Out of stock

Persuratan Melayu: Tradisional ke Moden

Disunting oleh SAHLAN MOHD. SAMAN dan SHAIFUL BAHRI MD. RAZI

Penerbit UKM (Cetakan Kedua, 2014)
228 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM25.00

Out of stock

ISBN: 9789679427264 Product ID: 27587 Subjects: , Sub-subjects: ,

Persuratan Melayu: Tradisional ke Moden dipersembahkan kepada khalayak dengan perspektif baru dan segar menggabungkan sastera Melayu dalam suatu wadah memperlihatkan kesinambungan perkembangannya dari dahulu hingga ke hari ini. Perspektif ini memperlihatkan jati diri sastera dengan tamadun yang sering dinamik, mengalami perubahan bersama sejarah dan tamadun manusia. Kesusasteraan menghidangkan teks dengan susunan ayat menerusi kata-kata yang indah, memperkatakan sesuatu daripada kepelbagaian aspek kehidupan masyarakat yang melahirkannya. Kesusasteraan amat intim dengan masyarakat kerana merakamkan berbagai-bagai detik pengalaman dan denyut kehidupan segala mikro kosmos yang wujud dalam masyarakatnya itu. Semakin lama kesusasteraan meninggalkan semakin banyak khazanah yang akhirnya nanti menjadi citra tamadun masyarakat itu. Pada konteksnya yang lebih besar ialah tamadun sesuatu bangsa.

Bangsa Melayu tidak terkecuali daripada catatan sejarah global itu. Tamadun bangsa Melayu telah pun tercatat dalam lembar sejarah dengan segala keagungan dan keruntuhannya. Di dalam tamadunnya itu turut tercatat karya-karya unggul kesusasteraannya seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Inderaputera, Hikayat Patani, Hikayat Malim Deman, Bustan-al-Salatin dan banyak lagi. Sejak kedatangan Islam bersama pendidikan formal dan tulisan jawi, isi hati bangsa Melayu ini telah pun terakam ke dalam khazanah tulisan, diikuti pula kehadiran genre baru bersama tulisan rumi dan pendidikan Barat.

Segala yang terakam dalam bentuk tulisan, termasuk dalam akhbar dan majalah, telahpun diterima dan dikategorikan ke dalam kelongsong Persuratan Melayu yang lebih khusus bentuk dokumentasi milik tamadun bangsa MelayU—yang ditulis dalam bahasa Melayu—walaupun para penulisnya terdiri daripada ahli-ahli orientalis mahupun warga Nusantara ini. Kesusasteraan Melayu itu adalah satu proses yang berterusan daripada zaman traditional melampaui moden hingga ke zaman kontemporari kini. Melalui proses yang berterusan inilah lahirnya antara barisan unggul pengarang Melayu seperti Tun Seri Lanang, Raja Ali Haji, Nuruddin al-Raniri, Raja Culan, Raja Siti Aisyah, Yassin Makmur, Ishak Haji Muhammad, Usman Awang, Shahnon Ahmad, A. Samad Said, S. Othman Kelantan, Anwar Ridhwan dan Faisal Tehrani.

Kesusasteraan Melayu tradisional meliputi tradisi lisan dan tradisi bertulis sama ada dalam bentuk prosa mahupun puisi. Umumnya, perkembangan kesusasteraan Melayu dimulai dengan tradisi lisan sesuai dengan kesederhanaan tingkat pemikiran awal masyarakat Melayu pada suatu masa dahulu. Tradisi lisan ini lahir ketika masyarakat Melayu berada di tahap primitif dan buta huruf. Ketika berada pada tahap itu terciptalah prosa dan puisi yang diistilahkan sebagai sastera rakyat atau sastera lisan yang mempunyai konotas; kepercayaan dan ritual seperti mitos dan mantera. Selain berfungsi sebagai unsur ritual, sastera dalam konteks ini berfungsi sebagai bentuk hiburan yang antara lainnya termasuklah cerita legenda, cerita binatang, cerita jenaka, cerita lipur lara, pantun, seloka, teka-teki, peribahasa dan teromba.

Pertembungan masyarakat Melayu dengan budaya yang lebih maju kemudiannya secara langsung mempertingkatkan kematangan kreativiti kesusasteraan dengan menguasai tradisi bertulis. Kreativiti pengarang Melayu tercerna dalam bentuk prosa dan puisi, bukan setakat memenuhi tuntutan hiburan tetapi melampaui peringkat yang lebih tinggi termasuk pemikiran dan falsafah. Pertembungan ini dimulai oleh tamadun Hindu-Buddha dan kemudiannya Islam. Walaupun pada peringkat awal tradisi bertulis ini berpusat di istana, tetapi dengan pengaruh perkembangan Islam kemudiannya memungkinkan aktiviti kesusasteraan itu menyebar luas di kalangan masyarakat massa. Keadaan ini terjadi kerana orang Melayu diperkenalkan dengan sistem tulisan Jawi lantaran daripada penyebaran agama Islam di Nusantara.

Hasilnya, lahirlah karya-karya Melayu yang disadur, diolah dan dicipta sama ada daripada pengaruh karya-karya Hindu mahupun daripada ArabParsi. Di sisi yang lain pula, terciptanya karya kesusasteraan Melayu ini secara langsung menandakan kemunculan pengarang Melayu yang membawa aspirasi dan pemikiran Melayu Nusantara. Dengar kata lain, warisan kesusasteraan Melayu tradisional ini menjadi teras dan akar kepada pertumbuhan dan kemunculan kesusasteraan Melayu moden kemudiannya. Kedua-dua tradisi ini, baik tradisi lisan mahupun bertulis menggambarkan keupayaan intelektual manusia Melayu dalam kreativiti kesusasteraan mereka sama ada untuk memenuhi tuntutad kesenian dalam berhibur mahupun untuk mencerap pemikiran yang terkandung di dalamnya.

Dengan latar belakang sejarah perkembangan kesusasteraat Melayu tradisional yang berliku-liku itu, Persuratan Melayu: TradisionaL ke Moden disusun untuk membincangkan genre, konsep, sejarah, teori dan pemikiran yang terkandung dalam karya kesusasteraan Melayu tradisional untuk tatapan umum. Bagi memudahkan khalayak dan pembaca sastera memanfaatkan bahan yang diperbincangkan, buku ini membahagikan kesusasteraan Melayu tradisional kepada empat bahagian yang dimulai dengan tradisi lisan—prosa, tradisi lisan—puisi, tradisi bertulis—prosa, dan tradisi bertulis—puisi.

Senarai Singkatan
Prakata
Pengenalan

BAB 1 Tradisi Lisan: Prosa
Shaiful Bahri Md. Radzi

BAB 2 Tradisi Lisan: Puisi
Shaiful Bahri Md. Radzi

BAB 3 Tradisi Bertulis: Prosa
Shaiful Bahri Md. Radzi, Mohd. Pozi Haji Masurori, Mohd. Afif Abidin & Zubir Idris

BAB 4 Tradisi Bertulis: Puisi
Shaiful Bahri Md. Radzi & Zubir Idris

BAB 5 Cerpen
Sahlan Mohd. Saman

BAB 6 Novel
Sahlan Mohd. Saman & Che Abdullah Che Ya

BAB 7 Drama
Sahlan Mohd. Saman

BAB 8 Sajak
Sahlan Mohd. Saman

BAB 9 Kritikan Sastera
Sahlan Mohd. Saman

BAB 10 Teori Sastera
Sahlan Mohd. Saman

Kesimpulan
Rujukan
Indeks

Weight 0.34 kg
Dimensions 22.8 × 15.1 × 1.2 cm
Author(s)

, , , , ,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Persuratan Melayu: Tradisional ke Moden”

Your email address will not be published. Required fields are marked *