinya, yang sama penting, kajian bandingan menawarkan pelbagai perspektif ke atas set undang-undang fundamental yang mentadbir hubungan antara para pemerintah dengan rakyat dan juga menjadi penting kepada pentadbiran kebanyakan kerajaan moden. Perlembagaan dalam pengertian ini akan lebih dihargai jika dilihat dari sudut bandingan dan tidak terbatas kepada wacana analitik atau deskriptif disebabkan oleh kelainan dan kepelbagaian sumber legitimasinya.

Perlembagaan Persekutuan: Perbandingan Antara Malaysia dengan Amerika Syarikat sebahagian besarnya berdasarkan sumber-sumber primer dan dilakukan dalam semangat penyelidikan dan kesarjanaan. Kajian ke atas kesamaan dan perbezaan aspek-aspek penting kedua-dua perlembagaan bertujuan untuk merungkai idea-idea kerajaan dan tadbir urus para perangka perlembagaan-perlembagaan berkenaan dan bertujuan mendalamkan lagi pemahaman terhadap sejarah perlembagaan. la bukan bertujuan untuk menilai merit peruntukan-peruntukan atau sistem-sistem atau memuliakan mereka tetapi bertujuan memahami alasan di sebalik prinsip-prinsip persekutuan yang terdapat dalam peruntukan perlembagaan.

Penulis memilih untuk mengkaji perlembagaan Amerika Syarikat kerana ia merupakan yang pertama seumpamanya dalam era moden yang mana sekumpulan negeri secara bersama mengekod set undang-undang asas untuk menciptakan perkongsian kuasa persekutuan yang lebih luas dan merincikan kuasa dan had-had kerajaan pusat dan negeri-negeri anggota. Prinsip-prinsip persekutuan yang termaktub dalam perlembagaan AS secara khususnya menarik kerana ia berkongsi beberapa persamaan dengan perlembagaan persekutuan Malaysia yang dirangka pada 1956-57.

Objektif utama Perlembagaan Persekutuan: Perbandingan Antara Malaysia dengan Amerika Syarikat bukan untuk mencari elemen-elemen dalam perlembagaan Malaysia yang berkemungkinan dipinjam daripada perlembagaan Amerika Syarikat tetapi lebih kepada mempertimbangkan kesamaan dan perbezaan antara prinsip-prinsip persekutuan yang terkandung dalam perlembagaan kedua-dua negara dan untuk memahami sebab raison d’être, dan secara khususnya hasrat para perangka. Membentuk kerajaan bentuk moden di tengah-tengah negeri-negeri feudal lama dan monarki pada masa itu merupakan inovasi radikal dan pembaharuan, serta debat antara perangka memberikan gambaran hebat minda mereka yang merangka dokumen perlembagaan dan cabaran-cabaran pada masa itu.

Para perangka perlembagaan Amerika Syarikat menyedari kepentingan global usaha mereka dan menghormati dan memberikan kepentingan terhadap proses-proses penggubalannya. Gabenor Morris sebagai contoh, berkata, dengan menghadiri konvensyen itu, beliau merasakan, pada satu tahap sebagai ‘Perwakilan kepada bangsa manusia’ kerana semua bangsa manusia akan mendapat kesan daripada prosiding-prosiding konvensyen. Beliau menyeru para perwakilan ‘meluaskan pandangan melangkaui masa kini; melangkaui had-had sempit tempat asal usul politik yang mereka wakili.’

Usaha merangka perlembagaan Malaysia juga tidak kurang signifikan sejarahnya. Para perangka mengetahui mereka menghasilkan perlembagaan yang bakal membentuk rupa bentuk politik, ekonomi dan sosial negara kebangsaan pasca kolonial. Peranan penting Parti Perikatan dalam proses perlembagaan didokumentasikan dengan baik, walaupun tidak begitu diiktiraf atau dihargai. Suruhanjaya Perlembagaan Reid meletakkan atas kertas idea-idea dan persetujuan Perikatan yang terkandung dalam memorandum bersama mereka yang mewakili kompromi antara kelompok masyarakat tatkala memperkenalkan inovasi mereka sendiri.

Para pemimpin Perikatan juga mencari jalan-jalan baru di kalangan negara kebangsaan dalam Komanwel. Mereka memilih sistem demokrasi berparlimen berdasarkan kepada model Westminster untuk tadbir urus, dan berdasarkan pendidikan yang mereka terima semasa era pasca perang. Ketua Menteri, Tunku Abdul Rahman yang mengetuai pemerintahan Perikatan telah mengisytiharkan kerajaan demokrasi berdasarkan institusi parlimen merupakan bentuk kerajaan yang sesuai untuk Tanah Melayu. Semasa proses perangkaan, perlembagaan Malaysia dirangka mengikut perlembagaan yang dipraktis dan wujud dalam Komanwel dan Amerika Syarikat.

Prakata
Penghargaan

1. Asal usul Perlembagaan
2. Sistem Kerajaan
3. Pengagihan Kuasa-kuasa Perundangan
4. Pengagihan Kuasa-kuasa Kewangan
5. Kesimpulan

Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight 0.400 kg
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.