Puisi dari Penjara / Poems from Prison

SAID ZAHARI (1928–2016) adalah bekas ketua editor akhbar Utusan Melayu. Pada 1961, dia memimpin wartawan mogok kerana membantah tindakan UMNO menguasai Utusan Melayu.

Disunting oleh ABDUL RAHMAN EMBONG

Pusat Sejarah Rakyat (Edisi Baharu, 2022)
316 halaman

RM50.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 10 reward points!
ISBN: 9789672683407 Product ID: 30716 Category: Sub-subjects: , , , ,

Puisi dari Penjara (Poems from Prison) adalah sebuah antologi puisi yang mengandungi 72 buah karya Said Zahari, termasuklah 17 buah puisi asal dalam Edisi Pertama yang terbit pada tahun 1973. Mungkin para pembaca dapat mengesan jarak masa antara edisi pertama Puisi Dari Penjara yang terbit pada 1973 (mengandungi 17 buah puisi) dengan penerbitan edisi baharu pada tahun 2022 ialah kira-kira 50 tahun. Edisi baharu mengandungi semua 72 buah puisi Said Zahari yang ditulis semasa dalam penjara dari 1963 hingga 1979. Jarak itu sangat lama. Mengapa demikian? Walhal kumpulan puisi ini sudah siap ditulis oleh Pak Said semasa dalam penjara lagi.

Inilah masalah yang dihadapi oleh setiap penulis atau sesiapa juga. Pada zaman sebelum komputer dan internet, menyimpan secara teratur bahan-bahan yang ditulis ataupun untuk digunakan dalam tulisan serta bahan-bahan lain adalah suatu cabaran besar. Bagi orang-orang yang pernah berada dalam tahanan ataupun mereka yang terpaksa berpindah-pindah disebabkan keselamatan, cabaran ini lebih besar lagi. Ini kerang sebahagian bahan arkibnya terpaksa disimpan oleh keluarga dan juga teman-teman rapatnya bahkan ada yang hilang begitu sahaja.

Begitulah yang terjadi pada koleksi puisi Said Zahari dan juga beberapa bahan beliau yang lain. Seperti dinyatakan oleh Syed Husin Ali dalam Kata Aluan untuk antologi ini, kumpulan puisi ini sudah berada di tangan Usman Awang sejak akhir tahun 1970-an tetapi tidak diterbitkan atas sebab-sebab tertentu. Usman Awang meninggal dunia pada 29 November 2001. Tidak diketahui sama ada koleksi puisi ini sudah beralih tangan ataupun terperap dalam kumpulan buku-buku dan bahan-bahan tulisan beliau dalam perpustakaan peribadinya.

Menurut Rahman Embong, penerbitan antologi Puisi Dari Penjara edisi baharu ini sudah lama disebut-sebut oleh Said Zahari semasa beliau sihat dan lebih-lebih lagi setelah beliau jatuh sakit dan uzur. Dalam tempoh Rahman Embong membantu beliau sejak pertengahan 1990-an untuk menyiapkan trilogi memoirnya khususnya jilid ketiga, iaitu Suara Bicara, yang terbit pada tahun 2015, Said Zahari beberapa kali menyatakan hasrat itu. Beliau ingin melihat antologi puisi ini diterbitkan secara bersama, ataupun menyusul memoirnya yang terakhir itu.

Walau bagaimanapun, pada masa itu, dengan usia yang semakin meningkat, keadaan kesihatan yang semakin uzur dap daya ingatannya yang agak terjejas, beliau tidak dapat mencari ataupun mengingat di mana kumpulan puisinya itu tersimpan Said Zahari juga tidak mengingati kepada siapa ia pernah diberikan. Malah Rahman Embong juga sering bertanya kepada anak-anak Said Zahari, iaitu Roesman dan Rismawati tentang puisi itu. Mereka juga agak buntu.

Setelah Said Zahari meninggal dunia pada 12 April 2016, usaha Pusat Sejarah Rakyat untuk mencari kumpulan puisi ini menjadi lebih rancak, lebih-lebih lagi penerbitannya merupakan antara wasiat terakhir beliau. Mujurlah akhirnya mereka mendapat tahu ada seorang kawan seperjuangan, Chan Yong Sin, yang mempunyai sesalinan puisi itu yang diambil dari Said Zahari. Chan Yong Sin telah menterjemah puisi-puisi itu ke dalam bahasa Tionghua dan menerbitkannya pada 2016. Setelah belian diberitahu bahawa anak-anak Said Zahari dan Pusat Sejarah Rakyat sedang mencari puisi dalam bahasa Melayu itu, beliau telah menyerahkan sesalinan puisi itu pada 10 Jun 2020 kepada pihak keluarga Said Zahari.

Setelah mendapat kembali puisi-puisi itu, Roesman Said, mewakili adik-adiknya, telah mengutuskan warkah serta harapan keluarga kepada Syed Husin Ali selaku Pengerusi Pusat Sejarah Rakyat pada 13 Jun 2020. Beliau meminta agar PSR “menyimpan karya-karya ini dan seterusnya mengusahakan agar puisi-puisi tersebut dapat diterbitkan … sebagai satu bentuk perjuangan yang berterusan yang dapat meneruskan legasi” Said Zahari.

Mengumpul, menyimpan dan menerbitkan bahan-bahas sejarah adalah objektif utama Pusat Sejarah Rakyat. Usaha untuk menerbitkan antologi Puisi Dari Penjara edisi baharu ini adalah selaras dengan objektif ini. Justeru PSR mengambi keputusan untuk menerbitkan antologi ini dalam dwibahasa Melayu dan Inggeris bersempena dengan ulang tahun ke-59 Operation Coldstore yang dilancarkan di Singapura pada 7 Februari 1963.

Prakata / Preface
Kata Aluan / Message – Dr Syed Husin Ali
Kata Pengantar / Foreword – Dr M.K. Rajakumar
Kata Pengantar / Foreword – Hersri Setiawan
Kata Pengantar / Foreword – Mantan Aktivis Pelajar di United Kingdom
Pendahuluan / Introduction – Abdul Rahman Embong

BAHAGIAN I / PART I
Puisi dari Penjara (edisi pertama) / Poems from Prison (first edition)

SAJAK DALAM BAHASA MELAYU DENGAN TERJEMAHAN / POEMS IN MALAY WITH TRANSLATIONS
1. Azam / Resolution
2. Jeritan / A Cry
3. “Anti-Nasional” / “Anti-National”
4. Jalannya Sejarah / The Course of History
5. Petualang / Opportunist

SAJAK DALAM BAHASA INGGERIS DENGAN TERJEMAHAN / POEMS IN ENGLISH WITH TRANSLATIONS
6. Kelahiran Tanpa Kebebasan / Born Unfree
7. Penjara Ngeri / Dungeon of Horror
8. Talibarut Pengecut / Pusillanimous Lackey
9. Kesedihan / Sadness
10. Gadis Berpakaian Putih / Lassin White
11. Lamunan / Nostalgia
12. Tangan-tangan Yang Tersembunyi / Hidden Hands
13. “Selamat Hari Lahir” / “Happy Birthday”
14. Air Mata / Tears
15. Optimisme / Optimism
16. Keriangan / Joy
17. Perutusan Hari Lahir / Birthday Message

BAHAGIAN II / PART II
Puisi Dari Penjara (edisi baharu) / Poems From Prison (new edition)
18. Penindasan / Oppression
19. Bara / Embers
20. Untuk Tongkat dan Kawan-kawan / For Tongkat and Friends
21. Misteri / Mystery
22. Waktu / Time
23. Tembok Bisu / Silent Wall
24. Dalam Tembok Penjara / Within Prison Walls
25. Mengapa Aku Berpuisi / Why I Write Poetry
26. Cahaya / Light
27. Seribu Keluhan / A Thousand Laments
28. Kenangan Lama / Old Memories
29. Dialektika / Dialectics
30. Nikmatilah Semuanya / Savour It All
31. Lagu Rakyat / Song of the People (Song of A Struggle)
32. Saat Penentu / The Defining Moment
33. Uncle Ho / Uncle Ho
34. Penjara / Prison
35. Hidup dan Mati / Life and Death
36. Keyakinan / Confidence
37. Patriot Indocina / Indochinese Patriots
38. Hujan / Rain
39. Tekad Baru / New Resolve
40. Rindu Satu Dekad / A Decade of Longing
41. Duri dan Api / Thorn and Fire
42. Persahabatan / Friendship
43. Optimis / Optimist
44. Ulam-ulam Hidup / Spices of Life
45. Pantun / Pantun
46. Kebebasan / Freedom
47. Mengenal Bakti / Recognising Deed
48. Kesedihan / Sorrow
49. Tahun ke-45 / The 45th Year
50. Darah dan Air Mata / Blood and Tears
51. Sastera untuk Apa / Literatures Purpose
52. Retak Rasa / Fractured Feelings
53. Mimpi yang Berlainan / A Different Dream
54. Di Bumi Kebenaran, Di Garis Keadilan / On the Ground of Truth, On the Line of Justice
55. Pesimis / Pessimist
56. Selamat Hari Raya / Selamat Hari Raya
57. Mimpi Bahagia dari Yang Tiada / Dreaming Up Joy from What Isn’t There
58. Cinta Abadi / Eternal Love
59. Satu Peristiwa / An Occasion
60. Satu Kisah Hidup / A Life Story
61. Mawar dan Kumbang / The Rose and Beetle
62. Rambut Sama Hitam / Hair Equally Black
63. Dan Satu Kesedaran / And A Realisation
64. Vietnam Bebas / Free Vietnam
65. Rindu Pada Suaramu / I Miss Your Voice
66. Bertekad Lagi / Renewed Resolve
67. Hujan Lebat Malam Tadi / Last Night’s Downpour
68. Puisi / Poetry
69. Ilusi dan Hakikat / Illusion and Fact
70. Tak Ada Lagi Tolak Ansur / There Is No More Compromise
71. Khabar Sedih / Sad News
72. Hari Jadi Sal / Sal’s Birthday

BAHAGIAN III / PART III
Puisi untuk Said Zahari / Poems Dedicated to Said Zahari

Salut untuk Said Zahari / Salute to Said Zahari
— Usman Awang

Dan Namanya Said / And His Name is Said
— Francis Khoo

buat said zahari / for said zahari
— Muhammad Haji Salleh

Tapol / Political Prisoner
— Hersri Setiawan

BAHAGIAN IV / PART IV
Ucapan Di Majlis Anugerah Wartawan Muda Said Zahari 2021 / Speeches at the Said Zahari Young Journalist Award Ceremony 2021

Ucapan Pengerusi Pusat Sejarah Rakyat Pada Majlis “Anugerah Wartawan Muda Said Zahari” / Speech by the Chairman of the People’s History Centre at the “Said Zahari Young Journalist Award” Ceremony
— Syed Husin Ali

Said Zahari (1928-2016), Pejuang Kebebasan Media Yang Hebat / Said Zahari (1928-2016), A Great Champion of Media Freedom
— Abdul Rahman Embong

Biodata Ringkas Said Zahari dan Gambar / Brief Biodata of Said Zahari and Photos

Weight 0.429 kg
Dimensions 21 × 14.8 × 1.7 cm
Author(s)

Edition

Language

,

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.