Pura Taman: Warisan Penglipur Lara Jakun

MOHAMAD LUTHFI ABDUL RAHMAN adalah pensyarah di Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Kini, beliau meneruskan penyelidikan dalam bidang Sastera Lisan Melayu dan juga Sastera Lisan Orang Asli.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2014)
360 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM45.00

In stock

Pura Taman: Warisan Penglipur Lara Jakun adalah pengkisahan mengenai seorang tokoh pencerita dalam masyarakat Orang Ali daripada suku kaum Jakun di Kampung Sungai Mok, Kuala Rompin Pahang. Pura Taman yang berusia lebih 80 tahun sangat terkenal di kampung tersebut dan di sekitarnya sebagai seorang pencerita. Buku ini memfokuskan analisis terhadap cerita-cerita lisan Orang Asli Jakun ini pernah didengari oleh khalayak umum sebelum ini. Sebagai seorang pencerita lisan, beliau berjaya memberikan hiburan kepada khalayaknya melalui cerita yang menghiburkan, penuh dengan suspens, adegan pertarungan dan sebagainya. Secara tidak langsung masyarakat di kampung tersebut rasa terhibur dan dapat melepaskan keletihan mereka selepas seharian bekerja.

Peranan ini disebut oleh G.L koster sebagai ‘dalang’ iaitu merujuk kepada peranan seseorang pencerita yang mampu memberikan hiburan kepada khalayaknya. Namun, dalam tradisi tukang cerita Orang Asli ini agak berbeza daripada tukang cerita atau penglipur lara konvensional masyarakat Melayu. Selain itu, Pura Taman juga bercerita tentang kisah-kisah yang memerihalkan pengalaman silam mereka dan juga kisah yang mampu menaikkan semangat mereka untuk meneruskan hidup zaman komtemporari ini. Dengan kata lain, Pura Taman turut memberi faedah yang bermanfaat kepada khalayaknya. Peranan sebegini disebut oleh G.L. Koster sebagai ‘dagang’ itu sering dikaitkan dengan sastera bertulis, namun dalam konteks cerita dan kehidupan masyarakat Orang Asli peranan ‘dalang’ dan ‘dagang’ itu boleh wujud secara serentak dalam tradisi bercerita mereka.

Dunia penglipur lara adalah “dunia kata-kata”. Di sebalik amalan dan tradisi bercerita, penglipur lara dalam masyarakat Melayu berperanan sebagai penghibur kepada masyarakatnya yang ingin melepaskan lelah selepas bekerja seharian. Seumpama artis pada zaman sekarang, mereka juga dianggap sebagai ikon budaya dalam kehidupan masyarakat Melayu. Penyelidik menunjukkan bahawa dunia penglipur lara ini signifikan dalam budaya kehidupan masyarakat, manakala perbendaharaan cerita yang dimilikinya muncul sebagai salah satu khazanah kesusasteraan yang boleh dibanggakan. Malah, pada hari ini ada sesetengah cerita lisan itu telah menjadi sebahagian daripada sastera bertulis (bercetak) yang merupakan warisan kekal bagi masyarakat pewaris selain simbol jati diri pemiliknya bangsa Melayu.

Pengalaman sama turut dimiliki oleh masyarakat Orang Asli. Orang Asli turut memiliki penglipur lara yang berwibawa dalam menuturkan cerita lisan. Selari dengan pengalaman orang Melayu, penglipur lara Orang Asli ini juga berperanan sebagai penghibur kepada para pendengarnya dengan segala macam bentuk penceritaan yang menarik. Selain memberikan rasa gembira di hati pendengar, penglipur lara juga berkebolehan dalam menyampaikan kisah yang mengandungi unsur nasihat dan pengajaran yang boleh dijadikan panduan hidup sama ada dalam bentuk sakral mahupun sekular. Malah, sesetengah ceritanya itu seolah-olah tersimpan maksud yang mendalam, iaitu pancaran citra masyarakat berkenaan dari aspek impian dan keluh kesah jiwa mereka. Sebagai kelompok masyarakat “terpinggir”, cerita lisan juga dijadikan wadah luahan harapan dalam usaha meletakkan kedudukan mereka seiring dengan masyarakat lainnya yang lebih bernasib baik.

Weight0.533 kg
Dimensions23 × 15 × 1.8 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.