Out of stock

Pujangga Melayu

MOHD AFFANDI HASSAN adalah pelopor Gagasan Persuratan Baru.

Wadi al-Irfan (Cetakan Ketiga, 2019)
849 halaman termasuk Indeks

RM95.00

Out of stock

Product ID: 24182 Subject: Sub-subjects: ,

Pujangga Melayu adalah sebuah antologi novel persuratan karya Mohd Affandi Hassan yang membicarakan kehidupan manusia secara keseluruhan, meliputi aspek kerohanian, intelektual, dan beberapa persoalan penting dalam penulisan kreatif dan akademik. Pujangga Melayu menggabungkan empat novel, iaitu (i) Jejak Warisan, (ii) Citra Pujangga, (iii) Tampang Sasterawan, dan (iv) Wajah Pendeta.

Dalam cetakan kedua ini, dan sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah “novel persuratan”, pembaca diberi kemudahan untuk mengikuti pemikiran khususnya idea-idea yang dihujahkan sehingga menjadi sebuah wacana ilmiah. Oleh itu, novel ini dilengkapi dengan indeks yang menyenaraikan idea-idea penting yang mengisi “novel persuratan” ini. Penulis menamakan gaya dan teknik yang dipakai dalam penghasilan karya ini sebagai “stylization of ideas“, yang diterjemahkan “siratan makna”. Gaya penulisan ini, menurut penulis, mengutamakan “wacana” daripada “cerita”. Inilah gaya “novel persuratan” yang mengutamakan “pemikiran” serta “wacana”, dan tidak lagi hanyut dengan “cerita” sepertimana novel-novel Melayu selama ini, yang digagaskan menerusi Persuratan Baru.

Menurut penulis, gaya mirip dengan “stylization of ideas” ini juga kemudiannya dipakai oleh J. M. Coetzee (pemenang Hadiah Nobel tahun 2003) dalam novelnya bertajuk Elizabeth Costello yang terbit pada tahun 2003, iaitu enam tahun selepas penerbitan Pujangga Melayu.

Dunia kreatif Melayu telah hampir seratus tahun dikhayalkan dalam cerita berbentuk penglipur lara, seperti yang ditulis oleh para sasterawan negara. Pada hemat penulis, karya jenis penglipur lara yang berbentuk picisan ini telah gagal mencerdikkan pelajar Melayu yang mengambil mata pelajaran sastera. Malah, karya beginilah yang akhirnya membunuh sastera Melayu sebagai satu mata pelajaran.

Weight1.229 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 4 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.