Ratib Bahasa: Kumpulan Rencana tentang Bahasa, Makna dan Ada

MOHD TARMIZI HASRAH adalah pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), University Utara Malaysia.

DBP (Cetakan Pertama, 2022)
212 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM27.00

In stock

If you purchase this book you will earn 6 reward points!
ISBN: 9789834933524 Product ID: 32270 Category: Sub-subjects: , ,

Ratib Bahasa: Kumpulan Rencana tentang Bahasa, Makna dan Ada merupakan hasil karangan penulis yang telah diterbitkan oleh majalah Dewan Bahasa sejak tahun 2015 hingga 2018. Inti semua rencana ini tidak diubah, melainkan hanya pembaikan daripada segi penghujahan dan pembaikan ayat-ayat, Walaupun kumpulan rencana ini boleh berdiri sendiri, yakni boleh dibaca secara berasingan, namun semuanya tetap diikat oleh satu wawasan. Wawasan yang dimaksudkan ialah yang difahami sebagai bahasa itu bukanlah sekadar bunyi dan struktur nahu, sebaliknya lebih dalam dan lebih luas daripada rupa bentuk zahir yang berupa rumus-rumus tatabahasa, iaitu bahasa ialah satu keseluruhan wujudnya manusia.

Bahasa, seperti yang cuba diketengahkan dalam kumpulan rencana ini, perlu dilihat dengan nuansa yang lebih luas. Bahasa perlu digandingkan dengan manusia sebagai penuturnya dan alam (nyata dan ghaib) sebagai perwakilan maknanya. Hubungan ini boleh dirumuskan begini: manusia-bahasa-alam. Rumus manusia-bahasa-alam melahirkan wawasan kita tentang wujud dan kewujudan. Di sinilah lahirnya kebenaran, yang merujuk hakikat kenyataan. Soalnya, apakah kebenaran yang dimahukan oleh kita menerusi wawasan manusia-bahasa-alam itu akhirnya terlekat juga pada jeriji linguistik atau memang merupakan kebenaran yang hakiki?

Kumpulan rencana ini dipecahkan kepada dua bahagian. Kedua-duanya diberikan judul dengan pertanyaan. Bahagian pertama, pertanyaannya ialah ada apa dengan bahasa? Bahagian kedua pula bertopang dengan pertanyaan, apa yang kita tahu apabila kita tahu bahasa? Kandungan rencana dalam bahagian pertama ditulis secara khusus bagi merenung dan mungkin cuba menjawab pertanyaan ada apa dengan bahasa. Begitu juga dengan kandungan rencana dalam bahagian dua, yakni bagi mentadaburkan pertanyaan apa yang kita tahu apabila kita tahu bahasa. Dan, kalau berdaya, jawapannya mungkin ditampilkan juga. Inilah beberapa hal yang menjadi inti kumpulan rencana ini.

Prakata

Bahagian I – Ada Apa dengan Bahasa?
1. Kita dan Bahasa
2. Cakap
3. Diam
4. Makna
5. Huruf
6. Tak Hanya Lambang
7. Yang Khusus, Yang Umum
8. Babel
9. Had
10. Berada

Bahagian II – Apa yang Kita Tahu Apabila Kita Tahu Bahasa?
11. Kehendak
12. Sejarah
13. Nadi
14. Pekerti
15. Yang Benar
16. Bahagia
17. Piraha, Everett dan Moraliti
18. Tahu Bahasa

Bibliografi
Indeks

Weight 0.262 kg
Dimensions 21.5 × 13.9 × 1.2 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.