Out of stock

Politik dan Agama di Sabah

ISMAIL YUSOFF merupakan pensyarah di Jabatan Pegajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan, Universiti Utara Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Kedua, 2004)
161 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM20.00

Out of stock

Politik dan Agama di Sabah adalah sebuah kajian yang bermatlamatkan untuk melihat konflik politik yang berlaku di Sabah dari sudut persoalan apa, kenapa dan bagaimana ia berlaku, serta sejauh mana hubungannya dengan pembangunan masyarakat secara menyeluruh. Kesan daripadanya dijadikan penelitian utama dalam menganalisis konflik politik dan pembangunan nanti. Penemuan yang didapati daripada analisis ini dijangka dapat menjawab persoalan-persoalan yang terdapat pada tujuan kajian ini.

Melihat konflik politik di Sabah daripada 1960-an hinggalah tahun 1994, kita tidak dapat lari daripada melihat dan membincangkan perbezaan peranan yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin parti politik yang mengamalkan berbagai ideologi pada era tersebut. Tetapi apa yang ketara ialah kebanyakan mereka menggunakan pendekatan sentimen agama untuk mengekalkan kuasa politik masing-masing.

Daripada penjelasan di atas dan daripada tinjauan kajian mengenai konflik politik terdahulu, dua hipotesis yang berhubungkait telah dibentuk, iaitu:-

1. Konflik politik di Sabah mengambil dimensi agama dan bukan dimensi kaum seperti yang berlaku di Semenanjung Malaysia. Konflik politik ini adalah konflik agama antara Kristian dengan Islam yang diwarisi dari dahulu lagi.

2. Kemunculan dominasi kepimpinan politik Kristian di Sabah adalah dirancang dan disokong dari luar oleh dunia Kristian. Konflik politik ini akan membangkitkan perasaan anti-Islam, anti-Melayu dan anti-Semenanjung.

Kajian Politik dan Agama di Sabah ini meliputi tahun sebelum menjelangnya kemerdekaan Sabah melalui Malaysia (1963), hingga sekarang; tahun 1994: pada zaman pemerintahan Tun Datu Mustapha, Datuk Harris Mohd. Salleh dan Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

Penulisan ini dibahagikan kepada lapan bab. Bab Dua meninjau latar belakang negeri dan masyarakat Sabah. Bab Pertama membicarakan Secara ringkas kajian mengenai Sabah oleh para pengkaji terdahulu kerana perkara ini perlu dibentangkan terlebih dahulu untuk memahami perkembangan politik seterusnya.

Bab Tiga membincangkan soal kemasukan penjajah dan gerakan Kristianisasi. Termasuk aktiviti pelajaran, ekonomi, sosial dan kebajikan serta usaha-usaha mereka menyekat perkembangan Islam di Sabah. Bab Empat membincangkan tentang kebangkitan semangat kebangsaan yang berdimensi agama, samada Islam mahupun Kristian di kalangan rakyat Sabah.

Bab Lima membincangkan perkembangan dan konflik politik yang berlaku di Sabah dari mula mencapai kemerdekaan pada 1963 hingga ke zaman pemerintahan Tun Mustapha. Bab Enam membincangkan perkembangan politik Parti Bersatu Sabah (PBS) serta kebangkitan semula semangat kebangsaan Kadazan Kristian.

Dalam Bab Tujuh dibincangkan pula dasar pemerintahan PBS terutamanya terhadap masyarakat Islam. Juga disentuh dalam peranan yang dimainkan oleh Institute For Development Studies (IDS) dalam membentuk dasar politik PBS. Sementara Bab Lapan pula adalah kesimpulan daripada perbincangan; merumuskan bahawa konflik politik yang berlaku di Sabah adalah disebabkan oleh faktor agama.

Senarai Gambar dan Jadual
Pengenalan
Penghargaan

BAB 1 Kajian Politik

BAB 2 Latar Belakang Masyarakat dan Politik

BAB 3 Penyebaran Agama Kristian

BAB 4 Nasionalisme Kadazan dan Masyarakat Islam

BAB 5 Perkembangan dan Konflik Politik 1960-an — 1995

BAB 6 Perkembangan Politik PBS

BAB 7 Dasar Pemerintahan PBS dan Konflik Politik

BAB 8 Kesimpulan

Rujukan
Indeks

Weight0.300 kg
Dimensions22.8 × 15 × 1.3 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Jevionce Justin (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.