Politik Suara Rakyat

ISHAK SAAT adalah Profesor di Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Penerbit USM (Cetakan Semula, 2014)
164 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM36.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 8 points worth of RM0.80!
ISBN: 9789838615860 Product ID: 24820 Subjects: , , Sub-subjects: , , , ,

Politik Suara Rakyat menyingkap peranan akhbar Suara Rakyat dalam pertubuhan politik. Ia memaparkan pengaruh akhbar yang digunakan secara maksimum demi menjayakan matlamat perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Dalam buku ini turut menyingkap sejarah penubuhan, perkembangan dan sumbangannya terhadap usaha untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu tentang kepentingan berpolitik. Melalui akhbar Suara Rakyat juga dipaparkan tentang caturan politik pelbagai kaum di Tanah Melayu demi untuk berkerajaan sendiri dan seterusnya memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Sejarah akhbar Melayu dan kepimpinan politik Melayu memperlihatkan kepelbagaian aliran pemikiran pemimpin dalam masyarakat Melayu. Lantaran itu, ia melahirkan kelompok politik yang berjuang untuk mendapatkan kuasa. Buku ini mengandungi perbicaraan tentang persoalan latar belakang akhbar Melayu dan politik Melayu di Perak. Malah buku ini turut mengupas tentang kebangkitan kesedaran berpolitik bangsa Melayu dan impaknya terhadap masyarakat serta suasana politik di Tanah Melayu. Seterusnya buku ini turut membicarakan tentang kepimpinan politik Melayu yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tribulasi seperti ditangkap dan dipenjarakan; hatta, ditohmah bangsa sendiri dengan tuduhan pengkhianat dan komunis.

Kesungguhan dan kesediaan mereka ini untuk bergiat cergas dalam arena politik demi masa hadapan anak bangsa harus dikaji dan diangkat sebagai sebuah pengorbanan yang sukar dicari ganti. Namun selepas merdeka sumbangan dan pengorbanan mereka ini seolah-olah dilupakan. Justeru, buku ini cuba memaparkan peranan dan sumbangan golongan ini agar diberikan satu pentafsiran dan penilaian semula terhadap perjuangan orang Melayu pada era kesedaran dan kebangkitan seterusnya memperjuangkan kemerdekaan di Tanah Melayu.

Keberanian akhbar Suara Rakyat dan Voice of The People dalam mengkritik golongan elit politik Melayu dan para bangsawan Melayu dilihat sebagai radikal dan berani. Keberanian ini disebabkan oleh pemimpin yang menerajui akhbar tersebut. Suara Rakyatmerupakan sebuah akhbar yang berani memaparkan isu-isu hangat tentang politik orang Melayu pada waktu itu khususnya tentang masyarakat Melayu yang terlena dibuai oleh sistem penjajahan yang menguasai keseluruhan kehidupan mereka.

Lantaran itu, buku ini cuba menyingkap dan menggambarkan perjalanan sejarah Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Buku ini juga bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada seluruh masyarakat berbilang kaum di Malaysia tentang betapa pentingnya menghargai jasa dan sumbangan mereka yang terdahulu yang berperanan untuk melahirkan Malaysia hari ini. Malah, buku ini juga cuba menanamkan kesedaran dalam kalangan rakyat tentang kepentingan maklumat sejarah dan seterusnya generasi baharu agar dapat menghargai warisan sejarah negara yang dimiliki oleh Malaysia.

Akhirnya, Politik Suara Rakyat dilihat cuba memberikan satu bentuk pengadilan moral yang lebih terbuka dan adil terhadap perjuangan yang pernah dilalui oleh golongan radikal Melayu terdahulu yang pernah mewarnai sejarah politik di Malaysia sebelum dan selepas merdeka. Perjuangan, pengorbanan dan sumbangan mereka ini tidak dapat dinafikan begitu sahaja kerana mereka juga merupakan pejuang kemerdekaan.

Prakata
Singkatan

BAB 1 — Pendahuluan

BAB 2 — Perjuangan Suara Rakyat dan Politik Melayu Perak

BAB 3 — Akhbar dan Kesedaran Politik Melayu

BAB 4 — Pengaruh Politik Dunia kepada Gerakan Politik Melayu

BAB 5 — Hala Tuju Politik Melayu

BAB 6 — Impak Perjuangan Suara Rakyat

BAB 7 — Kesimpulan

Lampiran
Rujukan
Bibliografi
Indeks

Weight 0.307 kg
Dimensions 24 × 16.5 × 1.1 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Politik Suara Rakyat”

Your email address will not be published. Required fields are marked *