Rampai Sari Prosa Warisan

Diselenggara oleh MOHD. YUSOF MD. NOR dan INON SHAHARUDDIN ABDUL RAHMAN

DBP (Ulang Cetak, 2016)
203 halaman

RM22.00

Only 1 left in stock

Rampai Sari Prosa Warisan mengandungi petikan-petikan daripada prosa lama yang dianggap oleh penyelenggara sebagai mewakili zamannya, bukan sahaja dari segi kandungannya, malah dari segi teknik penulisannya serta kesan fungsional yang akan diperoleh para pembaca. Yang menjadi sumber pertama buku ini ialah sumber sastera rakyat, iaitu sastera daripada masyarakat yang berhubung rapat dengan alam rayanya. Pada asalnya sastera rakyat berbentuk lisan, tetapi apabila kemahiran menulis mula diterima olch rakyat Melayu di Nusantara beberapa abad yang lalu, maka banyak bahan sastera rakyat ditulis semula. Oleh hal yang demikian, bahan sastera rakyat itu menjadi hak bersama keseluruhan rakyat yang sememangnya mendukung dan menyanjung cerita-cerita warisan mereka scperti cerita asal usul atau cerita “etiologis”, mitos, legenda, epik, dan sebagainya.

Cerita pertama, iaitu “Asal Padi” misalnya, mengisahkan tentang padi yang berasal dari kayangan, dan dibawa ke bumi untuk ditanam. Sehubungan dengan hal tumbuhnya padi di bumi itu dijelaskan pula bagaimana tembolok burung pipit terletak di bahagian tengkuk. Suatu peristiwa yang melanggar kebiasaan juga boleh membuahkan ilham untuk menamakan sesuatu tempat atau negeri. Cerita “Kekuatan Pelanduk Putih” misalnya, menunjukkan betapa sang anjing yang garang telah alah digigit oleh seekor pelanduk putih. Anjing itu terpaksa terjun ke dalam sungai setelah diusir oleh pelanduk putih. Disebabkan kejadian itu menyarankan kehadiran unsur kedaulatan negeri, maka sebuah negeri dibuka di tempat kejadian.

Selain itu, dimuatkan juga cerita teladan dan cerita binatang yang popular dalam kalangan kanak-kanak. Cerita-cerita ini yang menggunakan watak binatang sebagai tokoh protagonis dan antagonis yang membawa pengajaran bersifat didaktik. Cerita “Sang Kancil Jadi Hakim” misalnya, menunjukkan bahaws sungguhpun sang kancil itu binatang yang berbadan kecil, namun akalnya panjang. Oleh hal yang demikian, banyak binatang yang buas diperbuatnya seperti hambanya sendiri, dan beberapa binatang lain yang terpedaya dengan tipu muslihatnya. Demikian juga dengan manusia, disebabkan akal manusia yang berlebihJebihan itu, maka manusia seharusnya sabar, insaf dan berasa belas kasihan terhadap sesama makhluk di muka bumi ini.

Cerita lain dalam golongan sastera rakyat yang dimuatkan dalam antologi ini ialah cerita penglipur lara, cerita jenaka dan cerita legenda tempatan. Pada umumnya, cerita penglipur lara menggambarkan suatu latar alam yang menggabungkan realiti dan fantasi—suatu latar yang ada di alam nyata, dengan sifat kemanusiaan; dan ada pula alam kayangan yang serba indah dan luar biasa sifatnya. Gabungan realiti dan fantasi ini hasil kreativiti dan imaginasi, pengarangnya, dan dalam kepengarangan itu terhasil pula berbagai-bagai gambaran yang menggugat fikiran pembaca seperti unsur supernatural ataupun unsur “anakronisme”. Tidak ketinggalan juga unsur falsafah asas atau “silogisme” yang sungguh menyegarkan fikiran, seperti yang terdapat dalam cerita jenaka Musang Berjanggut.

Legenda tempatan “Berpindah dan Putus Harapan” pula mengisahkan tentang seorang anak yang disumpah menjadi batu kerana derhaka. Dalam kisah yang dipetik daripada Hikayat Anggun Cik Tunggal, manusia bertukar menjadi ungka apabila ia memungkiri janji. Perlu diingat bahawa dalam cerita rakyat, persoalan logika tidak pernah timbul, maka perubahan sifat atau kejadian anthropomorphic adalah perkara biasa, malah amat perlu demi menekankan perutusan cerita. Unsur yang amat ketara dalam cerita-cerita sebegitu ialah sifat tokoh yang mendukung cerita tersebut; mereka merupakan manusia yang jujur dan taat setia pada suatu aspirasi, teguh pada janji, sentiasa bersifat sedérhana dan merendah diri. Begitulah sifat bangsa Melayu sejati.

Fakta sejarah menunjukkan bahawa agama Islam bertapak di Nusantara pada abad ke-13, manakala agama Hindu telah wujud lama sebelum itu tidak terhapus dengan kedatangan Islam. Pengaruhnya masih terkesan hampir dua abad selepas bertapaknya agama Islam. Ini bererti bahawa terdapat jangka waktu yang agak panjang semasa peralihan dua pengaruh besar di Nusantara; zaman itu disebut sebagai zaman peralihan Hindu-Islam, sebab itulah karya-karya sastera pada zaman tersebut mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.

Pendahuluan

1. Asal Padi
2. Kekuatan Pelanduk Putih
3. Pelanduk Memijak Anak Memerang
4. Sang Kancil Jadi Hakim
5. Mencari Jodoh yang Sepadan
6. Berpindah dan Putus Harapan
7. Janji Membawa Akibat
8. Di Negeri Jin Islam
9. Budak Miskin Mendapat Cincin Hikmat dan Parang Puting
10 .Bahagia Sesudah Derita
11. Galuh Cendera Kirana Menyamar Diri
12. Raden Panji Dewa Mengembara
13. Kepemimpinan Melalui Teladan
14. Allah Maha Besar
15. Perkahwinan Sultan Ibrahim dengan Siti Saleha
16. Amir Hamzah Menyerang Raja Nukman
17. Kesetiaan Seorang Isteri
18. Cerita Anjing Kurus
19. Menderhaka Jangan Sekali
20. Wasiat dan Keadilan
21. Burung Terbang Dipipiskan Lada
22. Pertemuan dengan Penghulu Iblis
23. Raja Bersiung
24. Kisah Raja Nisyan Darus Salam
25. Undang-undang Adat Melayu Lama

Weight0.261 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.2 cm
Author(s)

,

Format

Class

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.