Pilihan Bahasa dan Lingua Franca

MOHAMMED AZLAN MIS adalah linguis dan pensyarah kanan di Program Linguistik, Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik, FSSK, UKM yang mengkhusus dalam bidang sosiolinguistik.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2020)
132 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

Pilihan Bahasa dan Lingua Franca mengandungi tiga aspek yang utama, iaitu teori domain, pilihan bahasa dan lingua franca. Penggunaan teori domain merujuk kepada konsep masyarakat yang diperolehi daripada analisis dan ringkasan situasi-situasi kongruen yang jelas. Secara lebih dekat lagi, domain adalah perkara yang berkaitan dengan situasi, perhubungan dan peranan, tingkah laku penutur serta kejadian bertutur yang terbentuk daripada beberapa gagasan seperti latar, peserta dan topik. Lingua franca dilihat bukan sekadar bahasa yang digunakan antara individu dalam perhubungan sosial, tetapi juga sebagai satu keperluan yang tidak boleh ditiadakan dalam sesebuah masyarakat yang majmuk.

Aspek pilihan bahasa yang merujuk kepada who speaks what language to whom and when, penentu kepada pilihan bahasa yang digunakan oleh seseorang. Bidang pilihan bahasa sebagai lingua franca ini dilihat sangat bertepatan untuk dilakukan di negeri Sarawak kerana di negeri Sarawak terdapat pelbagai suku kaum yang menuturkan bahasa ibunda mereka sendiri. Dalam masa yang sama, setiap suku kaum ini telah berhubung satu sama lain dengan memilih satu bahasa perhubungan yang utama.

Sebagai melengkapkan kandungan buku ini juga dimuatkan dengan data-data yang dapat membantu memperjelaskan kenyataan-kenyataan yang dikemukakan. Penulis yakin buku ini sangat berguna kepada tiap-tiap seorang daripada kita yang bertanggungjawab memupuk untuk kesejahteraan hidup dalam masyarakat majmuk. Buku ini bukan sahaja memberikan kita dapatan dan hasil ke atas setiap aspek pilihan bahasa di negeri Sarawak, tetapi juga mengenai bahasa yang dipilih sebagai lingua franca iaitu bahasa Iban.

Banyak maklumat yang telah diketengah dalam buku Pilihan Bahasa dan Lingua Franca ini. Pilihan bahasa terjadi apabila terdapat lebih daripada satu bahasa atau kelainan bahasa dalam sesuatu komuniti. Anggota komuniti memilih bahasa yang mana patut digunakan sebagai bahasa perhubungan antara mereka. Kajian perlu dilakukan untuk mengetahui pilihan-pilihan bahasa yang digunakan dalam situasi-situasi tertentu dan seterusnya sebagai bahasa perhubungan sehari-hari utama atau lingua franca. Lingua franca yang berfungsi sebagai bahasa untuk berkomunikasi adalah bahasa yang paling cenderung dan kerap digunakan dalam komunikasi dalam satu komuniti. Lingua franca dilihat bukan sekadar bahasa yang digunakan antara individu dalam perhubungan sosial, tetapi juga sebagai satu keperluan yang tidak boleh ditiadakan dalam sesebuah masyarakat yang majmuk.

Dengan adanya lingua franca dalam satu komuniti yang pelbagai bahasa, masalah komunikasi antara mereka akan dapat diatasi. Semua definisi lingua franca yang diberikan oleh sarjana-sarjana bahasa telah jelas mengaitkan peranan lingua franca sebagai bahasa perhubungan utama dalam masyarakat pelbagai bahasa. Lingua franca juga boleh terdiri dari apa-apa sahaja bahasa. Dengan adanya lingua franca dalam satu masyarakat pelbagai bahasa, masalah komunikasi antara mereka akan dapat diatasi. Isu lingua franca di negeri Sarawak merujuk kepada bahasa Melayu sebagai bahasa perantara di Malaysia, menepati taraf bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.

Selama beberapa abad, penutur bahasa Melayu telah menjadikan bahasa tersebut sebagai lingua franca dalam hubungan antara kelompok. Walaupun bahasa Melayu telah dibuktikan sebagai lingua franca di kepulauan Melayu, perlu dilihat kedudukannya sebagai lingua franca di negeri Sarawak. Pilihan bahasa Melayu di negeri Sarawak masih menjadi persoalan yang perlu diberi perhatian sama ada berperanan sebagai lingua franca sama seperti yang berlaku di Semenanjung Malaysia ataupun sebaliknya.

Weight 0.209 kg
Dimensions 22.8 × 15.1 × 0.6 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pilihan Bahasa dan Lingua Franca”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.