Persekutuan Malaysia 1961-1966: Penubuhan dan Cabaran

MOHD BIN SAMSUDIN adalah Pengarah Muzium Warisan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2016)
518 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM70.00

In stock

Persekutuan Malaysia 1961-1966: Penubuhan dan Cabaran mengkaji peranan yang dimainkan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, khususnya oleh Tunku Abdul Rahman dalam merealisasikan sebuah Persekutuan Malaysia. Perbincangan bermula dengan idea dalam kalangan pegawai British terhadap rancangan penyatuan Tanah Melayu dengan wilayah British di Asia Tenggara selepas Perang Dunia Kedua. Perbincangan penting tertumpu mengenai rancangan penubuhan Malaysia oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman. Penulisan ini akan mendedahkan kepada dua perkara penting dalam sejarah penubuhan Malaysia; pertama usaha penubuhan dan kedua cabaran yang dihadapi oleh Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam bahagian usaha penubuhan perkara penting yang diberi perhatian siri rundingan yang diadakan oleh pihak Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai kerajaan British; Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam bahagian cabaran penubuhan Malaysia, Persekutuan Malaysia 1961-1966: Penubuhan dan Cabaran mengutarakan tentangan yang dihadapi daripada pihak Indonesia dan Filipina yang membawa kepada Konfrontasi Indonesia serta penyelesaian yang diusahakan bagi menamatkan tentangan daripada kedua-dua negara.

Kajian mengenai penubuhan Malaysia adalah sesuatu yang menarik. Sehingga hari ini sejarah penubuhan Malaysia masih lagi dibincangkan dalam kalangan sarjana bagi mengetahui isu sewaktu pembentukan, peranan yang dimainkan oleh tokoh yang terlibat, penentangan kerajaan Indonesia dan Filipina yang membawa kepada Konfrontasi dan juga pemisahan Singapura daripada Malaysia.

Penelitian dilakukan dengan melibatkan penyelidikan sumber dokumen dan bahan-bahan berkaitan yang terdapat di the National Archives (Public Record Office), United Kingdom, National Australia Archives (NAA) dan fail Kementerian Luar Negeri, Perbahasan Parlimen dan peribadi di Arkib Negara Malaysia. Adalah penting untuk mengetahui bagaimana kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berinteraksi dengan pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan melibatkan kerajaan British, Singapura dan Brunei serta penduduk di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak ke arah penubuhan Malaysia.

Di samping itu, untuk memahami rentetan ancaman komunis di Singapura menjadi alasan kuat supaya kerajaan British mempercepatkan pembentukan Malaysia. Penyelidikan seterusnya mengkaji cabaran awal Malaysia, iaitu krisis Singapura-Kuala Lumpur yang membawa kepada pemisahan Singapura, tuntutan Filipina ke atas Sabah dan konfrontasi oleh Indonesia. Penelitian mendapati bahawa Tunku Abdul Rahman dan kerajaan Persekutuan berpengaruh besar dalam menentukan ciri-ciri penyertaan ahli-ahli dalam Malaysia. Seterusnya kerajaan Persekutuan didapati memainkan peranan utama menamatkan krisis dengan Singapura dan mengawal tuntutan Filipina ke atas Sabah.

Weight0.765 kg
Dimensions22.9 × 15.2 × 2.7 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.