Prinsip dan Amalan dalam Perubatan Melayu

HALIZA MOHD. RIJI adalah seorang penyelidik dalam bidang antropologi perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Sejak tahun 1986 beliau terlibat dengan penyelidikan tentang bomoh, dukun dan bidan dan telah banyak menulis dan membentangkan kertas kerja berkaitan status dan pembangunan perubatan tradisional Melayu.

Penerbit UM (Cetakan kedua, 2005)
255 halaman, termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

In stock

Prinsip dan Amalan dalam Perubatan Melayu adalah hasil kajian mendalam yang dijalankan di Kedah dan Perlis dan penglibatan pengkaji selama lebih 15 tahun dengan bomoh, dukun dan bidan di Malaysia. Tanpa menyelidiki sistem perubatan Melayu secara mendalam sukar bagi seseorang untuk memahami ciri-ciri sebenar perbomohan dan perdukunan. Kecenderungan untuk mempercayai kepada penyembuhan segera sering menemukan seseorang dengan kekecewaan dan ini menjadi asas untuk tidak mempercayai bomoh sama sekali. Hakikatnya ialah perubatan Melayu mengandungi ciri-ciri yang membezakan bomoh tulen dan bomoh komersil.

Perubatan Melayu tidak dapat dipisahkan daripada budaya Melayu dan tidak hilang dalam peredaran zaman. Perubatan ini diperlukan oleh setiap lapisan masyarakat. Namun perkembangan perubatan Melayu tidak seiring dengan perubatan tradisional yang lain dan perubatan alternatif yang terdapat masa ini. Buku ini mengemukakan asas dan falsafah yang melandasi amalan perubatan Melayu sebenar. Dengan terbitnya buku ini, banyak kekeliruan tentang perubatan Melayu dapat dijelaskan dan difahami.

Perubatan Melayu sering menarik minat pengkaji dan pengunjung dari luar negara. Pengunjung atau pelawat yang diperlihatkan kepada bomoh, dukun atau bidan mentafsirkan amalan menjual akar-akar kayu, mengurut, dan membekam sebagai kepercayaan dan perlakuan dalam masyarakat tradisional. Manakala pengkaji budaya melihat ini sebagai sistem penjagaan kesihatan dan perubatan yang dipusakai dari masa lampau. Pihak lain pula mempunyai persepsi yang berlainan, namun kebanyakannya merujuk kepada kepercayaan dan amalan karut yang tidak mempunyai asas rasional.

Tujuan utama Prinsip dan Amalan dalam Perubatan Melayu ialah untuk membentangkan perubatan Melayu sebagai sebuah sistem budaya yang didasari oleh kepercayaan, ilmu dan amalan yang berhubung dengan kesejahteraan hidup dan dengan penyakit dan keuzuran. Ia juga memperlihatkan amalan yang mempunyai asas-asas pemikiran rasional serta falsafah yang bersandarkan Islam dan pengalaman pengamal. Tujuan kedua ialah untuk menghuraikan tentang konsep kesihatan, penyakit dan keuzuran dalam masyarakat Melayu. Sekali gus ia memperlihatkan paradigma kesihatan daripada perspektif budaya berbanding perspektif bioperubatan dan untuk mengurangkan kekeliruan di kalangan profesional perubatan dan masyarakat.

Selain itu buku ini juga bertujuan menambah bilangan penulisan dalam bidang perubatan Melayu memandangkan masih banyak aspek yang belum diselidiki.

Prinsip dan Amalan dalam Perubatan Melayu boleh dimanfaatkan oleh semua pihak. Ia boleh dijadikan sumber rujukan penyelidik. Di kalangan mereka yang ingin mengetahui khasiat ubatan dalam tumbuhan yang digunakan dalam rawatan boleh menggunakan tumbuhan yang dinyatakan dalam buku ini. Apa yang penting ialah sistem perubatan Melayu wujud untuk dimanfaatkan bagi mereka yang memerlukan dan sekaligus menyumbang ke arah penjagaan dan promosi kesihatan semua lapisan masyarakat.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.365 kg
Dimensions 21.5 × 13.9 × 1.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789831000991

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Prinsip dan Amalan dalam Perubatan Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.