Politik Suloh Malaya, 1946-1947

ARBA’AHAZURA SUPA’AT adalah guru di Sekolah Kebangsaan Parit Mahang, Jeram, Selangor.

ISHAK SAAT adalah Profesor di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Penerbit UTHM (Cetakan Pertama, 2018)
143 halaman termasuk Bbiliografi dan Indeks

RM25.00

In stock

If you purchase this book you will earn 5 reward points!

Politik Suloh Malaya, 1946-1947 menyingkap tentang peranan yang dimainkan oleh sebuah majalah politik Melayu bagi melahirkan kesedaran untuk menyatukan bangsa Melayu ke arah kemerdekaan Tanah Melayu. Penulisan ini juga turut memaparkan tentang sejarah penerbitan dan perkembangan Suloh Malaya sebagai majalah rasmi Parti Kebangsaaan Melayu Malaya yang mempunyai misi dan objektif tertentu dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

Penulis menumpukan penelitian terhadap perjuangan PKMM dan pandangan tokoh-tokoh pengarang yang mencetuskan kesedaran minda ke arah perjuangan orang Melayu serta mengupas isu-isu semasa yang ingin disampaikan oleh para pengarang majalah Suloh Malaya kepada para pembaca khususnya masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu. Malahan kandungan buku ini turut memaparkan tentang Suloh Malaya yang banyak memuatkan corak kejayaan Indonesia berjuang mencapai kemerdekaan sebagai satu usaha yang digunakan bagi meningkatkan semangat berjuang memerdekakan Tanah Melayu dan memberikan ruang yang cukup baik untuk golongan radikal menyampaikan kritikan terhadap penjajah, di samping menjadi api kekuatan ke arah pergerakan perjuangan PKMM sehingga tahun 1947.

Politik Suloh Malaya, 1946-1947 meletakkan Suloh Malaya sebagai wadah penting PKMM dalam visinya untuk membangkitkan isu-isu politik kepada masyarakat. Peristiwa yang berkaitan dengan perjuangan masyarakat yang berlaku di dalam atau luar negeri perlu diketahui oleh masyarakat untuk diambil iktibar. Oleh itu, penyampaian maklumat yang betul melalui majalah ini adalah sangat penting kerana masyarakat akan memperoleh banyak faedah apabila membaca Suloh Malaya. Selain daripada mengetahui berita semasa atau perkembangan isu-isu semasa, masyarakat akan dapat belajar berfikir dan melahirkan kesedaran menerusi isu-isu yang dibincangkan, dikritik dan diulas oleh pengarang atau pembaca yang berpendidikan.

Pengarang berjaya mengupas tentang faktor-faktor yang membawa kepada terbitnya Suloh Malaya dalam perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Penelitian dan pengkajian tentang isu-isu yang berkaitan politik, ekonomi dan sosial menerusi paparan berita semasa sama ada dari luar ataupun dalam negeri, hasil-hasil karya penulis dan kritikan-kritikan ketidakpuasan hati terhadap pemerintahan British dikatakan sebagai pemberi mesej yang berharga untuk mencanai minda masyarakat bagi memenuhi tuntutan perjuangan kebebasan dan hak mutlak masyarakat di Tanah Melayu dapat dicapai.

Kelantangan suara Suloh Malaya sebagai wadah perantara komunikasi PKMM kepada rakyat menjelaskan ianya sebagai media pemberi maklumat kepada para pembaca khususnya dalam konteks melahirkan kesedaran orang Melayu agar berfikir dan bertindak menentang penjajahan.

Weight 0.252 kg
Dimensions 22.5 × 15.4 × 0.6 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Politik Suloh Malaya, 1946-1947”

Your email address will not be published. Required fields are marked *