Politik Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik

Suntingan oleh GHAZALI MAYUDIN

Penerbit UKM (Cetakan Kedua, 2008)
296 halaman termasuk Indeks

RM30.00

In stock

Politik Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik memuat tulisan ahli-ahli akademik di bidang sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya tentang politik negara. Kalau pun ada aspek-aspek luar terutama dari Barat yang dikupas dalam buku ini, pengarang lebih banyak menumpukannya dalam konteks politik Malaysia. Antara lain, buku ini memuat pembentangan tentang demokrasi dan pemerintahan. Amalan demokrasi dan proses pendemokrasian di Malaysia dilihat khususnya kepada dua angkubah terpenting sistem pendemokrasian iaitu perwakilan dan persaingan.

Benarkah masyarakat majmuk, strategi ekonomi serta kecenderungan terhadap sistem yang lebih autoritarian menjadikan persaingan tidak lagi berkesan dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat? Sejauh mana ciri-ciri oligarki wujud dalam parti-parti politik utama negara ini? Hampir semua parti utama dalam komponen Barisan Nasional mahupun parti pembangkang diterajui oleh pemimpin tertentu untuk tempoh yang panjang, ada yang melebihi 30 tahun? Benarkah ini melambangkan kewibawaan pemimpin dan sekaligus penerimaan ahli?

Dalam realiti politik Malaysia, ada pemimpin parti yang menawarkan perletakan jawatan dan kemudian menariknya pada saat akhir. Berlaku juga pindaan terhadap peraturan pemilihan dalam parti sehingga menguntungkan penyandang jawatan. Politik adalah seni yang serba mungkin, maka dalam politik kita bukan sahaja terdapat pemimpin yang mati di tangan lawan bahkan ada yang tewas oleh muslihat bomoh. Pembelot politik bukan sekadar bertukar kem, melompat parti bahkan mengarang surat layang dan menabur fitnah, kerana kepada mereka, matlamat menghalalkan cara.

Senaral Rajah dan Jadual
Senarai Singkatan
Penyumbang
Prakata
Pengenalan

BAHAGIAN I — DEMOKRASI DAN PEMERINTAHAN

Bab 1 Demokrasi di Malaysia: Antara Persaingan dan Perwakilan

Bab 2 Masyarakat Sivil dan Pendemokrasian

Bab 3 Michels dan Kecenderungan ke Arah Oligarki dalam Organisasi

Bab 4 Hubungan Transaksional: Mencabar Model Sistem dalam Analisis Politik Gabungan

Bab 5 Faktor Kejayaan dan Kegagalan Sistem Politik Persekutuan

BAHAGIAN II — FALSAFAH

Bab 6 Falsafah Politik: Daripada Tradisi Spekulatif kepada Pragmatisme

Bab 7 Realisme, Niccolo Machiavelli dan Al-Ghazali: Satu Perbandingan

BAHAGIAN III — HUBUNGAN ANTARABANGSA

Bab 8 Perkembangan Teoritis Hubungan Antarabangsa dalam Era Global

Bab 9 Pelbagai Pendekatan Liberalisme dalam Hubungan Antarabangsa

Bab 10 Teori Sistem Dunia Moden Wallerstein dalam Kajian Hubungan Antarabangsa Kontemporari

BAHAGIAN IV — PENTADBIRAN AWAM

Bab 11 Pengurusan Strategik

Bab 12 Pembangunan Institusi dan Pentadbiran di Malaysia

BAHAGIAN V — EKONOMI POLITIK

Bab 13 Ekonomi Politik Pembangunan: Teori Strukturalis dan Kritikan Neoliberal

Bab 14 Teori Masyarakat Industri

Indeks

Weight0.446 kg
Dimensions22.7 × 15.1 × 1.6 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.