Putrajaya: Manifestasi Seni Bina Kuasa

NOOR AZIZI MOHD. ALI adalah Profesor Madya di Fakulti Rekabentuk Dan Senibina, Universiti Putra Malaysia.

MOHD. TAJUDDIN MOHD. RASDI adalah Profesor di School of Architecture and Built Environment, UCSI University.

DBP (Cetakan Pertama, 2021)
279 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

Putrajaya: Manifestasi Seni Bina Kuasa bertujuan mendidik masyarakat tentang konsep “seni bina kuasa politik” dengan memberikan pembacaan terhadap bahasa seni bina bangunan pentadbiran Melayu, kolonial dan Islam dalam sejarah. Kebanyakan bangunan silam dibina dalam konteks teknologi dan sistem pemerintahan waktu itu. Contohnya, sebuah istana Melayu dibina besar dan tinggi panggungnya kerana saiz tersebut amat perlu bagi fungsi perjumpaan dengan pegawai besar istana, perjumpaan dengan kumpulan pemerintah yang lain, perjumpaan keluarga yang besar dan penghunian pengawal peribadi. Istana dibina tinggi berpanggung bagi mempertahankan raja daripada diserang oleh musuh. Seni bina sedemikian tidak semestinya diikuti oleh sesebuah kerajaan yang menggunakan sistem demokrasi berparlimen kerana perdana menteri atau presiden tidak memegang kuasa seumur hidup, sebaliknya boleh diturunkan dengan kuasa undian rakyat atau wakil rakyat. Oleh itu, konsep pemerintahan sedemikian perlu mempunyai refleksi hubungan rakyat pemimpin yang lebih sempurna.

Buku ini melihat proses transformasi seni bina kuasa ke arah melahirkan seni bina yang beridentitikan Malaysia, berdasarkan aspek sejarah latar belakang, pengaruh dan kesan sistem politik. Kebanyakan penulisan sebelum ini merupakan penulisan persejarahan yang bersandarkan pengamatan atau pemerhatian terhadap nilai fizikal sesuatu seni bina. Dengan kata lain, penekanan diberikan lebih kepada persoalan bentuk daripada persoalan yang lebih utama, iaitu tentang nilai dan inti pati. Penulisan yang dilakukan oleh Mubin Sheppard dan Abdul Halim Nasir tentang seni bina Melayu ialah sebuah tulisan tipologi sejarah yang berdasarkan pemerhatian dari aspek fizikal. Pendekatan yang sama juga digunakan oleh Jacques Dumarcay dalam tulisan beliau tentang istana di Asia Tenggara walaupun penekanannya lebih kepada sejarah latar belakang pembinaannya. Penulisan sebegini tidak berupaya mengupas makna dan nilai di sebalik pembinaan sesebuah bangunan, apatah lagi memahami aspek spiritual pembinaannya. Pendekatan ini tidak menunjukkan pengembangan teori dan pemikiran bagi pembentukan nilai baharu untuk perancangan seni bina kuasa berjiwa kebangsaan.

Penulisan yang dilakukan oleh Lai Chee Kien pula lebih cenderung melihat bangunan dan seni bina pentadbiran dalam konteks kronologi sejarah. Genre penulisan sebegini juga adalah penting, terutama dalam mendalami dan memahami rentetan dan kesinambungan sejarah. Pun begitu, pendekatan sebegini terlalu subjektif dan tidak berupaya memberikan nilai yang objektif dalam menghasilkan pemikiran bagi membentuk dasar perancangan seni bina.

Oleh itu, Putrajaya: Manifestasi Seni Bina Kuasa akan mendokumentasikan pelbagai pendekatan, pemikiran dan idea dalam rangka pembentukan teori dan dasar perancangan seni bina berjiwa kebangsaan, khususnya bagi bangunan awam. Penulisan ini penting untuk mengisi kekosongan wacana identiti seni bina nasional yang menyeluruh bagi melahirkan satu semantik seni bina yang dinamik. Penulisan buku ini bertujuan melakukan analisis, sekali gus membuat dokumentasi terhadap pelbagai teori, falsafah, pemikiran, idea dan pendekatan seni bina demokrasi dalam lingkungan serta kerangka pembentukan teori dan pendekatan seni bina. Hal ini akan menyentuh dasar dan prinsip pembangunan seni bina yang sesuai dan selari dengan matlamat pembinaan identiti kebangsaan. Oleh itu, buku ini diharapkan dapat memberikan sumbangan terhadap pengembangan teori dan pemikiran seni bina yang lebih maju dan dinamik

Penulisan buku ini juga bertujuan menggalakkan perbincangan, perbahasan dan pengarahan tulisan lanjutan. Bukan bertujuan memberikan jawapan pasti atau mutlak terhadap permasalahan seni bina, tetapi sebagai satu landasan ke arah mencari kepelbagaian pendekatan dalam persoalan identiti seni bina itu sendiri.

Prakata
Pengenalan

BAB 1 DOKUMENTASI DAN KLASIFIKASI IDENTITI SENI BINA KEBANGSAAN

Penganalisisan Seni Bina
Kepentingan Dokumentasi terhadap Nilai dan Pemikiran Seni Bina Kuasa
Isu dalam Proses Dokumentasi dan Klasifikasi Seni Bina Kuasa
Pembinaan Budaya Bangsa
Kesimpulan

BAB 2 POLEMIK IDENTITI SENI BINA KEBANGSAAN DI MALAYSIA

Wawasan dan Idealisme Kebangsaan
Falsafah dan Pendekatan Pembinaan Identiti Kebangsaan
Seni Bina dan Makna
Penjelmaan Identiti Seni Bina Kebangsaan
Kesimpulan

BAB 3 WACANA SENI BINA KUASA

Pengertian Seni Bina Kuasa
Kefahaman, Aliran dan Ideologi dalam Seni Bina Kuasa
Pentafsiran dan Interpretasi terhadap Seni Bina Kuasa
Politik dan Seni Bina
Kuasa, Identiti dan Seni Bina
Seni Bina dan Identiti Kebangsaan
Seni Bina dan Kuasa
Kecelaruan Identiti
Pengaruh Luar dalam Seni Bina Malaysia
Memahami Seni Bina Tradisional
Pengaruh Barat dan Modenisasi Identiti Malaysia melalui Seni Bina
Islam dan Seni Bina
Kesenian dalam Islam
Pembinaan Identiti Bangsa melalui Seni Bina
Kuasa Sebuah Seni Bina
Kesimpulan

BAB 4 CORAK PERANCANGAN BANGUNAN PENTADBIRAN DI MALAYSIA

Bangunan Pentadbiran di Malaysia sebagai Satu Ekspresi dan Transformasi Budaya
Teori, Falsafah dan Pendekatan Pembinaan Istana Tradisional
Imej dan Reka Bentuk
Klasifikasi dan Interpretasi
Pengaruh Kolonial
Perbandingan Tipologi Istana
Kesimpulan

BAB 5 PUTRAJAYA DAN VERSAILLES SEBAGAI VISI PEMBINAAN IDENTITI

Pembangunan Putrajaya sebagai Sebuah Pusat Pentadbiran
Polemik Putrajaya ke Arah Pembinaan Identiti Malaysia
Tipologi Bangunan Putrajaya
Konsep Perancangan Landskap dan Ornamentasi
Corak Perancangan dan Seni Bina Istana Versailles
Kajian Tipologi
Kesimpulan

BAB 6 PERBANDINGAN SENI BINA KUASA ANTARA BANGUNAN

Imej dan Watak Putrajaya
Imej dan Watak Seni Bina Kuasa
Imej dan Watak Bangunan Pentadbiran di Malaysia
Imej dan Watak Versailles
Perbandingan Putrajaya, Bangunan Pentadbiran dan Perancangan Versailles
Kesimpulan

BAB 7 BAHASA SENI BINA DAN IDENTITI KUASA PUTRAJAYA

Identiti dan Seni Bina Kuasa
Sumbangan kepada Badan Ilmu

Bibliografi
Indeks

Weight0.387 kg
Dimensions21.4 × 14 × 1.6 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.