فوليتيک دان فرجواڠن مشارکة اسلام دسلاتن تهايلاند، ١٩٠٢ – ٢٠٠٢ / Politik dan Perjuangan Masyarakat Islam di Selatan Thailand, 1902-2002

AHMAD OMAR CHAPAKIA (b. 1955) adalah Timbalan Rektor, Kolej Islam Yala, Selatan Thailand. Beliau dilahirkan di Patani memperoleh ijazah pertama dalam bidang Sejarah dari Jāmaat Al-Imam Mohammad bin Saud Al-Islamiyah (1980) dan Ph.D. dalam bidang Sejarah Politik dari Universiti Malaya.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2002)
316 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM40.00

In stock

If you purchase this book you will earn 8 points worth of RM0.80!

Dalam buku Politik dan Perjuangan Masyarakat Islam di Selatan Thailand, 1902-2002, politik Thailand dilihat dari pelbagai sudut: institusi perundangan, parti politik, pilihanraya dan kabinet kerajaan. Selain politik, buku ini juga melihat pelbagai aspek kehidupan Melayu Patani daripada kependudukan hingga petempatan, pentadbiran dan pendidikan, ekonomi dan agama.

Politik masyarakat Melayu di Selatan Thailand bermula sejak zaman Tambralinga dan Langkasuka. Dengan kedatangan Islam, terdiri kerajaan Singora dan kerajaan Patani sehinggalah apabila pemerintahan bertukar tangan kepada Siam tahun 1902. Sudah seabad lamanya orang Melayu Patani berada di bawah pemerintahan Bangkok. Raja Siam bukan sahaja meluaskan kekuasaannya, malah telah memperkuatkan kuasa dan pengaruhnya di negeri Melayu Islam tersebut. Rampasan kuasa pada 1932, telah menamatkan pemerintahan monarki mutlak dan bermulalah era monarki berperlembagaan.

Kuasa raja dihadkan. Pentadbiran di Thailand sejak itu melihat pemerintahan Khana Ratsadon (1932-1948), Phibunsongkhram (1948-1957), Sarit Thanarat dan Thanom Kittikachorn (1957-1973). Kerajaan demokrasi Thailand beberapa kali diambil alih oleh junta tentera. Kini, pemimpin pemimpin Melayu Patani bergerak dalam pelbagai parti politik dalam kancah politik Thailand. Demokrasi di Thailand memberikan ruang bergerak yang selesa kepada mereka sehingga berjaya menjawat pelbagai kedudukan tinggi dalam heirarki politik Thailand.

Selatan Thailand pada masa sekarang mengandungi 14 wilayah. Kedudukannya boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian atas dan bahagian bawah. Selatan bahagian atas terdiri daripada wilayah Chumphon, Surat Thani, Ranong, Nakhon Si Thammarat, Phang Nga, Phuket, Krabi, Trang, dan Phatthalung. manakala Selatan bahagian bawah terdiri daripada wilayah Songkhla, Satun, Pattani, Yala, dan Narathiwat. Wilayah Selatan bahagian bawah juga dikenali dengan panggilan Southern Border Provinces (จังหวัดชายแดนภาคใต้).

Sejak kerajaan Thailand menakluki dan menguasai kawasan Selatan, masyarakat Islam di Selatan bahagian bawah seringkali menunjukkan reaksi melalui penentangan terhadap politik kerajaan Thailand. Atas sikap dan reaksi tersebut, kerajaan Thailand pada zaman kerajaan monarki mutlak telah menjalankan dasar dan tindakan politik secara khusus terhadap kawasan itu. Strategi pentingnya adalah untuk mengawal dan mengekalkan wilayah tersebut sebagai bumi taklukannya.

Perubahan struktur politik bermula tahun 1932 menyaksikan kerajaan telah mengambil langkah agresif dalam politik membina negara bangsa. Seluruh penduduk dipaksa menjadi bangsa yang satu, iaitu bangsa Thai. Bangsa lain tidak diperakui lagi sebagai kerakyatan Thailand. Selain itu suatu konsep telah dicipta dan ditekankan supaya tidak ada tuntutan pemisahan negeri. Konsep “bumi kerajaan Thai tidak boleh dibahagi dan dipisahkan” ditunjukkan sebagai dasar utama dan dijadikan artikel pertama dan Perlembagaan Thailand. Berikutan situasi ini, masyarakat Islam di Selatan Thailand seringkali menjadi sasaran subjek politik kerajaan berperlembagaan.

Singkatan
Senarai Jadual dan Rajah
Senarai Gambar
Prakata
Pendahuluan

BAB 1 Latar Belakang Sejarah dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand

Latar Belakang Sejarah
Kerajaan Tamberlinga
Kerajaan Langkasuka
Kerajaan Langkasuka
Kerajaan Melayu Islam
Kerajaan Singora
Kerajaan Patani
Masyarakat Islam
Penduduk dan Petempatan
Pentadbiran
Pendidikan
Ekonomi
Agama
Kepimpinan Masyarakat

BAB 2 Pengukuhan Kuasa Politik Thai di Selatan, 1902-1932

Kerajaan Monarki Mutlak
Sistem Monarki
Sistem Pentadbiran
Sistem Tributari
Perluasan Kuasa Thai di Selatan
Pengukuhan Kuasa Thai di Selatan
Reaksi Raja-Raja Melayu
Tindakan Mengawal Negeri Patani dan Setul

BAB 3 Politik Kerajaan Khana Ratsadon dan Reaksi Masyarakat Islam, 1932-48

Perlembagaan Thai
Kerajaan Khana Ratsadon
Kerajaan Golongan Tentera
Kerajaan Phibun dan Rattanakosin
Kerajaan Golongan Sivil
Pemimpin Politik
Pemimpin Agama
Reaksi Masyarakat Islam

BAB 4 Politik Kerajaan Thai dan Tindak Balas Masyarakat Islam, 1948-80

Kerajaan Phibunsongkhram, 1948-57
Kerajaan Sarit Thanarat dan Thanom Kittikachorn, 1957-73
Reaksi dan Pergerakan Masyarakat Islam
Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN)
Patani United Liberation Organisation (PULO)
Barisan Nasional Pembebasan Patani (BNPP)
Pergerakan di Selatan Atas
Kerajaan Demokrasi, 1973-76
Reaksi Masyarakat Islam
Pergerakan Mahasiswa Islam
Pergerakan Massa dalam Demonstrasi
Peranan dalam Pilihanraya
Politik Kekerasan dan Reaksi Masyarakat Islam, 1976-80

BAB 5 Pembaharuan Polisi dan Politik Thai di Selatan, 1980-96

Demokrasi Thai
Institutsi Perundangan
Parti Politik
Pilihanraya
Kabinet Kerajaan
Pembaharuan Polisi Pemerintah
Penubuhan Badan Pentadbiran Khusus
Rancangan Harapan Baru
Inisiatif Baharu dalam Pendidikan
Strategi Membangunkan Ekonomi

BAB 6 Perjuangan Masyarakat Islam Pada Zaman Pembaharuan, 1980-96

Perjuangan dalam Politik Berparlimen
Perjuangan Melalui Demonstrasi
Demonstrasi Menentang Penempatan Patung Berhala di Sekolah Kebangsaan
Demonstrasi Hijab
Demonstrasi Masjid Kerisik
Demonstrasi Terhadap Kekejaman Tentera
Peranan Badan-Badan Islam
Badan-Badan Islam Rasmi Kerajaan
Badan Dakwah Islam
Jemaah Dakwah Tabligh
Jemaah Dakwah dalam Masyarakat Bukan Islam
Badan Kebajikan Masyarakat
Badan Perjuangan Pembebasan

BAB 7 Perjuangan Mendapatkan Kuasa Politik Pemerintahan Negara, 1997-2002

Strategi Memegang Kuasa di Parlimen
Reformasi Politik Thai
Pindaan Undang-Undang Pentadbiran Institusi
Chularatchamontri
Jawatankuasa Islam Pusat
Jawatankuasa Islam Wilayah
Jawatankuasa Islam Masjid
Peranan dalam Politik Pentadbiran Negara

BAB 8 Kesimpulan

Bibliografi
Indeks

Weight 0.489 kg
Dimensions 22.5 × 15 × 1.8 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “فوليتيک دان فرجواڠن مشارکة اسلام دسلاتن تهايلاند، ١٩٠٢ – ٢٠٠٢ / Politik dan Perjuangan Masyarakat Islam di Selatan Thailand, 1902-2002”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More from this Author

  • Lagu Dodoi Melayu Patani

    Lagu Dodoi Melayu Patani

    , , RM25.00
  • Ulama Patani: Ketokohan dan Keilmuan

    Ulama Patani: Ketokohan dan Keilmuan

    , , , RM50.00
  • Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyiddeen
    Out of stock

    Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyiddeen

    , , , RM40.00
  • Thai South and Malay North: Ethnic Interactions on a Plural Peninsula

    Thai South and Malay North: Ethnic Interactions on a Plural Peninsula

    , , , RM65.00
  • Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954

    Sejarah Perjuangan Melayu Patani, 1785-1954

    , , RM25.00
  • Ulama Besar dari Patani

    Ulama Besar dari Patani / علماء بسر دري فطاني

    , , RM35.00RM45.00
  • Biografi Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen: Raja Patani Terakhir

    Biografi Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen: Raja Patani Terakhir

    RM75.00
  • Out of stock

    Sejarah Kerajaan Melayu Patani

    , , , RM30.00
  • Ghosts of the Past in Southern Thailand
    Out of stock

    Ghosts of the Past in Southern Thailand: Essays on the History and Historiography of Patani

    , , , RM55.00
  • The Pondok & Madrasah in Patani

    The Pondok and Madrasah in Patani

    , RM25.00