Out of stock

Raden Adjeng Kartini: Pemberdayaan dengan Nurani (Papers in Autonomous Knowledge)

AZHAR IBRAHIM

Kertas Ilmu Mandiri / Papers in Autonomous Knowledge: No.2/2021

BUDHI (First Published, 2021)
15 pages

RM38.00

Out of stock

Raden Adjeng Kartini: Pemberdayaan dengan Nurani adalah makalah Azhar Ibrahim dalam siri Kertas Ilmu Mandiri (Papers in Autonomous Knowledge) yang berbicara darihal sosok dan simbol pembebasan di ranah Jawa. Raden Kartini (1879-1904) adalah seorang wanita yang pemikiran, semangat dan tindak-tekadnya menjadi contoh kepada anak bangsa Indonesia dan sejarah kemanusiaan dari belahan dunia terjajah. Riwayat hidupnya pendek, tetapi dari catatan surat-menyurat beliau, terbukti menjadi lembaran dan cetusan idea yang menyingkap kesungguhan Intelektual, kefahaman budaya, dan kedalaman komitmen moral-etika serta kepekaaan beliau berkenaan jalan sejarah dan nasib rakyat terbanyak.

Yang paling menonjol tentulah persoalan nasib perempuan dalam masyarakatnya, yakni masyarakat Jawa yang di bawah pemerintahan kolonial Belanda. Tentu keperihatinan beliau yang bersungguhsungguh ini wajar diberikan tabik besar. Namun, kalau kita hanya menumpukan kepada persoalan ini, kita sebenarnya belum dapat menangkap, malah tidak adil, dalam mengiktiraf dan menghurai pemikiran, cita-cita dan impian Kartini. Ini harus kita perluruskan, kerana ketokohan seperti beliau harus dapat menjadi inspirasi kepada kita hari ini, selain kita mempertimbang sejauh mana kondisi masakini berbanding apa yang dialami dan disaksikan oleh Kartini.

Dari surat-surat dan makalah yang beliau tulis, Kartini memperlihatkan cakerawala pemikiran dan moral yang membuana tetapi membumi, mengkritik tetapi mengusul, menyeru tetapi tidak melulu, menggugah tetapi tidak melatah. Pendirian hidup Kartini adalah “Hormatilah segala yang hidup, hak-hak dan perasaannya.” Ini adalah pegangan yang konsisten tampil dalam pelbagai ucapan dan luahan pemikiran dan hati beliau. Beliau bukan saja berani berfikir, tetapi mandiri dalam melakukannya, tanpa terikat dan terbelenggu oleh cara fikir yang seadanya. Beliau tidak berbicara untuk mendapat perhatian dan simpati sahabatnya dari bangsa Eropah, tetapi berbicara sebagai manusia yang sehati dan serasa.

Weight0.06 kg
Dimensions25 × 17.5 × 0.2 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author