Prasejarah dan Protosejarah Tanah Melayu

NIK HASSAN SHUHAIMI NIK ABDUL RAHMAN adalah Profesor Emeritus, ahli arkeologi dan sejarawan ulung di Malaysia. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana (1976) dan Ph.D. (1984) di University of London. Beliau juga Yang Dipertua Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia sejak awal penubuhannya sehingga 2017. Penyelidikan beliau lebih banyak mengkhusus kepada arkeologi dan warisan Zaman Prasejarah sehingga Zaman Sejarah di alam Melayu. Selain itu, beliau juga terlibat dalam penyelidikan yang khusus kepada objek budaya dan warisan serta pelancongan yang berasaskan warisan. Beliau telah menerbitkan puluhan buah buku sama ada hasil karyanya sendiri ataupun karya suntingan. Antara buku terbitan beliau termasuklah Antiquities of Bujang Valley (1990), Arkeologi, Seni dan Kerajaan Kuno di Sumatera (1992), Warisan Lembah Bujang (1992), Beruas: Kerajaan Kuno di Perak (1994), Arkeologi Pralslam Pesisir Selat Melaka Evolusi atau Migrasi (1999), Zaman Klasik Di Nusantara: Tumpuan Kajian Di Sumatera (2008) dan banyak lagi.

ZULISKANDAR RAMLI adalah Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Penyelidikan beliau lebih banyak mengkhusus kepada arkeologi dan arkeometri Zaman Prasejarah dan Protosejarah di alam Melayu. Selain itu, beliau juga terlibat dalam penyelidikan yang khusus kepada objek budaya dan warisan serta pelancongan yang berasaskan warisan. Antara kaya penerbitan beliau termasuklah Zaman Protosejarah di Malaysia: Satu Pengenalan (ATMA, 2012), Alam Melayu Satu Pengenalan (2011), Isu-isu pentarikhan tapak dan artifak budaya alam Melayu (2012), Glosari Alam Melayu (2014), Warisan Kelantan XXXII (2013), Warisan Kelantan XXXIII (2014) dan Warisan Kelantan XXXIV (2015).

DBP (Cetakan Pertama 2018)
597 halaman

RM60.00

In stock

Prasejarah dan Protosejarah Tanah Melayu secara khusus menyingkap Zaman Prasejarah dan Zaman Protosejarah di Malaysia yang penulisannya berdasarkan kronologi sejarah dan juga menyentuh tentang perkembangan budaya dan evolusi teknologi pada zaman tersebut. Penerbitan Prasejarah dan Protosejarah Tanah Melayu bertujuan mewujudkan siri buku sejarah Malaysia atau lebih dikenali sebagai Sejarah Nasional Malaysia.

Pada asasnya pensejarahan negara kita Malaysia telah dirangka mengikut kronologi zaman yang telah dibahagikan kepada tiga zaman yang utama, iaitu Zaman Prasejarah, Zaman Protosejarah dan Zaman Sejarah.

Zaman Prasejarah dibahagikan kepada empat, iaitu Paleolitik (Paleolitik Awal dan Paleolin akhir), Haobinhian (Mesolitik), Neolitik dan Zaman Logam (Gangsa dan Besi). Zaman Prasejarah ialah zaman manusia belum mengenal tulisan dan tinggalan masyarakat Zaman Prasejarah ini hanya boleh dibuktikan secara penyelidikan arkeologi yang juga merupakan salah satu cabang bidang sejarah dan ada juga sarjana yang menganggap bahawa arkeologi ini merupakan cabang bidang antropologi.

Pendapat yang menyatakan bahawa arkeologi ialah antropologi merupakan satu pendapat yang kurang tepat kerana untuk merekonstruksi semula Zaman Protosejarah ahli arkeologi telah menggunakan sumber-sumber bertulis sama ada dari India, China, Arab-Parsi, Asia Tenggara dan tempatan. Sumber juga boleh diperoleh daripada inskripsi-inskripsi yang didapati daripada survei dan juga ekskavasi arkeologi yang dijalankan.

Penyelidikan arkeologi Zaman Prasejarah di Malaysia telah menemukan pelbagai jumpaan yang penting terutamanya yang melibatkan asal usul Melayu. Data arkeologi telah mendedahkan bahawa orang Melayu bukan berasal dari Yunan ataupun Taiwan tetapi berasal dari Tanah Sunda. Evolusi dari segi budaya telah pun berlaku sejak Zaman Paleolitik lagi.

Jumpaan rangka atau tengkorak manusia di Malaysia telah direkodkan di beberapa tempat dan jumpaan yang paling tua ialah jumpaan tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak yang berdasarkan pentarikhan mutlak umurnya lebih kurang 40 000 tahun yang lalu. Di kawasan lain juga telah ditemui beberapa rangka manusia yang berumur sekitar 10 000 tahun hingga 16 000 tahun yang lalu, antaranya termasuklah jumpaan di Gua Kepah, Seberang Perai, Gua Cha di Kelantan, Gua Gunung Runtuh di Lenggong dan Gua Bewah di Tasik Kenyir.

Berdasarkan artifak yang ditemui terutamanya tinggalan alat batu, didapati bahawa kawasan di Lenggong, Perak dan Gua Tengkorak di Sabah telah didiami oleh manusia sejak 200,000 tahun yang lalu. Kajian terkini yang dijalankan di Bukit Bunuh pula telah mendapati bahawa alat batu yang digunakan berusia sekitar 1.83 juta tahun yang lalu, walaupun data ini masih dipertikaikan oleh para sarjana yang terlibat dengan penyelidikan arkeologi terutamanya penyelidikan prasejarah. Hal ini disebabkan jika berlakunya impak meteorit, sudah pasti alat batu yang ada ketika berlakunya impak tersebut tidak dalam keadaan fizikal yang masih sempurna.

Pentarikhan kronometrik dan pentarikhan relatif yang diperoleh hasil daripada penyelidikan arkeologi di tapak prasejarah membolehkan sarjana merangka kronologi zaman secara terpimpin dengan menggunakan tarikh yang ada. Penyelidikan arkeologi Zaman Prasejarah bukan sahaja dijalankan untuk mendapatkan pentarikhan bagi sesebuah tapak tetapi yang lebih penting untuk dikaji ialah budayanya dan evolusi teknologi masyarakat tersebut. Evolusi dari segi budaya dapat dilihat dengan jelas berlaku pada setiap zaman dan begitu juga dengan evolusi sains dan teknologinya.

Teknologi pembuatan alat batu, misalnya didapati mengalami evolusi dari Zaman Paleolitik sehingga Zaman Logam, daripada saiz yang besar kepada saiz yang lebih kecil dan cara bagaimana alat batu itu direpeh untuk menjadi tajam dan bagaimana alat batu itu dilicinkan Evolusi sains dan teknologi membolehkan manusia mencipta tembikar tanah, alat perhiasan diri dan mula mengamalkan kegiatan bercucuk tanam dan menternak haiwan serta menghasilkan peralatan daripada logam.

Kepelbagaian cara pengebumian mayat masyamkal prasejarah juga amat menarik apabila evolusinya dapat dilihat dari segi cara bagaimana tataletak mayat tersebut daripada pengebumian melipat, pengebumian melunjur, kubur kepingan batu, pengebumian dalam sampan, budaya Megalitik dan sebagainya yang ada antara cara pengebumian tersebut masih diamalkan oleh masyarakat Orang Asli dan penduduk peribumi di Sabah dan Sarawak sehingga hari ini.

Sebelum ini, ramai yang menganggap bahawa sejarah kita hanya bermula apabila Melaka telah dibuka oleh Parameswara pada tahun 1262 dan telah menjadi sebuah empayar Melayu yang terkenal di seluruh dunia, terutamanya tentang kesibukan pelabuhan entrepotnya. Namun begitu, tanggapan yang mengatakan bahawa sejarah kita hanya bermula ketika Melaka dibuka merupakan satu tanggapan yang salah dan kurang tepat.

Kelangsungan orang Melayu di Nusantara ini telah bermula sejak Zaman Prasejarah lagi dan melalui evolusi sosiobudaya serta sains dan teknologinya, orang Melayu itu berkembang maju sejajar dengan perubahan yang mereka terima dan aplikasikan dalam corak kehidupan mereka.

Perubahan besar ini boleh dilihat pada satu zaman yang dikenali sebagai Zaman Protosejarah atau Zaman Kerajaan-kerajaan awal sebelum Islam. Di Nusantara ini, kerajaan-kerajaan Melayu awal sudah pun bermula sejak awal abad Masihi lagi. jika berdasarkan tahun Saka, kerajaan Melayu itu sudah pun wujud pada tahun 78 M.

Pada Zaman Protosejarah, masyarakat di Nusantara amnya telah mengenal sistem tulisan yang tulisan tersebut dalam bentuk aksara kuno seperti aksara dari India Selatan, Pali, Pallava, Cam dan Kawi. Pada zaman ini juga aktiviti perdagangan terutamanya perdagangan antarabangsa menjadi sangat aktif.

Hubungan awal antara pedagang Melayu dengan pedagang India sebelum abad Masihi lagi membolehkan kawasan di Nusantara ini terkenal dengan nama Suvarnabhumi (Semenanjung Tanah Melayu), Suvarnadhipa, Malayadvipa (Sumatera), Yavadvipa Gawa) dan Karpuradvipa (Borneo).

Proses akulturasi budaya India dan transformasi ilmu masyarakat tempatan menyebabkan pemimpin tempatan menganth taraf mereka menjadi raja dan pengaruh agama Buddha dan Hindu diterima tetapi tidak secara langsung kerana ia disesuaikan dengan amalan tradisi daripada nenek moyang mereka yang kuat mengamalkan animisme.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.930 kg
Dimensions 15.1 × 3.2 × 22.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789834915421

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Prasejarah dan Protosejarah Tanah Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…