Politik dan Masyarakat Melayu Perak

ISHAK SAAT adalah Profesor Madya di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Penerbit UTHM (Cetakan Pertama, 2012)
254 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM28.00

In stock

If you purchase this book you will earn 6 points worth of RM0.60!
ISBN: N/A Product ID: 22682 SKU: 9789670468075 Categories: , , Tags: , , , ,

Politik dan Masyarakat Melayu Perak menyingkap kembali kewujudan negeri Perak seawal kerajaan tradisional iaitu sejak awal abad ke-2 lagi. Walau bagaimanapun Perak hanya menjadi terkenal dan makmur sekitar abad ke-5 dan ke-6 Masihi. Buku ini juga cuba memaparkan kembali bagaimana negeri Perak Darul Ridzuan ini mula-mula terbentuk sebagai sebuah negara bangsa. Bermula dengan sebuah wilayah kecil yang terkenal dalam kalangan kerajaan-kerajaan awal yang wujud di Nusantara. Dengan nama kerajaan Gangga Negara, kemudian kerajaan Melayu Beruas dan seterusnya kerajaan Manjung. Kerajaan Gangga Negara lenyap setelah diserang oleh empayar Srivijaya dari Sumatera di bawah pemerintahan Raja Rajendra Chola I. Kemudian muncul kerajaan Melayu Beruas dan Kerajaan Manjung yang sentiasa bersengketa sehingga menyebabkan kerajaan-kerajaan ini semakin lemah dan mengecil. Kemudian dari itu muncul pula sebuah lagi kerajaan awal di daerah Hulu Perak bernama Janin. Lantaran kerana sering bersengketa maka akhirnya para pemerintah kerajaan-kerajaan kecil ini sepakat untuk bersatu di bawah satu naungan yang dipersetujui, warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka sekitar abad ke-16.

Dalam abad ke-16 Kesultanan Melayu Perak lebih tersusun dan luas jika dibandingkan dengan kemunculan kerajaan awal tradisional dahulu. Negeri Perak Darul Ridzuan turut terkenal sebagai sebuah negara pembekal bijih timah sehingga pedagang luar datang berdagang seperti orang Arab, China, Portugis dan Belanda. Kemakmuran dan kekayaan yang dimiliki menyebabkan negeri Perak Darul Ridzuan menjadi terkenal dan sering menjadi tempat persinggahan. Malah menjadi perhatian dan rebutan kuasa-kuasa Barat. Fenomena ini menyebabkan negeri Perak Darul Ridzuan mudah dan terdedah dengan ancaman dalam perebutan kuasa ekonomi khususnya kuasa-kuasa Barat yang ingin menguasai perdagangan bijih timah. Perancangan rapi dilakukan oleh penguasa-penguasa Barat untuk menguasai politik dan pemerintahan kerajaan Perak Darul Rizuan.

Lantaran kerana persengketaan antara para penguasa Melayu sehingga hilang pertimbangan dan kewajaran, demi takhta dan kekuasaan maka British diundang mencampuri urusan politik dan pemerintahan Melayu. Detik ini menjadi titik hitam dalam sejarah negeri Perak Darul Ridzuan dan Tanah Melayu amnya. Bermulalah campurtangan secara langsung penjajah British dalam urusan kerajaan Melayu menyebabkan berlakunya berantakan politik Melayu di bumi Melayu. Tercetus Perang Perak tahun 1875, yang menyebabkan para bangsawan menerima bahana yang dahsyat. Ada yang dibuang negeri hatta ada yang mati di tali gantung. Peristiwa ini menjadi pemangkin kepada kebangkitan orang Melayu di negeri-negeri Melayu yang lain kemudiannya.

Dalam catatan sejarah negeri-negeri Melayu, negeri Perak Darul Ridzuan seringkali mendahului zaman. Bermula dengan peristiwa penentangan dan pembunuhan J.W.W Brich tahun 1875. Kemudian kebangkitan rakyat dalam perjuangan kemerdekaan tahun 1938 melalui Kesatuan Melayu Muda (KMM). Seterusnya perjuangan berbentuk kepartian dengan penubuhan Parti Kebangaan Melayu Malaya (PKMM) tahun 1945. Parti ini merupakan parti politik yang pertama diwujudkan oleh orang Melayu. Perjuangan politik orang Melayu Perak tidak berhenti setakat itu tetapi sebaliknya terus subur dengan penubuhan parti politik Islam yang pertama di Tanah Melayu iaitu Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak pada tahun 1948.

Catatan sejarah ini menunjukkan negeri Perak Darul Ridzuan seringkali mencatatkan sejarahnya yang tersendiri dan mendahului negeri-negeri Melayu yang lain. Begitu juga kalau menyingkap sejarah pengenalan Darurat tahun 1948, melalui peristiwa pembunuhan pegawai British di Sungai Siput maka Darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu. Kemudian kalau menyingkap pejuang-pejuang politik Melayu, ramai dalam kalangan mereka ini adalah anak kelahiran negeri Perak. Kebangkitan mereka dengan pelbagai aliran seperti kebangsaan, Islam, sosialis dan juga komunis. Nama-nama seperti Dr Burhanuddin Al Helmy, Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Rashid Maidin, Abdullah CD, Musa Ahmad, Dato Panglima Bukit Gantang Wahab dan ramai lagi. Kesemua ini membuatkan sejarah negeri Perak amat menarik untuk dikaji dan baca.

Justeru itu, Politik dan Masyarakat Melayu Perak amat sesuai untuk para peminat sejarah, guru dan bakal guru, siswa dan siswi serta ahli-ahli politik tatapi agar dapat mengetahui sejarah kemunculan dan perkembangan serta perjuangan khususnya Sejarah Politik Perak Darul Ridzuan. Malah penulis cuba paparkan catatan sejarah ini sebagai permulaan yang diharapkan boleh disambung oleh pengkaji kemudian untuk mendalami atau membongkarkan sejarah yang tersirat dari sejarah yang tersurat.

Weight 0.384 kg
Dimensions 22.8 × 15 × 1.3 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Politik dan Masyarakat Melayu Perak”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.