Out of stock

Perniagaan Haji di Pulau Pinang dan Dokumentasi Sultan Kedah

Diperkenalkan dan disunting oleh ABU TALIB AHMAD

MBRAS Monograph No. 48

MBRAS (Cetakan pertama, 2015)
305 halaman termasuk Indeks

RM120.00

Out of stock

Perniagaan Haji di Pulau Pinang dan Dokumentasi Sultan Kedah membicarakan perniagaan haji di Pulau Pinang sejak abad ke-19 hingga 1970-an yang berpusat di Lebuh Aceh, George Town. Kajian yang bersifat makro ini memberi tumpuan kepada penglibatan orang Melayu- Muslim dalam bidang ini selain kesan perniagaan haji kepada pelbagai sektor ekonomi di kawasan Lebuh Aceh termasuk perniagaan buku/kitab, percetakan dan juga kesannya kepada peniaga-peniaga bukan Melayu. Sementara itu Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid pula menyentuh pelbagai aspek sosio-ekonomi Kedah termasuk urusan belanjawan negeri Kedah, kegiatan ekonomi termasuk dari pelabur-pelabur Cina dari Pulau Pinang dan hubungan sosioekonomi Kedah dengan Siam dan lnggeris.

Pulau Pinang pernah menjadi jajahan takluk Kedah sehingga 1786 apabila pulau ini diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur lnggeris. Menjelang 1804 Seberang Perai turut menjadi sebahagian dari negeri Pulau Pinang. Namun hubungan akrab antara kedua-dua negeri terus terjalin dengan Kedah menerima pelaburan dari Pulau Pinang sementara dari segi sosial pengaruh Kedah dapat dilihat melalui dialek Melayu Pulau Pinang. Hubungan ini juga dapat dilihat melalui perniagaan haji di Pulau Pinang yang turut menjangkau ke Kedah sementara Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid yang memerintah Kedah antara 1882-1943, turut menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan hubungan Kedah-Pulau Pinang.

Pengenalan
Abu Talib Ahmad

1. Perniagaan Haji di Pulau Pinang dan Dokumentasi Sultan Kedah
Abu Talib Ahmad

2. Sejarah Perniagaan Haji di George Town, 1860-an – 1970-an
Siti Amirah Abdullah

3. Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Sebagai Dokumen Sejarah Sosioekonomi Negeri Kedah (1881-1943)
Mohd Kasturi Nor Abd Aziz

Indeks

Weight0.400 kg
Dimensions22.3 × 15.9 × 1.5 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.