Out of stock

Potpuri: Budaya, Sastera dan Seni (Jilid I)

ANWAR RIDHWAN (b 1949 – ) merupakan Sasterawan Negara Malaysia ke-10 dan juga merupakan seorang penulis novel Malaysia.

ITBM (Cetakan Pertama, 2016)
282 halaman

RM33.00

Out of stock

Potpuri: Budaya, Sastera dan Seni membawa pembaca memasuki medan pembicaraan budaya dan seni, serta cabang-cabangnya seperti bahasa, dunia perbukuan, kesusasteraan, tokoh, dan sebagainya menerusi tulisan Anwar Ridhwan. Penulis mengungkapkan beberapa retrospeksi serta pengamatan semasa, termasuk peranan teknologi maklumat dan komunikasi, agar bangsa kita melangkah maju ke hadapan dengan memiliki keampuhan jati diri. Dalam Jilid I, Anwar Ridhwan mengumpulkan tulisannya dalam dua bahagian, iaitu Apresiasi Karyawan dan Bahasa Melayu: Perkembangan dan Cabaran.

Siri jilid Potpuri menghimpunkan lebih kurang 140 judul artikel atau makalah, yang sebahagiannya telah dicantumkan dengan artikel atau makalah yang mempunyai skop pembicaraan yang sama, membentuk kira-kira 130 judul dalam buku ini, yang dikelompokkan dalam delapan bahagian. Bagi menyesuaikan penerbitan semula tulisan-tulisan tersebut dalam buku ini, ada artikel atau makalah yang perlu dipinda atau diubah suai judul asalnya.

Penghargaan dan Catatan Penulis

BAHAGIAN 1: Apresiasi Karyawan

A. Bakar Hamid dan Pengilmuan Sastera Moden
A. Rahim Kajai dan Legasi Kewartawanannya
A. Samad Ahmad — “Tak Melayu Hilang di Dunia”
A. Samad Ismail — Perwatakan Unik Bayangi Sumbangan
A. Samad Said: Kredo Seorang Septuagenarian
Abdullah Hussain dan Interloknya
Abdullah Munsyi yang Kontroversial
Ahmad Murad Nasaruddin dengan Karya Zaman Duka
Anuar Othman Mencari Hidayah di Singapura
Arena Wati: Dua Manuskrip Novel Terakhir
Asraf Pencetus Idea Penyatuan Ejaan Melayu-Indonesia
Azizi Haji Abdullah sebagai Pengarang dan Sangeetha
Baha Zain: Kumpulan Puisi Terpilih
Hamzah Hamdani Merenung Borneo
Hassan Ahmad dan Beberapa Jasanya
Jins Shamsudin Penerima Terakhir Anugerah Seni?
Latiff Mohidin, Catatan, dan Catatan Dua Baris
Lee Tan Luck dengan Cinta Seri Aur
Malim Ghozali Pk, Novel, dan Kumpulan Cerpennya
Nisah Haron dan Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus
Roslan Sharif dengan Dua Kumpulan Puisinya
Shahnon Ahmad, Sastera, Budaya, dan Media
Usman Awang: Pengarang dan Pemikirannya
Victor Pogadaev Bawa Cinta dari Rusia
Wardah Munirah sebagai Kritikawan Muda
William Golding pada Sebuah Memorabilia
Yap Sin Tian Ketengahkan Pemikiran Tionghoa
Zurinah Hassan Penerima Anugerah Sunthorn Phu

BAHAGIAN 2: Bahasa Melayu: Perkembangan dan Cabaran

Bulan Bahasa Kebangsaan, Lagi?
Imperalisme Bahasa dan Kesannya terhadap Bahasa Melayu
Luka Bangsa, Luka Bahasa
Mengenal Budaya dalam Proses Pembelajaran Bahasa
Pekerjaan dan Bahasa Inggeris
PPPM: Kecewa PPSMI Terus Dibatalkan?
Rap Pasar Merosakkan Bahasa Melayu
Rasa Bangga Bahasa
Rebut Peluang Kedua

Weight0.437 kg
Dimensions22.8 × 15 × 1.6 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.