Qanun Pahang: Zaman Pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin Shah (1592-1614M)

ABDUL HALIM BIN MUHAMMAD adalah mantan Ketua Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Beliau mengakhiri perjawatan beliau di UKM sebagai pensyarah di Fakulti Undang-undang. Berpengalaman sebagai penasihat syariah di beberapa buah institusi korporat seperti Tabung Haji, Bank Negara Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Takaful Nasional dan Tabung Amanah Terengganu serta beberapa institusi seperti Bank Muamalat, Bank Rakyat, RHB dan Bank Pembangunan.

ASMA HAKIMAH AB HALIM adalah pensyarah di Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2019)
325 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

RM50.00

In stock

Qanun Pahang: Zaman Pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin Shah (1592-1614M) memaparkan sejarah perundangan Islam di Pahang, menerusi pelaksanaan Qanun Pahang yang digunakan pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin Shah dan merupakan lanjutan kepada Qanun Melaka. Kaedah perbandingan antara manuskrip Qanun Pahang yang wujud dan Qanun Melaka dibuat dalam menganalisis ketepatan kandungan Qanun ini. Namun, kandungannya lebih banyak dibuat perubahan dan penambahan jika dibandingkan dengan Qanun Melaka terutamanya penambahan dalam aspek keislamannya.

Penulisan Qanun Pahang: Zaman Pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin Shah (1592-1614M) amat signifikan untuk mengenalpasti khazanah bangsa yang amat bernilai dari peninggalan pemerintah dan ilmuwan masa lalu supaya dapat diketahui oleh generasi kemudian kerana manusia yang kenal sejarahnya akan cinta kepada agama, bangsa dan negaranya serta dapat membina sahsiah dirinya. Selain itu, beberapa kesilapan berkaitan fakta dan kefahaman serta bacaan terhadap istilah Arab dalam perundangan yang bersumberkan Syari’ah yang terdapat dalam penulisan terdahulu dapat diperbetulkan.

Penulisan ini dapat menjelaskan kedudukan Qanun dalam pentadbiran Kesultanan Melayu dari sudut pengkanunan dan pelaksanaannya, serta menolak pandangan pengkaji-pengkaji Barat yang memperkecilkan Qanun ini serta menganggap Qanun ini sebagai digest yang tidak ada nilai pelaksanaannya. Qanun ini turut berfungsi menjelaskan kepentingan institusi raja dalam mewujudkan dan melaksanakan sistem pemerintahan berdasarkan Qanun yang bersumberkan Syariah.

Sekaligus memperlihatkan peranan Qanun ini dalam membentuk masyarakat selama 300 tahun sebelum penjajahan Barat. Ini adalah penting bagi memperkukuh dan mengembangkan pengalaman dalam pelaksanaan undang-undang bersumberkan Syari’ah ini sebagai rujukan perundangan yang diiktiraf untuk kepentingan umat dan negara mengikut keperluan semasa.

Qanun Pahang: Zaman Pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin Shah (1592-1614M) dibahagikan kepada dua bahagian iaitu; bahagian pertama menjelaskan latar belakang penyusunan Qanun Pahang, manakala bahagian kedua menjelaskan tentang kaedah penyuntingan teks. Manakala kaedah penulisan di sini adalah dibahagikan kepada dua aspek, pertama analisis Kandungan Teks Qanun Pahang dan latar belakangnya. Perbincangan bab ini adalah mengenai penulisan Qanun Pahang yang terdahulu, kedudukan masyarakat Pahang sebelum ditakluki Melaka, hubungan Institusi Raja dengan Qanun Sultan Abdul Ghaffar dan perhatiannya terhadap perundangan, penggubalan dan pengiktirafan Qanun Pahang, reformasi Qanun Pahang, sumber Qanun Pahang, elemen elemen yang mempengaruhi Qanun Pahang, pelaksanaan Qanun Pahang, hukuman keseksaan dan kesimpulan.

Manakala aspek kedua penulisan ini menumpukan kepada penyelenggaraan teks Qanun itu sendiri yang terdiri dari dua teks yang terdapat di Royal Asiatic Society, London sebagai satu kumpulan dan teks yang terdapat di Perpustakaan Negara dan Muzium Pahang sebagai satu kumpulan lagi.

Penulisan ini dibuat berasaskan empat buah manuskrip teks Qanun Pahang. Sebagaimana disebut di atas, dua daripada manuskrip manuskrip itu berada di Royal Asiatic Society, London iaitu dari kumpulan MS Maxwell, MS A(17), MS B (20). Manakala dua manuska lagi berada di Malaysia iaitu Hukum Qanun Pahang yang disimpan di Muzium Negeri Pahang, Pekan, dan dinamakan MS D oleh pengeditnya Ab. Latif Isa dan satu lagi MS yang disimpan di Perpustakaan Negara Malaysia, mengikut katalog perpustakaan tajuknya ialah “Kitab Istilah Bagi Raja dan Wazir Bagi Negeri Pahang Darussalam” no. 2583. MS yang akhir ini baru dijumpai oleh penulis dan dinamakan MS E. MS ini teksnya tidak lengkap kerana beberapa peruntukan undang-undang tidak dapat dikesan terutama di bahagian akhir dan kandungannya adalah hampir sama dengan teks Qanun Pahang yang disimpan di Muzium Negeri Pahang.

Pelaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia seringkali diragui lantaran terdapatnya pandangan bahawa dominasi penjajah menjadikan sistem perundangan Islam tergugat dan sukar untuk dilaksanakan sepenuhnya. Kerana itulah, terdapat tafsiran dalam kes duluan yang menyatakan bahawa undang-undang Islam hanya terpakai kepada perkara yang bersifat ritual sahaja. Namun, sejarah telah membuktikan bahawa Undang-undang Islam telahpun dikodifikasikan dan pernah dilaksanakan serta dikuatkuasakan.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.479 kg
Dimensions 22.8 × 15.1 × 1.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789674126649

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Qanun Pahang: Zaman Pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin Shah (1592-1614M)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.